SALAM, and HI ALL!
THIS BLOG HAS PERMENANTLY MOVED TO BLOGSPOT.
PLEASE GO TO http://findingtwolines.blogspot.com
from now on, this blog is CLOSED!
SALAM, and HI ALL!
THIS BLOG HAS PERMENANTLY MOVED TO BLOGSPOT.
PLEASE GO TO http://findingtwolines.blogspot.com
from now on, this blog is CLOSED!
Gila, sedih semacam aku harini. Sedih for no reason at all. Nangis nangis, muka dah macam kain buruk, macam cekodok basi, tak tau lah kenapa. Yasmin u are so!!!cruel!u better be good! u better cure my PCOS! im having such a chronic depression since i ‘met’ you.
I am usually a strong person. I am. I know I am. Tapi start dari semalam aku macam, nak mati.
Astaghfirullah..
Maybe sebab last tablet aku 2 hari lepas, semalam ialah first day without the tablet. i will go off the pill for 7 days before i continue taking the 2nd pack of Yasmin. Maybe “days off the pill” ialah hari2 hormon aku drop dan preparing for menstrual bleeding. That is why im feeling this, maybe.
Perut dah start senggugut ni. Kalau tak malam ni, esok confirm dah period ni..hmm cepat jugak eh? Dulu masa aku ambik Diane, dah hari ke 6-off the pill tu baru rasa senggugut…ini baru 2 hari..ok lah tu. Kalau dalam 7 hari ni tak period, baru la boleh ‘jeng jeng jeng’, tapi duhhhh, 1% chances je jeng jeng jeng tu, so jgn lah kau berharap sangat jay oii.
Tadi aku baca blog Christina Perri, dan aku tak tau kenapa ada ayat tulisan jawi yang tulisannya berbunyi “MAKTUB”
bawah tu dia tulis,
“it is written”
i kept trying to fight. i kept wondering why you weren’t fighting. i kept waiting for something different. i kept trying to direct the show. i kept trying to sculpt the statue. i kept trying to find what was already found + see what was invisible. i kept trying to have it my way… to not let it happen. to not let go…
but then i let go and realized… its already been written.
-Christina Perri
Aku Suka!
For us who, sometimes (not just sometimes, all the time) rasa down, sebab masih belum dikurniakan anak. Entry ini juga untuk ingatkan diri sendiri.
Adakah kau rajin bersedekah?
kalau tidak, cuba lah. Mungkin tuhan melambatkan rezeki kita sebab rezeki duit yang kita ada, kita tak pernah bersedekah. Bagaimana bentuk sedekah itu?
Baju2 yang tak terpakai dalam rumah kita, tak pernah kita kongsi dengan orang yg susah. tak semesti nya bagi 2 3 ringgit dkt org buta yang bawak tisu mase kita makan kat kedai tu je. Sedekah la juga pada, rumah2 anak yatim, rumah orang tua2. Sedekah jugak bukan dalam bentuk duit saja, mungkin pakaian, makanan, keperluan harian, sedekah pada kawan2 yang baru melahirkan, sedekah pada anak2 kawan2 kita, (walaupun diorang dah besar), sedekah makanan pada kucing2 terbiar, itu semua sedekah.
jadi kalau kita jarang buat semua ini, boleh la mula. jangan asik meminta2 dari Allah sesuatu yang kita takde, sedangkan benda yang kita ada depan mata, kita takpernah hargai, dan takpernah kongsi dengan orang lain. Malu lah dengan Allah, untuk berminta2 sesuatu yang tidak ada itu. Tak salah berdoa, tapi jangan terlalu sedih bila sesuatu yang kita nak itu kita tak dapat. Belajar untuk Redha, jika masanya belum lagi.
Pernahkah kita terfikir wanita lain yang dah ada anak itu, hidupnya sangat indah ke?
The kernel truth is, having a child doesnt mean EVERYTHING IS SETTLED!
Banyak lagi dugaan yang Allah akan beri, lepas Dia beri apa yang kita nak sangat. Macam nak kawin. ko nak sangat kawin, bila Tuhan dah jumpakan jodoh kau, everything is settled ke? Tak kan? timbul issue nak anak pulak. Nanti lepas nak anak, timbul issue, duit tak cukup la, atau masa takde utk spend dengan anak, atau anak kau sakit yang teruk, habis duit gaji kau lakibini bayar bil hospital anak, atau anak kau meragam teruk gila malam2 sampai kau tiba2 menyesal sebab dah ada anak, ko takdapat tidur lena lagi.atau laki ko asik outstation je sampai ko kene jaga anak kau sorang2,.the thing is, things are never settled for you. Kalau kau takpernah REDHA.
Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang lebih malang dari kita?
aku ada seorang sahabat, if she dont mind, aku akan bagitau dia adalah siapa. Tapi dia adalah founder group “Dream Mothers” dekat facebook tu. dia sahabat aku. dan aku kagum sebab dia moved on dengan hidup dia, life dia kalau orang tengok, mcm almost perfect. Tapi orang tidak tahu yang dia tidak boleh mengandung sampai bila2 kerana dilahirkantiada rahim. Selama ni aku ingat orang yang takde rahim tu sebab rahimnya dikeluarkan, kerana ade cyst ke cancer ke, tapi dia bukan, dia memang lahir2 takde rahim. Syndrome ni nama dia MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser Syndrome), google, to find out more. Dalam 70,000 pompuan, ada 1 je kes. dan dia adalah 1 of 70,000 itu. Tapi dia telah berkahwin dengan lelaki yg menerima dia sepenuhnya, and believe me, hidup mereka bahagia gila, walaupun dah memang tau takkan boleh ada anak kandung. Tapi itu bukan penghalang utk dia jadi Ibu, masih boleh lagi selamatkan anak2 yang takde makbapak, boleh ambik anak angkat, dan susukan, terus jadi anak kandung. Dia juga pernah ckp dekat aku, die bersyukur gila atas nikmat yang ada skang, sebab ada oranglain yg syndrome mcm dia, bukan saja takde rahim, cacat paras rupa, senget tulang belakang, dan mcm2 lagi. Dia cuma tiada rahim sahaja tapi yg lain cukup sempurna, wajah takde cacat cela. Macam mana kalau benda ni terjadi kat kau?
Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang boleh mengandung dan beranak tetapi ditinggalkan suami?
biras aku, yg sudah jadi ex-biras sebab mereka dah bercerai. Bukan nak canang diorang sebab bercerai, tapi sebab dia diceraikan dalam keadaan mengandung. Wait, jangan terus salahkan suami dia (adek ipar aku) suami dia innocent tapi isteri dia itu paksa gak minta diceraikan after pergaduhan yang brkali2 sejak kawin. Refer my previous entry for this story. Aku xtau nak citer mcm mana tapi, pendek citer nya, orang gila je yg tak ceraikan pompuan serupa itu. Tapi, kenapa tuhan bagi anak dekat dia? Do you think she is strong enough to handle this? Do u think u will be strong enough if u were her? Esok bila anak lahir, orang akan mengata, mencaci kerana taksampai setahun dah jadi janda, dia kena jage anak tu sorang2 lagi (kalau lom ditemukan dgn jodoh baru la). Dugaan dia banding dengan kita, susah lagi dugaan dia weh. (walaupon die sendri yg cari penyakit)
Ditinggalkan kerana Allah ambil. pun ada. Nak sangat anak, mengandung je Suami plak mati. Aku taknak benda ni jadi kat aku, Ya Allah, tolonglah jauhkan. Sebab tu aku memang berserah 100% dekat Allah untuk beri yang the best untuk aku. Aku dan suami aku pernah ckp, kalau memang ditakdirkan mmg takkan ada anak, kami redha. Kalau Allah dah tentukan kami cukup bahagia dengan hidup BERDUA sahaja, kami redha. Mungkin hidup kami tak complete seperti anda, tapi hidup kami cukup bahagia juga seperti anda yang ada 3 4 orang anak.
Esok lusa kat akhirat, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih indah dari anak di dunia. Kita tak tahu.
—
Aku penah tengok citer Berpaling dari Jannahmu. Ogy ahmad daud & Nasir bilal khan, terbaik la lakonan diorang. Ogy dalam cerita ni, 10 thn takde anak. tapi attitude dia ni pembersih, pembersih GILA, dan suka menghias2 rumah, dan pantang rumah bersepah sikit, dia kemas. Tapi dia rasa jugak kesunyian, sebab takde anak. Satu hari dia pun berdoa kpd Allah, doa bersungguh2 minta Allah bagi anak dan berjanji akan membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang.
Setelah diorang buat treatment, dia mengandung dan lepastu dikurniakan baby girl (lakonan Mia Sara). Bila anak dia dah besar, punya la Ogy tu jaga rumah diorang takkasi sepah lansung, sepah je kena marah. dan hari2 si Mia Sara ni kene marah, maki dgn Ogy sbb rumah bersepah. budak2..mana ada rumah org yg ada budak2, Kemas? ada ke?
jadi mengape at the 1st place tuhan takmo bagi anak?
