Wednesday, November 14, 2012

Salam Akhir Tahun 1433H

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun Hijrah 1433. Esok 1 Muharram 1434H, bertambah lah satu tahun hijrah lagi, menandakan pertambahan usia kita juga. Semakin bertambah usia, semakin dekatlah kita pada ajal. Jadi sudahkan bertambah amalan kita sebagai bekalan di akhirat sana?

Inshallah, dalam bulan Disember ini Nisa' Perlis telah merencanakan untuk menjemput Ustazah Norhafizah Musa, personaliti dan penceramah yang kerapkali muncul di kaca tv. Program BUAL BICARA KELUARGA BAHAGIA diadakan pada 16 Disember 2012 hari Ahad, bertempat di Dewan Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, Kangar bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Yuran dikenakan adalah RM50 seorang. Andai pendaftaran dibuat secara berpasangan (suami dan isteri) hanya RM85 sahaja.

Selain jemputan kita Ustazah Norhafizah Musa, turut berforum pada program tersebut adalah Imam Masjid Syed Alwi, Kangar, Ustaz Muhammad Zahid.

Tempat duduk adalah terhad, dan untuk mendaftar:
sms ke nombor <0134044962>

Anda boleh membuat pembayaran secara online atau pembayaran terus ke pejabat Urusan Nisa' Perlis beralamat di :
NISA' EDUCARE CENTRE,
NO. 6, JALAN SRI GUAR,
TAMAN SRI GUAR, 01000
KANGAR, PERLIS.

Sebagai penutup bagi entry kali ini, kami di Nisa' Perlis sekali lagi mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharram.

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
jangan lupe bace tau :)









Monday, October 29, 2012

Tabarruj


Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].


Friday, August 3, 2012

KISAH KELEBIHAN SOLAT SUBUH DAN ASAR DI AWAL WAKTU.



Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti)

Diceritakan oleh Imam 
Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan pada ummatnya untuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, pada ketika itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.

Sumber : http://ahmadraje.blogspot.com/2012/01/kelebihan-solat-subuh-asar-di-awal.html

Tuesday, July 24, 2012

11 Amalan Terbaik sepanjang Ramadhan



1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:
“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata:
“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

sumber :  http://myibrah.com/11-amalan-terbaik-sepanjang-ramadhan

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Muslimah



1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

sumber: cahayaislam.net

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum wbt.
Inshallah, jika dipanjangkan umur, kita akan bersama-sama seluruh umat Islam yang lainnya bagi menyambut kedatangan 1 Ramadhan pada esok hari (21 Julai 2012). Alhamdulillah Ya Allah, kerana telah memperkenankan doa kami agar dapat merasai lagi nikmat berpuasa pada tahun ini. Harapan kami agar Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang telah lalu..

Jom kita tengok senarai semak Ramadhan ini :



Selamat berpuasa sahabiah Nisa' Perlis semua!

: )

Sunday, June 24, 2012

Nisa' BFF

BFF ape tu?? Boyfriend forever???
Hish.. bukan la.. BFF tu Best Friend Forever..

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari kedua berjalannya program Nisa' BFF
anjuran Nisa' Perlis. Ramai kenalan baru yang kami dapat dalam BFF kali ni.
Harapan kami Nisa' Perlis, agar Nisa' BFF dapat jadi pemangkin ikatan ukhwah antara semua ahli BFF yang hadir.

Ape tu Nisa' BFF??
Hah, mai nak cerita. Pernah dengar bulatan gembira? ataupun, usrah?
Nisa' BFF ni serupa la macam usrah. Kita rebranding nama dia jadi Nisa' BFF,
dengan harapan, setiap ahli dalam kumpulan BFF ni dapat berukhwah abadan abada..

Jadi matlamat pertama Nisa' BFF adalah berukhwah, disamping kita saling tegur menegur, nasihat-menasihati dan berkongsi.. Well, sharing is caring..

Inshallah, pada sahabiah2 yang terlepas utk BFF kali ni, jangan risau,
Nisa' BFF akan diadakan setiap 2 kali sebulan. Jadi...
JOM Ber'BFF'!


