Sunday, 18 January 2026

Kari Ikan Nyok-Nyok

Masak Kari Ikan Nyok-Nyok hari ni untuk makan bersama anak asrama. 

Selain kari ikan, masak juga udang goreng kunyit, kangkung goreng belacan favorite Kakak dan telur mata. 

Kangkung Cik Leha bagi. Geng Bukit tuai kangkung. Banyak CL bagi alhamdulillah. 

Sebelum tu singgah Tealive. Beli minuman yang dia pesan. Kita layan je la kan, asalkan dia happy

Saturday, 17 January 2026

LGK D1: (4) Kota Mahsuri & Aktiviti Bebas

Selesai makan tengahari di D Bendang Nasi Campur, kami ke Makam Mahsuri. Dah banyak berubah tempat ni rupanya. Kali pertama datang Langkawi, Ummi Walid ke sini. Kali kedua dengan 3 anak, tak ke sini sebab Kakak masih baby (4 bulan). Malas la nak bawa ke tempat yang orang kata keras ni kan... 

Dulu (>20 tahun sudah) belum ada kompleks begini. Sekarang dah dibina tembok di sekeliling rumah Mahsuri, dah tak nampak dari luar ni. Nama pun Kota Mahsuri sekarang ni. Kami tak masuk ke dalam sebab anak⁴ tak nak masuk. Tak silap tiket masuknya RM15 utk dewasa dan RM10 utk kanak². 

Panggung Seni Kota Mahsuri.

Ada surau, ada pejabat pengurusan ...
Selain tu ada gerai² jualan cenderamata dan makanan juga. Angah beli t-shirt Langkawi untuk kawannya. Adik pula beli souvenir untuk kawan². 

Ummi beli minyak gamat 🤭
Minyak gamat kan trademark Langkawi. ..

Dari sini ke Padang Mat Sirat. Konon nak cari sekolah yang Tok Ayah mengajar dulu, tak jumpa. Bawalah anak⁴ pusing² sampai ke airport

Nampak kedai Eco, pakat ajak masuk pulak :D 
Harga Eco Langkawi mahal 20 sen dari Eco di tanah besar. Biasalah tu, harga fast food di tempat tumpuan pelancong macam Genting, KLIA pun lebih mahal kan.  

Balik hotel berehat kejap. 
Lepas Asar turun ke pantai. Adik nak mandi pantai... 

Healing :) 

Ummi nak layan sunset... 
Ramai orang di Pantai Chenang ni...yang mandi-manda, yang bersantai, yang main jet ski pun ramai...

Walid took over jaga Adik, Ummi dengan Kakak pergi jalan² cuci mata. Area Chenang ni happening, tumpian international tourists. Hence, banyak la kedai² menarik dan dibuka sampai tengah malam. Lagi best semua walking distance je dengan hotel yang kami stay. Malam first sampai tu Walid dan Abang siap keluar meronda di kawasan ni tengah² malam. Ummi nampak katil terus zzzz... 

Lontaran RM petang tu ... 
Tak cukup dengan minyak gamat, belacan pun Ummi  beli 😂

Sebelum balik hotel, beli la food sikit untuk minum petang. 
Malamnya pula Walid beli nasi goreng je dekat kedai tomyam depan hotel. Malam tu Walid and the boys keluar lagi. Ummi and the girls zzzz... Esoknya ada aktiviti outdoor, kena tidur awal. 




Airtangan Abang Kakak

Alhamdulillah Abang dan Kakak dah boleh diharap untuk masak simple². Cuti sekolah baru² ni rajinlah depa beraksi di dapur. Ini antara hasil masakan depa... Simpan sini la sebagai tatapan depa. Moga² makin rajin 🤗

Kakak requested nak makan ramen sebelum masuk asrama. Okay, Ummi izinkan. Sedap ye, dia letak susu dan cendawan enoki. Belajar dekat YouTube kot cara masaknya tu. 

Crabstick Soup, by Kakak juga. 

