BEN ASHAARI




Dulu aku peminat kopi tapi bukanlah tegar. Aku lebih kepada ketagihan. Setiap pagi wajib nak minum kopi terutama yang 3 in 1 ! Asalnya bukanlah aku suka sangat tapi dek kerana review punya pasal , aku tersilap langkah. Dari nak review , terus jadi ketagihan. Yelah.. menda sedap ! Bergula dan berkrim. Tambah pulak boleh cicah ngan roti di pagi hari ! Lingkup badan !! 

Salah sendiri. Nak kata apa dah.. Nak tak nak , kena ubah gaya hidup untuk kembali sihat dan bukanlah mudah. Makan masa dan perlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Cuba punya cuba akhirnya berjaya setelah wife jatuh sakit. Nah.. dari situlah gaya hidup aku sekeluarga berubah. Dari suka makan macam macam kepada makan minum yang sihat jer. Sesekali boleh la layan yang 'kurang sihat'. 

Kesan kopi atau kafein yang tinggi pada aku , sesuatu yang menakutkan. Aku dapat Gerd dan Anxiety. Nak hilangkan ketagihan kopi bukan mudah. Alhamdulillah , aku dapat cara sihat untuk hilangkan ketagihan melalui minum air halia. Malah anak isteri aku pun turut jadi peminat air halia cacao ni. Setiap hari secawan akan dikongsi bersama. Tapi aku.. kena secawan sebelum nak bersenam. Dan sesekali, secawan lagi selepas workout. Banyak khasiatnya. Cuma kena jaga kuantiti tu. Jangan letak banyak. Tak bagus juga. Sederhana. 




Baik, khasiat air cacao ditambah serbuk halia bila diminum waktu pagi memang elok untuk tubuh badan. 

Khasiat Minum Pagi

1️⃣ Naikkan tenaga & fokus
  • Cacao ada theobromine untuk memberi tenaga stabil (tak berdebar macam kopi).
  • Halia bantu aliran darah ke otak untuk minda lebih segar.
2️⃣ Panaskan badan & aktifkan metabolisme
  • Halia bersifat thermogenic untuk bantu bakar lemak awal pagi.
  • Sesuai minum lepas bangun tidur.
3️⃣ Baik untuk pencernaan
  • Halia kurangkan angin, loya & kembung.
  • Cacao ada serat yang mana boleh membantu lancarkan usus.
4️⃣ Sokong hormon lelaki (testosteron)
  • Halia bantu kurangkan stres oksidatif.
  • Cacao kaya magnesium & zink yang penting untuk hormon & otot.
5️⃣ Kesihatan jantung & salur darah
  • Flavonoid cacao bantu kawal tekanan darah.
  • Halia bantu kurangkan keradangan.
6️⃣ Mood lebih baik
  • Cacao rangsang serotonin & dopamin membantu rasa lebih tenang & positif.

Cara Minum Disarankan

1 sudu besar cacao asli (tanpa gula)
¼ – ½ sudu kecil serbuk halia
Air suam / panas
Minum sebelum sarapan atau 30 min sebelum aktiviti

 


Berminat : https://BenJualKokoPowder.wasap.my
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



 Hurm... isu kecil je tapi dia punya pening , sampai membawa ke dalam mimpi ! Apa aku nak buat dengan diorang sekarang ni ? Masa membeli tu , tak sangka pulak diorang ni boleh hidup lama. Hahaha.. Ingatkan pendek umur tapi sekali.. tu dia , membesar bagai johan. 

Bil air satu hal. Melambung pastinya la. Satu hari mau 2-3 kali bersihkan reban dia. Kalau lepaskan , berak merata. Kena basuh lagi. Tak lepas , kesian pulak. Adeh.. Tu la , masa masa membeli pikir comel , seronok. Terlupa part tanggungjawab bila dah membesar. 

Solusi ada dua jer ! Satu , kasi orang yang memang bela ayam itik. Kedua , sembelih. Nak sembelih , aku tak sampai hati. Nak kasi orang , kena mencari pulak sapa yang nak. Kalau dekat , boleh gi antar terus. Boleh diorang dapat umah baru yang lebih selesa dan ramai kawan. Huhuh.. 

Anak anak ? Hurm.. memang la diorang tak nak aku kasi orang atau sembelih tapi tu la. Ni nak berjalan sana sini pun dah bermasalah. Tambah lagi masalah , sejak semalam.. bekalan air di Sepang terputus dek kerana ada masalah paip besar pecah. Tak tau bila nak selesai. Pagi ni saja air dah mula berkurangan di tangki. Kena cari air minum kat luar kawasan lak. 