Monday, May 21, 2012

Jadual AKtiviti Terkini Nisa' Perlis

10 Jun (Ahad) - Nisa' BFF
16 Jun (Sabtu) - Program Sehari Bersama Aishah
                             - Jamuan Hi-Tea
                             - Sembang Santai Bersama Aishah
23 Jun (Sabtu) - Nisa' Lets Learn to Self-Defense

Nisa' Perlis dengan kerjasama De Nur Riz Spa & Beauty juga akan mengadakan beberapa kursus khas untuk semua beliawanis. ANtaranya:

1) Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan
2) Kursus Seni Kecantikan Spa - Rawatan Wajah
3) Kursus Perawatan Rambut & Kulit Kepala
4) Kursus Urutan Terapi Badan
5) Kursus Sulaman Riben

Sijil disediakan untuk semua penyertaan bagi kursus diatas. Tempat terhad kepada 15 orang sahaja bagi sesuatu kursus. Kursus akan diadakan pada setiap hari cuti Sabtu dan Ahad. Dijalankan di De Nur Riz SPa & Beauty, Beseri, Perlis. Untuk maklumat lanjut dan penyertaan boleh hubungi (0194578575 - ila)

Penyertaan dibuka untuk semua ahli Nisa' dan juga bukan ahli Nisa' .

:)


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Guru

Nisa' Perlis ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH buat seluruh guru-guru yang telah mendidik semua anak2 muridnya dengan segala kepayahan selama ini. Jasamu guru tidak dapat kami balas melainkan hanya doalah yang dapat kami iringi moga baktimu menjadi amalmu yang termulia disisi Allah..

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)





Monday, March 12, 2012

Cuti Sekolah Datang Lagi

Alhamdulillah, cuti sekolah datang lagi.. apa perancangan sahabat2 semua? Ada yang akan mendirikan rumah tangga time2 cuti ni? Selalunya, musim cuti sekolah nilah ramai yang ambil kesempatan untuk mendirikan rumah tangga..

Seronoknya bagi keluarga dan pengantin2 yang bakal berumahtanggakan. Tapi ingat, jangan sampai majlis kita itu menjadi majlis yang dilaknat Allah. Berbelanjalah tapi jangan sampai berlebihan. Allah kan tidak suka pada pembaziran dan pemborosan.

Peringatn juga untuk pengantin wanita, janganlah dijadikan hari ini sebagao hari untuk kita menempah dosa pula.. Jauhilah bertabarruj dalam mengenakan busana pengantin. Jika dilihat rata-rata pengantin hari ini suka bermekap secara berlebihan adakalanya sehingga menyambung rambut dan bulu mata, tak kurang juga yang mencukur bulu kening, kononya untuk tampak lebih cantik dari hari2 biasa.


Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu: Rasulullah s.a.w menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]

Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya. Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.

Oleh itu, berhati-hatilah bakal2 pengantin wanita semua, carilah barakah dalam majlis kita, dan janganlah sehingga melakukan perkara yang tidak disukai Allah.. Bersederhanalah, kerana itu lebih baik.


SEHARI BERSAMA CATRIONA ROSS

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, telah berakhir satu lagi program 'mega' Nisa' Perlis - Nisa' Talk Show-Segalanya bermula dengan cinta bersama Catriona Ross.

Siapa yang tidak kenal dengan Catriona Ross, atau mesranya dipanggil Cat. Alhamdulillah, pertama kali berjumpanya terasa sejuk mata memandang dengan perwatakan lembut yang dibawanya. Saya memang cukup meminati kak Cat, sejak mula beliau terlibat dalam industri hiburan lagi. Alhamdulillah, Allah telah memilihnya untuk menerima hidayah. Mendengarkan kisah kak Cat tempoh hari cukup menjadikan hati2 hadirin sebak. Alangkah indahnya hidayah Allah..

Program disusun dengan rapi dan mendapat sambutan yang cukup baik. Di Masjid MATIN, ruang solat penuh hingga ke belakang dengan hadirin muslimat yang datang dari pelbagai sudut negeri Perlis. Bukan selalu nak jumpa artis ni. Hadirin semua tampak khusyuk bila mendengar kak Cat bercerita. Gelagat lakon semula oleh kak Cat juga turut menjadikan hadirin semua terhibur. Selepas habis program Talk Show di MATIN, malamnya kami mengadakan Dinner tertutup bersama-sama kak Cat di Sri Malaysia Hotel.

ALhamdulillah, feedback yang Nisa' Perlis terima dari program ini cukup memberangsangkan. Ramai yang meminta untuk diadakan program2 sebegini lagi di masa hadapan. Well, mungkin lepas ni boleh jemput artis2 lain yang telah berhijrah ke Perlis lagi, atau mungkin lepas ni boleh lagi berprogram bersama-sama kak Cat. InshaAllah..

Sedikit memori bersama kak Cat sepanjang berprogram bersama beliau :)


seronoknya tengok masjid ni penuh

booth jualan Nisa' penuh sesak

seronok dengar kak Cat bercerita

sehabis program, semua menyerbu untuk bergambar dengan kak Cat

mama - Puan Latifah Mat

antara hadiah cabutan bertuah :)

bersama urusetia yang telah menjayakan program

Talk Show bersama Catriona dan Mama

aksi lakon semula oleh kak Cat


ni sebahagian gambar2 yang dapat dimuatkan di sini.. untuk gambar2 selanjutnya blehlah melayari facebook Nisa' Perlis..

Sunday, February 19, 2012

SEDIKIT MENGENAI MAQASID SYARIAH

Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid syariah merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum.

Terdapat 5 perkara asas dalam maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini. 
1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)

Susunan dalam maqasid syariah ini adalah mengikut tertib keutamaannya bagi memelihara setiap satu darinya, maka setiap yang memegangnya pula haruslah mengikut tertib ini.

Pertama, memelihara agama - merupakan perkara asas dan paling utama untuk didahulukan. Bagi setiap perkara, perkara hal agama diberi keutamaan kerana tujuan kita diatas muka bumi ini tidak lain adalah sebagai khalifah yang membawa agama Islam untuk disuburkan di atas muka bumi ini.

Keduanya, memelihara nyawa - Sebagai memelihara agama, harus bagi seorang yang bernama pejuang itu mengorbankan nyawanya untuk menegakkan dan meninggikan kalimat Allah. dan sebagai seorang pejuang agama juga, syahid merupakan cita-cita tertinggi, persis perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Ketiga, memelihara akal - untuk menjaga nyawa, dalam sesuatu keadaan (darurat) haruslah bagi seseorang itu untuk mengorbankan akalnya supaya tidak terkeliru.

Keempat pula, memelihara keturunan - bagi sesetengah hal, dibolehkan untuk mengorbankan keturunan demi menyelamatkan akal.

Kelima, memelihara harta - harta  merupakan peringkat terendah yang paling perlu dikorbankan untuk memelihara keturunan secara umumnya, dan dalam menegakkan dan memelihara agama.

Kelima-lima asas ini tertegak untuk memelihara antara satu sama lain. Tujuan utamanya hanyalah satu, untuk memastikan hukum Allah tertegak diatas bumi ini. Dalam maqasid syariah ini juga kita perlu beri keutamaan pada seseorang yang lebih baik dan lebih mampu (dalam hal memimpin). Setiap pejuang yang membawa agama Islam sebagai dasarnya haruslah menjaga tartib  dalam maqasid syariah ini, dan haruslah berpegang bahawa matlamat utama dalam maqasid syariah ini adalah semata-mata untuk meninggikan Islam, dan kalimat-kalimat Allah..


Semoga Islam Kan Terus Subur Di Bumi Ku, Malaysia...

Tuesday, February 7, 2012

Segalanya bermula dengan CINTA ...

dibawakan oleh Nisa' Perlis ..


