MPMUM : Siapa Gila Kuasa?

January 29, 2009

postercroppedKabinet MPMUM yang di jadualkan akan berlaku pada isnin hadapan seperti mana yang di nyatakan di dalam Malaysiakini akan mewujudkan satu senario kepimpinan baru di peringkat mahasiswa pada sesi kali ini. Pembentukan kabinet ini seperti mana yang di nyatakan oleh 2 parti politik mahasiswa yang bertanding di dalam PRK 08 yang lalu menunjukan masing-masing ingin mendapatkan kuasa untuk memerintah. Kemenagan PRO mahasiswa sebanyak 19  kerusi manakala penggerak mahasiswa 20 kerusi dan bebas 2 kerusi , menyukarkan untuk kabinet di tubuhkan dengan lebih awal . Namun setelah 2 orang calon bebas bersetuju untuk bersam-sama Pro mahasiswa menajdiakan PRO-M layak untuk memebentuk Kerajaan Mahassiwa universiti malaya Isnin ini . Read the rest of this entry »


Maruah : Polis Malaysia Perlu Kaji semula peranan.

January 27, 2009

30a0601b4afe2350“Mesra, Cepat ,Betul “ menjadi tema retorik bagi Badan ini  berikutan kes kugan yang menjadi Panas di media massa ketika ini . Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair. Mereka mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi.

Kematian kugan ini menjadi satu perbahasan yang menarik pada saya yang sama perlu kita fikirkan tentang kematian beliau . Beliau di tahan dan mati selepas itu hanya dalam tempoh yang tidak lama. Seolah-olah ada faktor lain yang yang menyembunyikan agenda tertentu merasakan dirinya tidak selamat apabila Kugan di penjarakan . Siapakah dia ?? inilah yang menjadi persoalannya. Mungkin sahaja Pihak polis sendiri ataupun orang ketiga yang mengkambinghitamkan pegawai polis . Ataupun mungkin kes ini tiada kaitan lansung dengan ketiga- tiga andaian tersebut ,tetapi hanya faktor kesihatan beliau sahaja yang mengidap paru-paru berair .Tetapi bukti pertikaian keluarga Kugan terhadap kesan cedera di badannya cukup menjadi tanda tanya dan hanya mereka yang teribat di balai polis itu sahaja yang tahu bagaimana kesan itu wujud. Read the rest of this entry »


Antara PMIUM dan MPMUM mana satu di Hadapan??

January 26, 2009

Kemenangan yang berpihak kepada pro mahasiswa yang tediri daripada PMI, Cina dan India pada 19 januari yang lalu memerlukan satu perencanaan yang rapi di peringkat parti yang menang untuk membawa agenda kemenangan itu. Apakah Hope n Change yang di laungkan itu satu retorik semata-mata untuk meraih undi simpati atapun ianya menjadi agenda serius yang akan di laksanakan oleh Blok pro mahasiswa ini .

Kebanyakan calon-calon yang memenagi PRK 08/09 ini adalah muka-muka daripada PMIUM seperti saudara Mohd Hafis bin ilyas yang mendapat undi tertinggi , saudara Ridzuan Mohammad  exco akademik dan intelektual PMIUM , Saudara Aizat Bin salleh dan ramai lagi. Kemenangan mereka ini sudah tentu membawa nama PMIUM di mata mahasiswa juga. Namun sekarang ini siapakah yang  perlu  menonjol ? MPM atau PMI??

MPMUM terkenal sebagai badan pelajar yang menaungi seluruh mahasiswa di kampus . Peranan mereka cukup besar berbanding persatuan-persatuan kecil yang lain seperti PMIUM. Mereka ibarat seperti sebuah kerajaan yang memerintah . Kemenangan tipis 21/20 melayakkan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan . Pergerakan  mereka lebih luas dan terbuka. Mereka boleh mengarah dan memandu pelajar mengikut kuasa yang ada pada mereka. HEPA walaupun mengawal mereka namum MPMUM yang sebenar mempunyai kapasisti lebih walaupun ada HEPA. Read the rest of this entry »


Mengisi Kemenangan Tanggungjawab Utama!!

January 25, 2009

Pasca PRK UM 08 telah berlalu. Saya melihat kemenangan yang tidak di sangka-sangka menjadi milik PRO Mahasiswa . 5 tahun bertungkus lumus memastikan kemenangan ini  akhirnya di sambut dengan laungan takbir memuji kebesaran Ilahi. Akhirnya impian saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan untuk megnggegarkan Dewan Tunku Canselor (DTC) menjadi realiti.

Kemenangan ini bukan satu kebanggaan yang boleh di ungkap dengan gahnya oleh semua orang .Kemenangan ini adalah satu ujian berat dari Allah kepada YB yang telah memenangi dan mereka yang terlibat di dalam usaha bagi mengisi kemenangan ini . Read the rest of this entry »


Apa Perasaan Kita

January 20, 2009

Design a site like this with WordPress.com
Get started