Program-program yang ditawarkan memberi pendedahan tentang pelbagai bidang teknikal dan vokasional termasuk teknologi bangunan, pemprosesan plastik dan seramik, polimer komposit, perabot kayu, kimpalan logam, penyaman udara, alat die, sistem komputer, fesyen, hiasan dalaman, sulaman, motosikal, enjin marin, pengecatan kenderaan, servis tayar, automotif, dan masakan. Program-program ini bertujuan melatih
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
42 tayangan13 halaman
Program-program yang ditawarkan memberi pendedahan tentang pelbagai bidang teknikal dan vokasional termasuk teknologi bangunan, pemprosesan plastik dan seramik, polimer komposit, perabot kayu, kimpalan logam, penyaman udara, alat die, sistem komputer, fesyen, hiasan dalaman, sulaman, motosikal, enjin marin, pengecatan kenderaan, servis tayar, automotif, dan masakan. Program-program ini bertujuan melatih
Program-program yang ditawarkan memberi pendedahan tentang pelbagai bidang teknikal dan vokasional termasuk teknologi bangunan, pemprosesan plastik dan seramik, polimer komposit, perabot kayu, kimpalan logam, penyaman udara, alat die, sistem komputer, fesyen, hiasan dalaman, sulaman, motosikal, enjin marin, pengecatan kenderaan, servis tayar, automotif, dan masakan. Program-program ini bertujuan melatih
Program-program yang ditawarkan memberi pendedahan tentang pelbagai bidang teknikal dan vokasional termasuk teknologi bangunan, pemprosesan plastik dan seramik, polimer komposit, perabot kayu, kimpalan logam, penyaman udara, alat die, sistem komputer, fesyen, hiasan dalaman, sulaman, motosikal, enjin marin, pengecatan kenderaan, servis tayar, automotif, dan masakan. Program-program ini bertujuan melatih
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 13
MAKLUMAT KURSUS
a) PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA di Kolej Kemahiran Tinggi Mara
(KKTM)
Teknologi Perkhidmatan Bangunan & Penyelenggaraan Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pemahaman tentang sistem perkhidmatan dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Pelajar-pelajar juga diberi penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan, konsep dan prinsip teknologi perlaksanaan, penyelenggaraan dan baikpulih, kemahiran amali dalam sistem perkhidmatan bangunan. Seterusnya mereka akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut sehingga boleh membuat pelan tindakan dan melaksanakan penyelenggaraan dan baikpulih.
Teknologi Pemprosesan Plastik Program ini bakal menyediakan graduan pakar yang berketerampilan serta memahami pelbagai kaedah pemprosesan bahan plastik. Contoh produk yang dihasilkan melalui teknologi pembuatan & pemprosesan plastik (Injection moulding, Extrusion, Blow Moulding & Blown Film) adalah : 1. Barangan harian - konsumer (tupperware, penutup botol & sebagainya) 2. Barangan Teknikal/ Kejuruteraan (Automotif) & Binaan (paip & sebagainya) 3. Barangan pembungkusan (Filem plastik, beg plastik & sebagainya) 4. Barangan pembungkusan (Botol plastik & sebagainya)
Peserta akan diajar oleh pengajar yang berpengalaman bermula dari aspek pengenalan asas bahan plastik sehingga penghasilan produk menggunakan kaedah pembuatan dan pemprosesan teknologi terkini yang memenuhi piawaian dan spesifikasi industri.
Teknologi Pemprosesan Seramik Merupakan program yang mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pemprosesan seramik dan pencirian bahan mentah seramik. Bidang ini menekankan penggunaan Sains Gunaan di dalam mempertingkatkan kebolehan untuk menganalisi, menilai dan membangunkan produk berasaskan seramik yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah pemprosasan seramik seperti " Powder Pressing" , " Ceramic Plastic Forming - Jiggering, Jolleying, Ram Press, Extrude" dan " Slip Casting - Conventional and Presure Casting" .
Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit Program ini menawarkan latihan dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan polimer komposit. Kurikulum yang digunapakai ini adalah berorientasikan kemahiran dan dijangka akan menyediakan graduan yang berkebolehan dan profesional yang dapat menguasai pelbagai aspek teori dan amali khususnya dalam bidang bahan dan teknologi pemprosesan komposit polimer. Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari merangkumi :- Konsep bahan dan komposit polimer, Teknologi pemprosesan dan pengeluaran, Rekabentuk bahan dan produk, Rekabentuk dan fabrikasi acuan, Fabrikasi dan pemasangan, Penyenggaraan dan baik pulih komponen, dan Pengujian dan analisa bahan dan produk
b) PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Teknologi Pemprosesan Perabot
Merupakan satu program latihan berstruktur yang menawarkan latihan kemahiran industri dan pengetahuan mengenai industri berasaskan kayu kepada pelajar yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri berasaskan kayu.
Kaedah latihan menekankan latihan secara hands-on yang mana peserta akan menggunakan kebanyakan masa untuk menjalani kerja-kerja praktikal. Ia dilengkapi lagi dengan latihan secara formal di dalam kelas.
Setelah menamatkankan program ini, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh para pelajar adalah seperti berikut :
. Proses Persediaan Kompenan Perabot Proses Kemasiapan Proses Pemasangan Perabot Lukisan Terbantu Komputer Proses Pemeriksaan Kualiti Pembuatan Perabot (R&D) . Ukiran Kayu
c) SIJIL PROFESIONAL GIATMARA (Program Apprenticeship) di GIATMARA 1. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Kursus ini akan memberi pendedahan tentang pelbagai proses kimpalan dengan menggunakan material yang berbeza. Pelajar perlu memahami rajah- rajah kimpalan serta menentukan proses dan material yang akan digunakan. Di samping itu, pelajar juga akan diminta menghasilkan pelbagai produk fabrikasi di akhir kursus yang bertujuan untuk mempelbagaikan lagi bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.
2. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik, asas sistem penyaman udara industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan
3. Tool And Die Technology (Tahap 1) Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi pembuatan komponen mesin dan juga acuan. Pelajar berpeluang mengendalikan mesin Computer Numerical Control (CNC) dan membuat rekabentuk menggunakan Computer Aided Design and Machining (CADCAM). Bidang ini menjanjikan peluang kerjaya yang luas kerana majoriti peralatan dan produk di pasaran dihasilkan menggunakan acuan seperti botol, bekas mengisi makanan, handphone covers, alat kawalan jauh, suis dan sebagainya. Pelajar bukan sahaja mahir mengendalikan mesin malah berkebolehan menghasilkan rekabentuk produk yang ingin dibuat.
4. Teknologi Sistem Komputer
Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan, naiktaraf serta penggunaan aplikasi komputer. Antara modul tambahan yang turut dipelajari ialah berkaitan dengan aplikasi internet, rekabentuk laman web dan blog..
5. Computer System Network Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas perkakasan dan perisian rangkaian, konsep data security dalam rangkaian dan pengenalan kepada sistem rangkaian komputer. Antara modul yang akan diberi penekanan dalam kursus ini ialah modul tentang rangkaian tanpa wayar (wireless), pendawaian rangkaian, rekabentuk rangkaian ethernet dan senggaraan sistem rangkaian. Pelajar akan mempunyai kemahiran luas dalam menyediakan sistem rangkaian yang kompleks yang mengandungi workstation, user, server dan perkakasan rangkaian. Mereka juga boleh membuat troubleshooting asas untuk menyelesaikan masalah rangkaian.
6. Fashion And Dressmaking Kursus ini memberi pendedahan berkaitan asas jahitan pakaian. Pelajar juga didedahkan tentang teknik mengendali berbagai mesin jahit industri, mereka bentuk fesyen pakaian dan sebagainya.
7. Hiasan Dalaman Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam kemahiran membaik pulih perabot serta membuat kerja kerja kemasan seperti kerusi makan, sofa dengan menggunakan mesin-mesin yang terkini di dalam industri pembuatan. Disamping itu juga kursus ini menyediakan modul pembelajaran hiasan dalaman yang terdiri daripada plaster siling, drywall, wallpaper, dan rekabentuk hiasan langsir, serta kemasan lantai.