Nisa' talkshow bersama CATRIONA ROSS
Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Masjid MATIN, Abi Padang Macang, Perlis


Anda juga dijemput untuk memeriahkan makan malam bersama selebriti Catriona Ross 
Tarikh : 3 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Hotel Sri Malaysia, Kangar

Pastikan anda membawa kupon bersama..

Kupon boleh didapati dari :
 
0134031811 - ita

atau terus ke pejabat NEC di alamat :


No 6, Jalan Limau Kasturi, Taman Sri Guar,
01000 Kangar, Perlis


Monday, February 6, 2012

MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL

Gambar  hiasan


1. PENDAHULUAN
Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan
tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam
terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.

2. LATAR BELAKANG
2.1.
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar
The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu
yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan
binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal
(SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak
anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar
tersebut.
2.2.
Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina
Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu
Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus
kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu
mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru
terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.

3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-
Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

4 . PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP
SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA
ANJING)
4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan
berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang
daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama -
ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan
bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa
pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Lazimnya
mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada
sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab
secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula
ke mazhab asal) adalah diharuskan.
4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak
berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh
ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini
bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat
ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan
ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan
tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara
mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu
ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami.
Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian
tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor
pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju
tradisional tersebut.
4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang
berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam
masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami

sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka
terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami
dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan
dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan
sama sekali dalam konteks bermazhab.
4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan
dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun
terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab
seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman
382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orangorang
yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari
Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka
kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan
kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan
Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil
keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara
yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih
tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa
seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana
sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu
pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat
Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik
di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu’
Fatawa, halaman 23).
4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak
dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas
yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan
memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)

yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu
pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.
Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa
dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang
mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih
dahulu.

5. KEPEKAAN ORANG ISLAM TERMASUK GOLONGAN SAUDARA BARU
TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL
5.1
Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan
disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang
menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan
sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan
daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep
halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah
al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan
yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada
perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal
memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan
halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana
tidak menjaga status makanannya halal atau haram.
5.2
Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai
bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke
semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa
berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi
baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan
sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat
dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam
pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara

baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh
itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan
kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama
ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana
sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan
Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan
usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar
ke seluruh pelusuk alam.

6.
PENUTUP
Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di
Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya:

6.1
Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak
mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam
dan yang berkaitan orang Islam secara semberono. Kerana
sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak
menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh
menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
6.2
Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan
perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenangwenangnya
setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa
berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebihlebih
lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab.
6.3
Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber
makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat
keberkatan dalam hidup.

Disediakan oleh :

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H

Saturday, February 4, 2012

Tell us about Mohammed -pbuh-


Assalaamu alaikum [peace be to you],

Among all great men ( and women) in human history, Mohammed -peace be upon him- is the Most known one, but also the Most misunderstood one..
I'd like to take this occasion of his birthday to talk a little about Mohammed -peace be upon him-, the last prophet of the God:

You may be a Christian Protestant, Catholic, Jew, an atheist or an agnostic; or you may belong to any of many different religious denominations existing in today's world... Whoever you are and whatever ideological or political beliefs, social habits you may hold, there is no doubt - You Must Know This MAN - MOHAMMED -peace and blessings be upon him-.

He was by far the most remarkable man that ever set foot on this earth. He preached a religion, founded a state, built a nation, laid down a moral code, initiated numerous social and political reforms, established a powerful and dynamic society to practice and represent his teachings and completely revolutionized the worlds of human thought and behavior for all times to come.

He was born in Arabia in the year 570 C.E. (Common Era), started his mission of preaching Islam* at the age of forty and departed from this world at the age of sixty-three. During this short period of 23 years of his prophethood, he changed the complete Arabian Peninsula from paganism and idolatry to worship of One God, from tribal quarrels and wars to national solidarity and cohesion, from drunkenness and debauchery to sobriety and piety, from lawlessness and anarchy to disciplined living, from utter bankruptcy to the highest standards of moral excellence. Human history has never known such a complete transformation of a people or a place before or since - and IMAGINE all these unbelievable wonders in JUST OVER TWO DECADES.