Kerana itik.. aku pening !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Salam Tahun Baru 2026. Entri pertama yang menarik jiwa dan raga. Seperti yang aku jangkakan dari dulu lagi. Cuma menanti masa je untuk terbukti kebenaran. Hahahaha... Sapa yang dah bersedia , dia tenang. Sapa yang belum , dia akan berpeluh seketika tapi jangan risau. Anda boleh lakukan. Cuma makan masa dan sedikit modal untuk bajet pemasaran secara online. Atau jika sudah ada nama, takda masalah dah. 

Aku dah pun nasihatkan seorang kawan pasal ni awal awal dulu supaya sediakan satu platform pembelian di website. Terus buat bayaran je di sana manakala Tiktok sekadar tempat untuk menaikkan jenama atau branding. Kelmarin , seorang lagi kawan aku pun dah mengadu pasal ni. Dia pun nak tarik dah produk dia di Tiktok dan nak fokus je di Shoppee dan Facebook. 

Bila 'sampai masa' yang mana pengguna media sosial percaya pada ketulusan pembelian di Tik Tok, maka sampailah masanya untuk mereka meneruskan strategi.. 


Tu dia.. Pakat pakatlah menarik balik produk di sana melainkan Tik Tok kembali berhati perut dan memberikan kerjasama. Nampaknya para affliate terpaksa buat strategi lain untuk teruskan kehidupan. Harap harap takda la yang terduduk ya. 

Aku ? Hurm... semua platform aku gunakan. Setakat ni , alhamdulillah. Ramai masih kenal ' Ben Ashaari' . Heeee...Rezeki muka hensem. Hahaha.. Gurau.. 

Oh ya... Sekolah bakal dibuka dan Ramadan pun bakal menjelma. Nah, standby la minuman untuk sarapan pagi atau sahur yang sihat untuk seisi keluarga. Aku dah amalkan bertahun dah. Alhamdulillah..serasi sekeluarga. Takda pun yang ketagihan jika tak minum sehari tapi kalau minum , terasa segar dan woww ! Gitu...



Khasiat cacao (koko) untuk kanak-kanak, jika diambil secara sederhana & betul:

Khasiat Cacao

Baik untuk otak & fokus
– Cacao ada flavonoid yang bantu aliran darah ke otak
– Boleh sokong daya tumpuan & pembelajaran

Tingkatkan tenaga semula jadi
– Ada magnesium & zat besi
– Sesuai untuk budak aktif / bersukan

Baiki mood & emosi
– Rangsang hormon “happy” (serotonin)
– Boleh bantu kurangkan stres & mudah merajuk

Baik untuk pencernaan
– Serat dalam cacao bantu usus lebih sihat

Sokong kesihatan jantung
– Antioksidan bantu lindungi salur darah sejak kecil

Kuatkan imun badan
– Antioksidan bantu lawan radikal bebas





Order Cacao : https://BenJualKokoPowder.wasap.my


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah... Lega rasa bila perkara yang paling penting di setiap hujung tahun , diselesaikan tanpa banyak isu. Bila dah selesai , baru boleh ke mana mana termasuklah balik kampung. Fuh... Risau juga la kan kot kot harga makin mahal dan susah nak cari berdasarkan pengalaman lepas, size susah nak cari. Jadi kali ni , kena bersedia lebih awal walaupun cuti sekolah baru bermula. Minggu pertama lagi dah selesaikan segalanya. Heeee... 

Kenapa Pusat Pakaian Hari Hari ni pilihan aku sekeluarga ? Sejak aku mengenali Pusat Pakaian Hari Hari ni , aku kagum dengan staff mereka. Takda pun yang muka masam. Bila bertanya , mereka cepat membantu. Bila minta size , mereka cepat cepat cari. Bila tanya pandangan , mereka beri cadangan. Itu yang membuatkan aku malas nak mencari tempat lain sejak anak anak jejakkan kaki ke sekolah. Di sini saja aku cari dan selesaikan segala kelengkapan mereka. 

Aku yang tinggal di sempadan Selangor / Negeri Sembilan ni bertuah sebab ada dua cawangan Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan aku. Satu di Kota Warisan dan satu lagi di Nilai. Untuk pengetahuan korang, ada  lebih dari 120 cawangan mereka di seluruh negara. Pengalaman mereka dalam dunia pakaian ni pun bukan setahun jagung. Dah cukup masak dengan permintaan dan gaya yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. 



