Thursday, December 15, 2011
Percutian Musim Sejuk
Thursday, October 27, 2011
Return To Mersing
Sunday, October 23, 2011
Seri Mersing
Adusssss.... mengigau aku rupanya.. Esok aku akan ke Mersing semula. Sambung kerja yg tak siap lagi. Biasa la, mando pegi waktu permulaan,pertengahan dan penutup. Permulaan dah pegi ari tu. Ni untuk pertengahan projek.
Nak cerita pasal Mersing ni. Ramah2 orang kat sini... nasib baik aku dah couple, kalau tak mahu sangkut ni...hehehe. Cari rumah sewa untuk sojar2 aku!! Ramainya yg nolong. Akhirnya dapat bilik sewa...Perh!! macam hotel tu, ingat bilik bodoh je. Siap ada dapur, ruang tamu...TV LCD beso dinding. Wifi merata ceruk...dalam toilet pun sojar2 aku boleh berpesbuk!!
Nota: Sedapnya melenjan lori baru!! Buat XPDC 4x4 ke Endau rompin pun ok gak ni.
Monday, September 12, 2011
Volkswagen Das Auto 2011
Dah lama tak pergi ke mana-mana pameran kereta. Kebetulan ada kerja hari sabtu yg lepas. Lepas kerja aku singgah le ke Bukit Jalil. Pameran Volkswagen Das Auto 2011. Masuk percuma. Aduhai...aku sampai pukul dekat2 pukul 11, orang punya le ramai. Apa lagi, beratur le. 12 lebih baru dapat masuk dalam. Nasib baik cuaca redup. Kalau tak hangus le...kalau aku yg dah hangus ni, rentung terus.
Saturday, August 27, 2011
Sampul Duit Raya
Yang nak aku cerita ni pasal sampul duit raya la. Tiap2 bank pasti ada keluar sampul duit raya tiap2 tahun dengan design berbagai2. Kalau lewat pegi mintak, mesti abis stok. Aku biasanya tak payah sibuk2 cari atau beli sampul duit raya ni. Tiap2 tahun wife aku dapat dari kompeni dia dah tentu le, berguni2 hehehe!! Tu belum lagi dari member2 dia dari bank2 yg ada sekitar KL ni.
Tahun ni bila aku check balik, stok sampul duit raya yg tahun dulu2 pun banyak lagi. Dah boleh buat koleksi sampul duit raya le pulak. Sayang aku tak ketelogkan ikut tahun. Macam2 bank ada. Ada tu sampul duit raya dari bank yg dah pupus pun ada lagi aku simpan. Contohnya macam Bank Bumiputera.
Sebenarnya aku nak jugak buat entry pasal kad raya yg makin dilupakan sekarang ni. Tapi tak de simpanan kad2 lama. Masih aku ingat dulu2 masa aku kecik2. Kad raya biasanya gambo kucing. Kalau gambo kucing Parsi mahal le kad tu...kalau kucing siam murah sikit. Tapi sayangnya tak de la pulak aku simpan contoh. Masuk era pertengahan 80an baru le kad raya ada gambo2 masjid pelbagai... begitu le..zaman dah berubah.
Friday, August 26, 2011
Tokina 11-16mm f/2.8 AT-X Pro DX Lens
Dari segi focal length memang le tak jauh...dari 11-16mm aje. Dah lebih kurang prime lens aje. tak jauh sangat jarak zoom dia.
Baru2 ni aku gi melawat kedai member kat Low Yatt. Orang lain sibuk shoping baju raya, tapi bagi pengemar photograpy, dia orang sibuk shoping barang2 kamera. Maklum le, nak buat beraya gak tu. Lebih2 yang dapat bonus melampau2 tu. Ada satu mamat ni tanya aku pasal lens yang sesuai untuk gambo keluarga di pagi raya. So aku tanya le, dah ada lens wide-angle? bajet berapa? So kata dia bajet dalam RM2K..(baru dapat bonus raya kot) Aku pun suggest lens ni. Macam aku pulak saleman kedai tu. Test punya test, last2 jadi jugak angat. Tak pasal2 aku dapat duit kopi dari towkey kedai.
Thursday, August 18, 2011
Canon EF 75-300mm f/4-5.6 III USM
Ni antara contoh2 gambo yang aku shoot dengan lens ni. Boleh le... padan dengan harganya....
Wednesday, July 20, 2011
Panggilan Pulau - Pulau Redang
Nak tengok ikan, banyak kat Taman Laut Redang. Penyu pun ada...
Subscribe to:
Comments (Atom)