8. Seni Sulaman Kreatif Kursus ini memberi pendedahan berkaitan jahitan yang melibatkan sulaman tangan. Sulaman mesin, sulaman berkomputer dan reka corak. Pelajar juga didedahkan tentang teknik mengendali berbagai mesin jahit industri. Selain itu juga pelajar akan didedahkan dalam kerja kerja jahitan sulaman tampal.
9. Teknologi Motosikal Kursus ini memberi pendedahan tentang aspek penjagaan dan pembaikan enjin motosikal, servis sistem brek, servis tayar dan sebagainya. Di akhir latihan, pelajar juga berpeluang mencipta custom bike mereka sendiri yang bertujuan untuk menjana daya imaginasi berkarya dan kreativiti setiap individu.
10. Penyelenggaraan Enjin Marin Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah penyelenggaraan dan baikpulih enjin marin. Antara modul yang turut diajar ialah sistem penyejukbekuan dan penyaman udara dalam kapal, sistem pendawaian elektrik bagi kapal, sistem transmisi, pelinciran, pemanduan dan sebagainya.
11. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah membaikpulih badan kenderaan dengan betul. Pelajar akan melakukan amali pada kenderaan sebenar serta dapat melihat hasil kerja yang lebih realistik. Dalam menyediakan seorang pekerja mahir dalam bidang ini, pelajar akan dilatih menggunakan pelbagai tools, bahan, material dan teknik-teknik suai padan cat bagi menghasilkan tona yang menarik. Elemen mengimpal komponen kenderaan turut diselitkan dalam latihan sebagai kemahiran tambahan.
12. Juruteknik Servis Tayar Kursus ini adalah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat di negara ini. Kandungan kursus lebih fokus dan tertumpu kepada kemahiran yang diperlukan sebagai juruteknik servis tayar seperti penyelenggaran kenderaan secara umum, penyelenggaraan roda dan tayar serta pemeriksaan penjajaran roda hadapan dan belakang. 13. Teknologi Automotif Kursus ini memberi pendedahan tentang penyelenggaraan dan servis enjin kenderaan. Pelajar akan didedahkan dengan sistem petrol dan juga diesel sepanjang tempoh pembelajaran. Antara topik yang akan dipelajari ialah sistem brek kenderaan, sistem elektrik dan penyaman udara, stereng serta transmisi manual dan automatik.
14. Masakan Dan Pramusaji Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari penyediaan pelbagai jenis masakan melayu, masakan barat, penyediaan minuman dan snek. Di samping itu, pelajar turut diberi ilmu tentang amalan hygiene yang baik (good hygiene practice) dalam bidang pengurusan makanan. Dalam tempoh latihan, pelajar bukan sahaja akan dilengkapkan dengan kemahiran memasak malah turut didedahkan dengan kemahiran memotong bahan masakan, pramusaji dan mempersembahkan plating hidangan. Sebagai seorang bakal tukang masak mahir, pelajar perlu tahu untuk merancang menu dan menyediakan hidangan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan oleh tubuh.
15. Confectionery And Bakery Kursus ini merangkumi pelbagai modul yang komprehensif dalam penyediaan produk pastri dan bakeri. Konsep latihan secara amali amat dititikberatkan supaya setiap pelajar mendapat latihan yang intensif dan mahir dalam menyedia setiap produk yang telah ditetapkan. Antara produk yang akan dipelajari ialah menyediakan pelbagai jenis doh roti, pastri dan biskut. Mereka akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang kandungan bahan dan teknik penghasilan sesuatu produk.
16. Senireka Gaya Rambut Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut lelaki dan wanita. Antara modul yang akan dipelajari ialah modul pembersihan rambut, penggayaan rambut (sanggul, blow curl, menggulung), menggunting rambut (lelaki dan wanita), mengerinting, mewarna dan melurus rambut. Teknik penjagaan dan rawatan rambut turut ditekankan kepada para pelajar sebagai kemahiran dan pengetahuan tambahan.
17. Solekan Dan Terapi Kecantikan Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik solekan muka seperti solekan siang, malam dan solekan pentas. Malahan, sebagai nilai tambah kepada pelajar, modul berkaitan rawatan dan penjagaan seluruh tubuh juga turut dimuatkan. Antara modul tersebut ialah rawatan kontur mata dan wajah, manicure/pedicure serta rawatan tubuh menggunakan mesin.