Bila masuk je sini , anak anak teruja terus mencari beg sekolah. Beg sekolah lama mereka masih boleh dipakai tapi untuk menaikkan semangat mereka , aku benarkan mereka pilih beg sekolah yang baru. Maklumlah , kita dulu pun pernah bersekolah. Dapat beg baru , seronok tak terkata. Jadi pilihlah mana mana yang nak.. " Daddy belanja... " . Sapa tak seronok bila dapat tawaran gitu kan ? Hahaha.. 

Baju dan seluar mereka , masih boleh dipakai dan elok Macam aku kata la.. Pakaian mereka ni , berkualiti dan tahan lasak. Jadi aku fokus pada yang penting penting dulu seperti beg , kasut , songkok , seluar sukan dan pakaian pakaian lain. Baju dan seluar , mungkin pertengahan tahun akan aku tukar . Rasanya masa tu diorang akan lebih tinggi dan besar dah. Lagi pun , aku boleh je beli terus secara online di https://www.ehari.com.my/. Dapat diskaun 10% untuk barangan terpilih lagi ! 




 Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah , Pusat Pakaian Hari Hari kasi diskaun untuk barangan terpilih. Rugi la tak manfaatkan. Pastu dapat free gift seperti tuala dan kalender 2026. Cantik ! Biasanya gitulah mereka. Mereka akan lebih awal menyediakan kelengkapan sesuatu perayaan termasuklah Hari Raya ! Bukan awal saja tapi siap ada diskaun dah. Haaa.. takda la nak kalut kalut bagai. 

Aku pulak jenis malas nak berjalan sana sini untuk mencari barang persiapan. Suka terus ke satu tempat tu dan beli je semua. Siap.. balik ! Hahaha.. Jika ada tak kena , datang dan buat pertukaran. Senang ! Takda nak pening pening kepala. Kan ? Ni zaman bukan nak bergaya gaya sangat dah. Yang penting , kualiti , harga berpatutan dan paling aku utamakan.. keselesaan bila membeli belah. Tempat letak kereta mudah dan percuma. Pastu staff membantu dan muka tarak masam ! Beli dan balik dengan hati gembira.. 

Sebab tulah aku pilih PUSAT PAKAIAN HARI HARI !  
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Lasak sangat tahun ni ! Hahaha.. memang aku keluar masuk pusat fisioterapi dan gi mengurut tradisional berkali kali untuk betulkan otot. Gitulah.. bila dah ok , tak senang duduk jadinya. Kembali rancak mencari aktiviti harian untuk berpeluh. Kalau tak berpeluh , rasa tak kena lak hari tu. Dan jadi berselera nak makan jer. Adeh... 

Tapi tula ujiannya di hujung tahun. Ketat sana sini bermula dari 'lower back' ! Sebenarnya ni penyakit sejak dari zaman bujang. Salah angkat beban jadi punca. Tapi takda la pulak gi check doktor bagai. Gitulah... rehat dan rehab. Alhamdulillah sembuh. Bila dah sembuh , buat hal balik... 

Bila dah kawin dan makin berumur.. makin lasak. Nasib baik masih 'ingat dunia ' , jadi takda la sertai mana mana pertandingan atau group pergi mana mana tempat seperti masuk hutan bagai. Hajat tu ada tapi teringat anak bini , aku matikan je la hasrat. 

Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru dan umur pun bakal cecah 50 tahun. Apakah aku perlu perlahankan rentak ? Huhuhuh... Yelah , bila sakit otot ni , dia punya tarik.. Fuh ! Nak tidur pun terasa perit. Nak bangun apa  tah lagi ! Tapi itulah... bila dah kena, kita pun belajar macam macam perkara. Cara buat regangan.. cara mengurut cari urat... dalam pada masa yang sama , belajar macam macam termasuklah BERSEDERHANA DALAM BERAKTIVITI ! Dalam erti kata lain.. beringatlah sedikit.. awak dah tua ! 





 Tapi tu la... nak berhenti tak boleh. Nanti perut memboroi. Kita kurangkan sedikit rentak. Dari hari hari , ke selang seli. Contohnya , kurangkan naik turun bukit kepada berjalan je depan umah bersama itik ituk aku tu. Gym ,3 kali seminggu ok dah kot ? Dan setiap kali pergi.. buat dalam sejam ok dah. Tak perlu la nak sampai berkhemah dalam gym macam dulu dulu tu ha.. kan ? 

Ada hikmah juga la bila kita diuji. Beringat sedikit... Jangan berlagak muda walaupun nampak muda. Yang penting , kawal pemakanan. Huhuh.. Aku tahu.. part ni memang masalah terutama bila makanan ada depan mata tu SEDAP SEDAP BELAKA. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (3)
    • ▼  Januari 2026 (3)
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes