Assalamualaikum and Hi guys! *intonasi ala2 vivy yusof lol*
Ya Allah dah 2 tahun tak update blog. Sampai dah lupa password blog wei! Berhabuk dan bersawang dah gamaknye blog ini hahaha! Okay alhamdulillah ceq dah selamat kembali bertapa di Malaysia november lepas. Sempat sebulan menjoli sakan. Lepas tu kembali ke pangkal lengan eh jalan lol!
2 Disember 2019 adalah tarikh ceq melapor diri di JPA Putrajaya. Setengah hari mereput disitu, setelah memberitahu, memujuk nak presint 4 atau presint 5 which is berdekatan dengan area rumah dan sekolah anak nanti. Akhirnya mereka consider n menempatkan ceq di MOTAC presint 5. Alhamdulillah syukur sangat!
![]() |
| Hari melapor diri sempat mirror selfie di JPA ahaks! |
![]() |
| After 1 week di MOTAC. Ceq berbaju batik pd hari khamis |
Setelah masuk minggu ke-2 di MOTAC ni. Ceq ditempatkan di bahagian HAK. Wahhh uols! bahagian ni sgt rileks. Bos2 dan officemate pon tersangatlah sportingnya. Mintak keje sampai sekarang tak dapat2 lol! Tp bahagian ni aktif bermusim. Ada program yg akan kami handle every year. Untuk tahun ni ceq sempat join satu program je. Oklah guys, kalau rajin lagi ceq akan update nanti okay. Doakan ceq istiqomah hoho! byeee