18. Senireka Gaya Rambut Lelaki Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut lelaki serta penjagaan kecantikan.
19. Senireka Gaya Rambut Dan Solekan Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut lelaki/wanita serta penjagaan kecantikan. Kursus ini merupakan kursus khas yang menggabungkan tatarias kecantikan serta gaya rambut. Kandungan silibus lebih menjurus kepada syariah compliance.
20. Teknologi Animasi Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan lukisan asas animasi 2D, ilustrasi vektor, image manipulation, lukisan digital, membuat model animasi 3D, membuat pergerakan pada objek dan merekacipta skrip, konsep dan papan cerita (storyboard). Di akhir latihan, pelajar dikehendaki menghasilkan sebuah filem pendek animasi yang akan menguji keupayaan pelajar dalam fasa pre- production, production dan post-production.
21. Graphic Design And Advertising Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam rekabentuk grafik berkomputer. Rekaan yang akan dipelajari lebih kepada grafik bagi tujuan pengiklanan. Pelajar bukan sahaja akan mempelajari teknik rekabentuk grafik vektor dan bitmap tetapi juga pendedahan kepada output rekaan tersebut samada dalam bentuk poster, banner, bunting dan lain-lain.
22. Teknologi Percetakan Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran mengendali serta menyelenggara mesin percetakan. Aspek amali amat dititikberatkan dalam kursus ini kerana pelajar perlu mahir untuk mengendali mesin cetak yang berbeza-beza dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan kualiti cetakan yang tinggi. Di samping itu, pelajar akan diajar cara troubleshooting perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kualiti cetakan seperti dakwat, kertas dan material yang lain. Setiap pelajar mesti tahu dan cekap dalam mengadun / mencampur warna dakwat, mengendali mesin pemotong serta menukar tetapan (setting) kualiti cetak mengikut spesifkasi produk yang dikehendaki oleh pelanggan.
23. Teknologi Fotografi Kursus ini merangkumi pembelajaran tentang teknik-teknik pengendalian kamera SLR digital, kawalan cahaya dan penyuntingan imej. Pelajar juga berpeluang untuk mempelajari teknik fotografi untuk pengiklanan dan juga kewartawanan. Bidang fotografi menawarkan peluang menjana pendapatan yang tinggi di samping boleh dilakukan secara sambilan. Bidang ini memerlukan daya imaginasi dan kreativiti dalam penghasilan foto yang unik, realistik dan mempunyai nilai seni.
24. Desktop Publishing Artist Kursus ini memberi pendedahan tentang asas rekabentuk grafik berkomputer. Antara perisian yang dipelajari dalam kursus ini ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe In Design. Antara kemahiran yang akan dipelajari ialah teknik rekabentuk imej visual, membuat layout, suntingan digital, typesetting dan cetakan akhir. Skop kursus meliputi kesemua bentuk interpretasi grafik termasuklah rekabentuk 2D dan 3D.
25. Videography And Special Effect Pelajar akan diberi pendedahan untuk menghasilkan komposisi rakaman serta menghasilkan analisis projek penyuntingan visual dan seterusnya penyediaan penyuntingan visual offline. Pelajar juga akan menghasilkan rekabentuk audio dan juga gerakan grafik serta menghasilkan kesan khas dan kompositing. Kursus ini memberi peluang pelajar menghasilkan penyuntingan visual online untuk projek akhir.
26. Multimedia Design And Production Pelajar akan mempelajari kaedah untuk membuat suntingan grafik, audio dan video yang akan dintegrasikan dalam satu projek khas. Modul rekabentuk laman web serta cara memuatnaik ke internet akan turut didedahkan kepada para pelajar. Di akhir latihan, pelajar dikehendaki menghasilkan projek interaktif yang mempunyai gabungan pelbagai elemen multimedia di dalamnya.
27. Teknologi Elektronik Audio Visual Pelajar akan menguasai kemahiran dalam menghasilkan lukisan elektronik dan seterusnya membina projek elektronik. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kemahiran membaikpulih sistem hi-fi, memasang sistem audio kenderaan, membaikpulih sistem TV/LCD. Pengetahuan dan kemahiran memasang kamera litar tertutup (CCTV), membaikpulih perkakasan elektrik rumah dan membina pengawalan logik boleh atur juga turut diberikan kepada pelajar secara praktikal.