Sebab Allah itu Maha Mengetahui, ko bila ada anak, ko asik pukol anak ko sebab rumah ko bersepah. dah kau nak rumah kemas dan bersih sangat, memang takleh ada anak punya. So bila Allah dah takdirkan dia takde anak, dia berdoa pulak untuk NAK anak, Allah itu kan MAHA Penyayang, Dia beri jugak akhirnya.
jadi bila dah dapat, mcm mana ko layan anak itu? akhirnya anaknya itu merajuk, lari keluar rumah dan kena langgar, dan mati. Jadi ALLAH ambik balik. pasal ko dah janji ko nak jaga anak tu betul2, tapi ko mungkir janji, kau degil, sebab Allah dah takdirkan ko memang takboleh ada anak, tapi ko ingkar dengan takdir Allah, kau NAK jugak anak, jadi tuhan nak tunjuk kat kau, ada anak itu bukan TERBAIK utk kau. adalah baiknya kau takpayah ada anak sebab rumah yang kemas itu lebih penting kan?
Bapak mertua aku penah citer, dulu ada ofismate dia yang 9tahun kawin takde anak. Lepastu berdoa, semayang hajat semua, treatment merata2, akhirnya mengandung isterinya. Skang anak dia dah remaja tapi, perangai teruk, hisap dadah, selalu kena tangkap polis dan sbgnya…Bapak mertua aku ckp, Dah memang awal2 dia takpayah ada anak tapi nak jugak, sebab tu tuhan taknak bagi mula2, pasal dah bagi, tengok2 dah besar jadi mcm tu, tapi psl ko nak jugak, mintak sangat, Allah beri. dan sudahnya? Sebab tu aku cakap dapat awal ke lambat, bukan ukuran. Kalau lambat pun ade yang takjadi apa. Aku ni ha, 4 tahun lepas mak aku kawin baru aku lahir. skarang aku jadi apa? buang masa menaip kat blog. hahaha
Aku pun masih berusaha walau dah nak masuk 3 tahun kawin, tapi aku taknak struggle teruk2 sampai sedih melampau sebab takde anak. Aku taknak esok aku nak sangat, bila dah dapat aku menyesal sebab melahirkan dia. Sekurang2nya Allah lindung aku dari berperasaan RIAK, dari bangga diri, Begitu lah manusia..aku pun sama gak. Kadang2 terlalu marah, asik2 nak sound orang yang mention psl pregnancy diorang. Aku takleh marah sebenanya. tapi perasaan itu natural. aku mintak maaf..kalau aku memang banyak sakitkan hati korang dengat ayat2 aku. Itu memang cara aku menegur orang. Aku takde hak pun, tapi kau juga takde hak untuk sakitkan hati aku at the first place. Esok lusa kita tattau tuhan nak uji kita mcm mana.
Ini untuk ingatkan kita semua.
Nak tanya, if anyone of you have tried Yasmin? the bcp or The Pill. i know you cant get pregnant while on bcp but some gynaes, prescribed us with bcp to jump start our period. like last year, so-called-gynae in Klinik Umra gave me DIANE35. yg menyebabkan kegemokkan aku skg ni. tahun lepas gak, aku emo terok, marah semue org yg pregnant, kucing pregnant pun kena curse gak dgn aku.
bila aku tukar doc, (Dr Delaila) prescribed me with Norethisterone or NE plak.
beza 2 ni, Diane35 tu mmg birth control. pil perancang. mmg takkan pregnant punye (1%) chance je pregnant kalau ambik. period pun normal every month (masa ambik)
aku, bila stop diane, period takdtg dah. Bila jumpe dr delaila, dia ckp dia takfaham kenape gynae yg sebelum ni bagi aku DIANE35. (different doctors, different chaos kot) huh..
Norethisterone/NE plak, bukan birth control, cuma dia act to Delay period. contoh:
1. untuk org yg nak honeymoon, tibe2 tarikh nak gi honeymoon tu dah dkt dengan waktu patut period dtg, then NE boleh delay period tu if taken atleast dlm seminggu ke 2 3 hari sebelum due period kot. selagi kite on NE tu, period delay. but after stopping, period kite immedietely dtg after 4-7 days. NE ni tugasnya, menebalkan rahim kita (NE ada progesterone) so we all know progesterone akan tebalkan rahim, up to only certain stage, and can hold it that way, until kita stop NE tu. Then our uterus lining nipis balik, and shred, so kite period lah.
2. Selain delay period, dia boleh jump start a period. Kalau terus ambik, rahim kite terus menebal, sampai satu tahap bile kite stop ambik, kite period. im sure about this sbb with BBT, my temps will be elevated right after taking only 1 tablet.
3. Untuk stop bleeding yg melampau (atas sebab hormon tak terator dan sebagainya) – Aku pernah. Sebab masa so-called-gynae kat klinik UMRA tu pegi bg injection yg TIDAK sepatutnya, (please refer to my previous2 entry for this story) aku bleeding/period sampai SEBULAN, dan senggugut for SEBULAN. bila aku jumpa dr delaila, dia bagi NE ni and kena makan SAMPAI bleeding stop. bila dah stop pun, kena habiskan. aku xingat dlm brape hari aku kene telan NE tu. 3minggu lebih gak. Lepas stop, aku period balik after 2weeks, normal period. natural period.