Ayam Goreng Bawang kata Abang. Tapi sehiris bawang pun Ummi tak jumpa 🤭

Buttermilk Chicken Abang masak ni sedap 👍🏻 
Lulus ✅

Ini Ayam BBQ resepi Aunty Ezna. Ummi share blog post AE dan minta Abang buat. Menjadi dan sedap hasilnya 👍🏻 

So far paling sedap masak nasi goreng Kakak la. Kalau nak goreng nasi memang minta tolong Kakak. Semua ahli rumah suka airtangannya ni.

Ummi tengok kawan² Abang pun ramai yang rajin masuk dapur. Seronok mak² sebab balik kerja makanan dah terhidang atas meja 👍🏻

Alhamdulillah. 

Friday, 16 January 2026

Intai Kakak Antara Nampak ☺️

Minggu ni memang aktiviti mak² seluruh Malaysia mengintai anak² rasanya... Tak kisahlah anak masuk tadika ke, darjah 1 ke hatta Tingkatan 1 pun. Yang anak masuk asrama, pantang cikgu up gambar laju je teropong anak masing². Kan Linda? 😁

Alhamdulillah cikgu² dan warden sekolah Kakak rajin sungguh berkongsi gambar. Terubat juga rindu Ummi kepada anakanda nan seorang ni.

Menikmati makan tengahari kali pertama di dewan makan bersama kawan² baru.

Sesi bersama warden sebelah malam... 

Pendaftaran Koko...

Ceria ❤️

Tour asrama
Kakak senior demo cara gosok baju 👍🏻

Pagi semalam pun ceria alhamdulillah. 

Malam tadi Ada program di dewan. 
Ada makan² juga tu... 

Ada kejutan manis untuk anak² kelahiran Januari. 

Pagi Jumaat ada sesi senaman. Kemudian naik kelas untuk gotong royong. Senyum je tu, lega hati Ummi. 

Alhamdulillah so far so good. Cumanya adalah nangis² sikit masa awal² tu. Sikit je tau Uncle Gedek :p 
Biasalah tu, sementara nak biasakan diri. 
Ummi tau Kakak strong 😘

Lunch @ D Bendang Nasi Campur, Langkawi


Trip ke Langkawi kali ni takde agenda food hunting atau cafe hunting. Main terjah je mana² kedai yang nampak menarik. 

Salah satunya D Bendang Nasi Campur ni. Ummi tak ingat lokasinya secara repeat, tapi tak jauh dari roundabout Ayer Hangat. 

Kedai kampung biasa je
Tapi, masakannya luar biasa sedap 👍🏻 

Pilihan Ummi semestinya ikan...
Kali ni ambil kari ikan tenggiri beserta ulam² dan sambal belacan. Dah nikmat sangat dah ni ... 

Ini pinggan Walid.
Walid jenis suka ambil itu sikit, ini sikit. Beza dengan Ummi yang suka fokus kepada 1 jenis lauk je. Tapi of course la cuit² juga lauk Walid :D 

Ini pilihan Abang, Angah dan Kakak. 
Adik mengantuk, tak nak makan. Tapau nasi dengan ayam goreng. Minuman air kosong. Masa nak balik tapau 2-3 jenis air manis. Harga keseluruhan RM68.00. 

Ada jual kuih muih tradisional juga. 
Dalam balang belakang tu kuih sagon. Nak makan kena hati², jangan bercakap nanti tersembur habis 😅

Roti krim lejen ni dulu boleh dikatakan makanan harian Ummi masa rehat. Harga 30 sen je, kira² 20 tahun dulu (time Ummi sekolah menengah). Beli air sirap 20 sen, makan bersama roti krim ni. Sekarang harganya RM1. Ummi beli 2-3 bungkus. 

Alhamdulillah, kenyang. 
Jom teruskan lagi perjalanan... 

Thursday, 15 January 2026

Menang GA Baju Raya Berlace

Alhamdulillah rezeki menang GA Baju Raya Berlace anjuran Kak Notie. Alhamdulillah rezeki kedua dari rakan blogger di tahun baru, selepas terima kiriman Tot sebelum ni..

Ummi pemenang #8, dapat hadiah kain ela & lace yang cantik ni... Warna salmon pink... Kak Notie punya GA simple je, siapa cepat dia dapat. 