28. Elektronik Industri Kursus ini mendedahkan pelajar dengan kemahiran menghasilkan lukisan kejuruteraan dan lukisan elektronik serta menghasilkan litar elektronik. Pelajar juga akan menguasai kemahiran mencari kerosakan litar/peralatan dan seterusnya menjalankan kerja membaikpulih kerosakan supaya litar/peralatan dapat berfungsi mengikut spesifikasi. Pelajar akan dilatih mengendali sistem automasi dan mengendali pengawal mikro yang banyak digunakan di dalam industri
29. Mekatronik Pelajar akan mempelajari bidang mekanik dan elektronik. Kursus ini juga membolehkan pelajar mahir dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan, merekabentuk papan litar elektronik serta mengendali sistem kawalan motor dan elektrik. Pelajar juga akan menguasai kemahiran mengendali pengawal mikro dan juga mengaplikasi sistem automasi.
30. Pendawai Elektrik (PW1) Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.
31. Pendawai Elektrik (PW 2) Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.
32. Pendawai Elektrik (EIU) -Gred 1 Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan, sistem kawalan dan pengujian. Kursus ini hanya ditawarkan di GIATMARA di negeri Sarawak. 33. Early Childhood Education And Training Kursus ini memberi pendedahan tentang cara penjagaan dan pendekatan asuhan yang betul untuk kanak-kanak semasa di pusat jagaan kanak-kanak atau di rumah. Kaedah asuhan yang diterapkan berbeza mengikut kategori peringkat umur iaitu infant, toddler dan child. Antara modul yang diajar ialah membentuk perkembangan holistik, pemakanan seimbang, mengurus kesihatan kanak-kanak dan penjagaan kanak-kanak kelainan upaya. Di samping itu, pelajar juga akan diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan dan hygiene sepanjang tempoh latihan.
34. Holistic And Wellness Spa Kursus ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan/ pengendalian spa. Pelajar akan diajar kaedah-kaedah rawatan yang biasa dilakukan di spa seperti rawatan wajah, rawatan badan, rawatan menggunakan haba atau air dan rawatan kaki. Biasanya bahan semulajadi lebih sesuai digunakan dalam rawatan di spa. Di samping itu, pelajar akan diberi pengetahuan kefungsian setiap bahan tersebut seperti jenis-jenis garam, buah-buahan dan bijirin.
35. Industrial Maintenance Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Pelajar berpeluang untuk mempelajari secara teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu mereka turut diajar kemahiraan melepa, bricklaying, pemasangan bumbung, cat dan penjubinan di dinding serta lantai.
36. Seni Landskap Dan Taman Kursus ini memberi pendedahan tentang seni olaha n, susunatur dan binaan elemen bagi membentuk landskap. Pelajar berpeluang mempelajari landskap yang dibentuk dari elemen semulajadi dan juga landskap buatan manusia yang biasanya melibatkan kawasan terhad.
37. Building Maintenance Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Pelajar berpeluang untuk mempelajari secara teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu mereka turut diajar kemahiraan melepa, membuat kerja kimpalan, memasang sistem paip bekalan, membuat pendawaian, membaikpulih sistem dan menyelenggara penyaman udara serta membuat anggaran kos.
38. Teknologi Perabot Dan Rekaan Dalaman Kursus ini memberi pendedahan tentang teknik dan pertukangan perabot rumah dan pejabat seperti kerusi, almari, meja makan, meja kerja dan lain- lain. Pelajar akan diajar cara membaca pelan, membuat rekabentuk pelan perabot, membuat ukuran serta membuat kemasan. Di akhir pengajian, pelajar turut didedahkan dengan konsep asas ukiran kayu.
39. Composite Technology Kursus ini memberi pendedahan tentang penghasilkan produk-produk berasaskan gentian kaca (fibre glass). Pelajar berpeluang mempelajari proses menyediakan acuan hinggalah kemasan produk.
40. Boat Building And Repair Kursus ini memberi pendedahan tentang pembuatan dan penyelenggaraan bot. Di samping itu, pelajar akan diajar juga dengan elemen-elemen berkaitan penggunaan gentian kaca (fibre glass) dalam penghasilan bot.