YASMIN

So which one should i take? Diane35 mmg tobat aku xnak ambik lagi. Ive read somewhere yg Diane35 ni mmg elok utk PCOS sebab dia balance kan balik hormon, tapi MAYBE untuk orang yg system badan dia taksame dgn bangsa badan aku. Sebab orang2 itu lepas stop Diane35, period dia dtg mcm biase kalau die tak pregnant, tapi aku tidak! Jadi Diane35 MUNGKIN menjadi salah satu faktor, period aku TEROS tak dtg kalau tak makan ape2 PILL. mungkin otak aku sangka, takde ape2 trigger dia utk send SIGNALS, jadi dia tido je.
adek2 iparku yg active on Birth Control.
1. Kak Lang – ambik diane for 2years, after stopping them, she got pregnant. AFTER beranak, anak dia dah 2tahun skang n die ckp die susah gila nak pregnant balik even though period die mmg regular.
2. Kak Chik – ambik yasmin for almost 3years – to regulate period sebab dia lagi teruk dari aku, 6bulan skali je period. Dah tu die dapat period pun mase form 5. Dia kawin setahun lepas aku, and mase nak kawin pun dia still ON YASMIN sebab dia nak regular kan period, siap gitau husband dia “awak jangan espek dapat anak cepat ye sbb saye makan pil perancang ni, mmg takkan mengandung..saye kene betulkan period saye dulu”
Kuasa Allah, she got pregnant while ON YASMIN. (eh mcm nak taip ON YASMIN dan hantarkan ke 32999) hahaha…
So i researched. (eh panjang lagi ke citer aku ni, suke ati korang la nak continue bace ke tak)
i thought Diane & Yasmin is the same thing, brand name je lain. rupenye, chemical content die beza sket. Diane35 is with CYPROTERONE ACETATE + ETHINYLESTRADIOL . Yasmin is with DROSPIRENONE+ETHINYLESTRADIOL
ENTAH aku pon takbrape nak paham tapi kalau google dan bace dengan muka penuh berkerut, boleh paham la sket2.
aku tattau and aku tak pasti, aku just assume, kenape Diane35 tu sgt horrible utk aku dulu. Cyproterone blabla tu sbenanye utk hilangkan simptom ‘classic’ PCOS iaitu facial hair, jerawat yg byk dan lain2, masalahnye aku takde tu semua. aku cume ada ovary yg polycystic yg menghalang aku utk ovulate n period. So sebab tu mgkin, DIANE35 tu tak sesuai.
jadi YASMIN ni pulak, bile aku google YASMIN+METFORMIN, (aku saja guess) taksangka ramai gynae prescribed YASMIN combine with METFORMIN utk PCOS.
aku siap jumpe kak cik untuk tanya dia psl yasmin ni. dia ckp alhamdulillah skang mmg period regular, tapi syaratnye mmg kena ambik straight for 3-6months. lepas tu tgk mcm mana lps 3 bulan. kalau lepas stop pill tu, 2minggu tak period, maksudnya tak sesuai lah tu. or hormon belum regular. continue taking it for another 3month. Skang dah ada anak and die breastfeed, die tak ambik dah yasmin, so period die jap ade jap takde sebab BF kan, but still dia dah boleh period without any meds. anak dia skang dah dekat setahun dah.
aku tau tak semue org body system dia sama. aku just try, and guess what, aku beli YASMIN without prescription. selamba kodok je aku buat semua ni. aku bli kat farmasi. 2 kotak lak tu. mgkin aku dah tattau ape yg perlu difikirkan.
ape yg perlu nak buat lagi. aku buat assumption base on my research yg ikot sukeati aku je.
aku tak refer lansong dgn doc. aku tau Dr Delaila wont approve BCP pills to jump start a period. masalahnye NE tu pon doesnt do any good for me. its not for PCOS. Yasmin is for PCOS. kat US+UK ramai gynae bagi patient diorg.
eh tetibe aku terlebeh pandai dari doc plak.
lebih 3 org yg aku kenal, got pregnant after stopping yasmin. tapi ade seorang kawan aku ini, lepas stop yasmin, tak dtg2 terus period. ade gak yg aku baca kat forum2, susah nak pregnant lepas stop yasmin. so mmg semua org tak sama. jadi utk tau apekah effect nye kat aku, kita CER-CUBA.
tattau, aku dah letih kot. biar aku jadi doctor utk badan sendri. aku dah research betol2 psl YASMIN combine with metformin ni. nanti aku post next entry apekah yg aku jumpa.
PEHAL panjang sgt citer aku. heheheh

Sarcastic pic. I imagined having lots of eggs in my fridge, tapi semuanya kecik2 dan busuk. mcm mana nak goreng?