Lace ni katanya untuk diletak di bahagian hujung lengan baju. Cantiklah jadi bajunya nanti. Ummi dah ada idea dah nak buat bajunya, cuma sekarang tailor dah tutup tempahan. Nak setelkan tempahan baju raya dulu. Tapi rasa² nak juga bawak pergi tailor Walid tu, kot la dia lembut hati nak tolong jahit baju Ummi ni haha... Tapi itulah, hari tu dah minta tolong jahit baju batik asrama Kakak. Kang tak siap pulak tempahan baju raya orang lain 😅

Apapun nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Notie atas pemberian ni. Semoga diluaskan rezeki dan sihat² selalu hendaknya 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 


LGK D1: (3) Langkawi SkyRex & SkyDome yang Mengujakan!

SkyCab

Mula tu macam nak skip SkyRex ni... Masing² dah kepenatan dan macam dah seronok sangat dah masuk 3D Art Museum tu. Ummi pula ingatkan SkyRex ni macam tempat ada replika dinosaur untuk bergambar macam tu la... 

Tapi, bila masuk dalam tu masing² kagum dan teruja dengan pengalaman yang dilalui. 


Masuk dalam dewan ni, kita akan naik simulator tram ke zaman pra sejarah. Nanti macam² la dinosaur keluar di sekeliling kita. Rasa dan nampak macam real. Bila dinosaur tu bergaduh, terasalah tram kita pun bergerak atau tertendang sekali. Menjeritlah apa lagi kan 😁 

Bagi kami sekeluarga yang pertama kali menikmati pengalaman begini, memang seronoklah. Masuk 3D Art Museum tadi dah rasa best sangat dah, masuk sini lagi best

Gambar memang tak ambillah dalam ni. Risau pulak phone terlepas dari tangan nanti, terkejut kena sergah dengan dinosaur 🤭

Selesai mengembara ke zaman pra sejarah, kami ke SkyDome pula. Jarak tempat² ni dekat dan bersebelahan je antara satu sama lain. Semua ni pun dah termasuk dalam tiket SkyCab. 

Langkawi SkyDome

Jumpa Boboiboy, bergambar dulu :) 

Adik dengan Yaya la kan... 

Dalam SkyDome ni ada tayangan misi menyelamat bumi oleh Boboiboy dan kawan²-nya. Boleh la layan :) 

Terasa macam kaca tu retak betul 😁
Power 👍🏻

Alhamdulillah berjaya cover semua tempat yang included dalam tiket tu. Sebelum balik, Walid jumpa kawan sekolah menengah yang kerja di sini. Kawan Walid tu anak jati Langkawi dan rezekinya dapat menabur bakti di bumi kelahirannya sendiri. 

Sementara Walid berbual dengan kawannya, Ummi pekena coconut shake 😋 
Awal pagi masa sampai tadi, kiosk² jualan di luar Oriental Village ni masih belum buka. Masa nak balik, kebanyakannya dah buka. Ada jual minuman dan snek ringan² macam keropok lekor, goreng pisang dsbnya. 

Berhampiran dengan Oriental Village ni ada satu lagi tempat tarikan pelancong iaitu Air Terjun Telaga Tujuh. 

Kami sampai sini sekitar jam 12.45 t/hari. Tak turun kereta, sebab anak⁴ tak berminat untuk turun. Panas sebenarnya. Jadi, kami teruskan perjalanan. Misi seterusnya nak cari makan tengahari. Aktiviti sebelah tengahari/petang ni bebas je. Walid bawa kereta pusing² pulau dulu ... 


Pantai Awam Teluk Yu.
Sini ramai pelancong tempatan. 


Sampai di Pantai Tanjung Rhu yang sangat cantik! Bersih, indah terhampar laut membiru. Tapi, pantai ni tumpuan pelancong Mat Saleh. Ramai berjemur di bawah terik matahari. Kita ni turun bergambar sekejap pun rasa nak cepat² masuk kereta cari aircond. Depa steady ja sunbathing


Sampai kawasan hujung Tanjung Rhu. Sini tempat pelancong naik bot untuk aktiviti island hopping dan mangrove tour. Ada pantai awam juga dekat sini. 

Dah lapar nasi, jom la patah balik ke pekan...