Modul 8 Tv-Edit
Modul 8 Tv-Edit
Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan kerosakan dan mengganti komponen
yang rosak dalam penerima TV warna.
OBJEKTIF UMUM
KANDUNGAN MODUL
8.1 TV warna.
8.2 Pengujian dan keselamatan
OBJEKTIF KHUSUS
PENCAPAIAN KOMPETENSI
Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap peringkat dalam penerima TV
warna.
MAKLUMAT
Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio.
1
Info khas
PERKARA MAKLUMAT
Lebar jalur setiap saluran 7MHz
Sistem warna PAL B/G
Garis imbasan 625 garisan
Sistem penghantaran VHF (30 MHz – 300 MHz)
UHF (300 MHz – 3000 MHz)
Pemodulatan isyarat pembawa gambar Pemodulatan amplitud (AM)
Pemodulatan isyarat pembawa suara Pemodulatan frekuensi (FM)
Isyarat pembawa IF gambar 38.9MHz
Isyarat pembawa IF bunyi 33.4MHz
Frekuensi IF bunyi 5.5MHz (38.9MHz – 33.4MHz)
Frekuensi kroma untuk isyarat warna 4.43 MHz
Frekuensi ufuk (garis) 15,625Hz
Frekuensi tegak (medan) 50Hz
2
8.1.2 Fungsi setiap blok penerima TV warna.
2 Penala
A. Penguat RF. A. Memilih satu isyarat dari Pembawa
antena yang dikehendaki dan IF gambar
menguatkannya.
B. Pencampur. B. Menghasilkan frekuensi IF
a) gambar – 38.9MHz Pembawa
b) suara - 33.4MHz IF suara
C. Pengayun C. menjana frekuensi hasil
tempatan jumlah RF + IF suara dan
gambar.
Pembawa
IF suara
3
7 Pengesan FM suara Menyahmodulat pembawa FM
dan menghasilkan isyarat audio
Isyarat audio
4
18 Anod tiub gambar Menerima voltan amat tinggi Voltan DC
dari bekalan voltan amat tinggi.
5
Info khas
b) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1 menunjukkan
sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:
i. Bahagian penala.
ii. Bahagian IF video.
iii. Penguat video
iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah
Pembesar
suara
Lain-lain
bahagian :
IF
Video
Warna
v. Bahagian Audio
Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung
ke pembesar suara.
Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.
6
Papan litar
tercetak
pemacu RGB
Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)
Pengubah voltan
tinggi
Pelaras skrin
Pelaras fokus
Gegelung
dening
7
UNIT 8.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
OBJEKTIF KHUSUS
1. Mengukur setiap kaki IC dan transistor menggunakan meter pelbagai dan osiloskop.
2. Melakar bentuk gelombang.
3. Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan:
a. Meter pelbagai
b. Osiloskop
c. Penjana isyarat audio
d. Penjana isyarat RF
4. Mengamalkan langkah keselamatan.
PENCAPAIAN KOMPETENSI
Selepas mempelajari unit ini, murid boleh menguji, mengesan, menentukan jenis dan membaik pulih kerosakan
penerima TV warna.
MAKLUMAT
Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang
digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
i. Penjana corak ujian
ii. Penjana isyarat audio
iii. Penjana isyarat RF
iv. Osiloskop
v. Meter pelbagai
Info khas
8
Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan.
1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana
isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.
2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.
3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk
menentukan peringkat rosak.
ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah
dikesan rosak.
iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.
9
Jadual 8.6
KESAN
BIL Peringkat yang dijangka rosak
Pembesar suara Tiub gambar
1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio
2 Suara normal Gambar tiada warna Penyahkod warna , matriks
3 Suara normal Gambar tiada warna hijau Penguat warna hijau
4 Suara normal Gambar tiada warna biru Penguat warna biru
5 Suara normal Gambar tiada warna meah Penguat warna merah
6 Suara normal Gambar gelap, ada raster Penguat lar
7 Suara normal Gambar bergulung (gambar Pengayun tegak
bergerak ke atas / ke bawah) rujuk
Rajah.2(a)
8 Suara normal Raster satu garisan mengufuk Penguat tegak, gelung pesongan tegak
Rajah 8.2(c)
9 Suara normal Gambar berkoyak Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk tak
Rajah 8.2(b) stabil)
10 Suara normal Gambar berkoyak dan bergulung Pemisah segerak
11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah, penguat
ufuk, pengayun ufuk.
12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub gambar
12 Bunyi desiran Gambar bersalji Penguat IF video, pengesan video
Rajah 8.2 (d)
b)
Rajah 8.2
10
8.2.2 Langkah-langkah keselamatan
i. Prosedur keselamatan
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja
boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan
keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
11
d. TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan
casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk
mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.
e. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan
anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan
tinggi.
v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja
mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.
12
LATIHAN.
1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda :
a) Blok 3 :
__________________________________________________________________________________
b) Blok 11 :
__________________________________________________________________________________
c) Blok 17 :
__________________________________________________________________________________
Rajah 8. 3
a) KFA :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
b) Penyahkod warna:
13
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
c) Pengesan video:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
3. Namakan blok berikut pada rajah 8.3, nyatakan kesan kepada pembesar suara dan tiub gambar jika berlaku
kerosakan :
i. Blok 12 : ________________________________________________________________________
Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________
Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________
4. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi.
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
GLOSARI
Kawalan frekuensi automatic (KFA) – supaya pengayun ufuk dapat berkendali pada frekuensi
15,625Hz.
PAL - Phase Alternation by Line iaitu satu sistem piawaian TV warna.
VHF - Frekuensi sangat tinggi (Very high frequency); 30MHz – 300MHz
UHF - Frekuensi ultratinggi (Ultra high frequency); 300MHz – 3,000MHz
LAR - Luminance – menunjukkan keamatan cahaya atau kecerahan dalam
maklumat warna dan monokrom. Maklumat Lar adalah didalam
isyarat Y.
Rujukan:
14
McGraw-Hill Kogakusha, Ltd.
TEKNOLOGI TELEVISYEN
Md. Nasir Abd. Manan
Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur
2002
Teknologi Elektronik
Tingkatan 5
Tan Hock Ghee
Longman Malaysia
15