The world has had its share of great personalities. But these were one sided figures who distinguished themselves in but one or two field, such as religious thought or military leadership. The lives and teachings of these great personalities of the world are shrouded in the mist of time. There is so much speculation about the time and place their birth, the mode and style of their life, the nature and detail of their teachings and the degree and measure of their success or failure that is impossible for humanity to reconstruct accurately the lives and teachings of these men.

Not so this man. Mohammed -peace and blessings be upon him- accomplished so much in such diverse fields of human thought and behavior in the fullest blaze of human history. Every detail of his private life and public utterances has been accurately documented and faithfully preserved to our day. The authenticity of the records so preserved are vouched for not only by the faithful followers but even by his prejudiced critics.

Mohammed -peace be upon him- was a religious teacher, a social reformer, a moral guide, an administrative colossus, a faithful friend, a wonderful companion, a devoted husband, a loving father - all in one. No other man in history ever excelled or equaled him in any of these different aspects of life - but it was only for the selfless personality of Mohammed -peace be upon him- to achieve such incredible perfection.

Mohammed -peace be upon him- was nothing more or less than a human being. but he was a man with a noble mission, which was to unite humanity on the worship of ONE and ONLY ONE GOD and to teach them the way to honest and upright living based on the commands of the God. He always described himself as, 'A Servant and Messenger of God' and so indeed every action of his proclaimed to be.

Today after a lapse of fourteen centuries, the life and teachings of Mohammed -peace be upon him- have survived. They offer the same undying hope for treating mankind's many ills, which they did when he was alive. This is not a claim of Mohammed's followers, but the inescapable conclusion forced upon by a critical and unbiased history.

The least YOU can do as a thinking and concerned human being is to stop for a moment and ask your self: Could these statements sounding so extraordinary and revolutionary really be true? And supposing they really are true and you did not know this man MOHAMMED or hear about him, isn't it time you responded to this tremendous challenge and put in some effort to know him?
It will cost you nothing, but it may prove to be the beginning of a completely new era in your life.



sumber : link

Friday, February 3, 2012

Panduan Kedudukan Dalam Solat Berjemaah


MEGA 2012 -pesanan dari UPI

Assalamualaikum wrt.wbt. sahabat Nisa' sekelian... ADAKAH ANDA SUDAH HABIS MENGGANTIKAN PUASA ANDA? Unit Pembangunan Insan akan mengadakan satu program MEGA sempena TAHUN BARU 2012.

TARIKH/MASA: 4 Febuari 2012 (SABTU) bermula pada pukul 5.00 ptg
sehingga 7.00 pagi 5 Febuari 2012 (AHAD)
TEMPAT : di rumah HAFIZAH ISMAIL, JLN TAMAN GUAR SYED ALWI, KG
GUAR SYED ALWI, 01000 KANGAR

... TENTATIF PROGRAM:
5.00ptg solat asar berjemaah/mathurat
5.30ptg barbeku/persiapan iftar
7.30mlm IFTAR BERJEMAAH(BERBUKA)
8.00mlm solat maghrib berjemaah/bacaan yaasin
9.00mlm solat isyak berjemaah
9.30mlm USRAH NISA' NEGERI
11.30mlm bacaan surah al mulk dan al waaqiah
12.00mlm rehat/ tidur
4.30pg sahur/bangun QIAMULLAIL
5.30pg SOLAT TASBIH BERJEMAAH
6.00pg solat subuh berjemaah/mathurat qubra
7.00pg bersurai

*penginapan disediakan khusus untuk keselesaan sahabat nisa'.
MINTA SHBT2 BERI CONFIRMATION UNTUK HADIR KPD HAFIZAH - 0125147907 untuk bajet barbeku dan iftar SEBELUM PAGI SABTU. Boleh pakat2 bawa buah tangan sendiri seperti buah-buahan atau kuih muih.

JOM PERGI MENGAJI!!