Pages

 Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker
 Pregnancy Ticker
Google
 

Monday, April 29, 2013

Peringatan


Bulan Menerangi Lautan

sapa dapat tangkap maksud di atas?

penduduk putrajaya pasti dapat tangkap maksud saya, senang je! clue : PRU 13

sana sini mmg dipenuhi dengan poster2 dan gambar2 mereka yang bertanding. Pelbagai janji ditabur yang kalau menang tu, memang kena laksanakan sebab itu adalah janji. Sebab, disebabkan janji tula, mereka dipilih sebagai pemimpin. kalau x, baik xpayah janji, baik cakap saya xjanji, kena tengok keadaan nanti. kalau xde masalah, kita boleh laksanakan janji tu..camtu baru bukan janji ;) kesian dekat mereka2 yang percaya dengan janji tu..

dekat2 nak time ni, mmg makin banyak janji akan ditaburi. pandai2la fikir. pilih yang terbaik. kalau rasa bulan mampu menerangi kegelapan korang selama ni, pilihla ia. kalau rasa lautan itu luas dan masih banyak yang belum diselami maka pilihla ia. masing2 ada pegangan masing2kan, xpayahla kita nak bergaduh semata2 berlainan ideologi.

orang nak bagi saya bulan bintang skalipun, saya xkisah mana-mana. janji apa yang saya nikmati sekarang akan terpelihara sampai bila2 terutamanya pada anak cucu saya. bukan saya sorang je yang nak Jannah, anak cucu cicit saya pun in sha Allah ingin mendapat Jannah jugak. kalau rasa tension duduk depan pc, sebab banyak sangat menelaah nak buat perbandingan punya pasal, cuba keluar jalan2, naik kete slow2 ronda sekitar putrajaya. tengok apa rasa, rasa takut x? rasa seram x? rasa risau x? ke rasa selesa? rasa nyaman? rasa lapang minda tengok suasana aman tenteram..

cubala ^_^


Friday, April 26, 2013

Gwiyomi


ada layan gwiyomi? (sebutan : kiyomi) maksudnya cute ye kalau yang belom tahu.

memula dulu saya malas nak layan. padahal hari2 je orang share video gwiyomi budak pompuan yg pakai tudung buat gwiyomi untuk asben dia kat fb. tapi xtergerak plak hati nak tengok. tapi bila ada orang share video wawa zainal buat gwiyomi, saya tetiba tergerak hati nak tengok. saya naik pelik, apesal sampai artis2 pun berminat sangat nak enterprem buat gwiyomi ni, best sangat ke? apekebendanya gwiyomi ni?

dan bila saya tengok video wawa zainal tu..ohhh, ini rupanya gwiyomi..comel jugak ye ^__^

dan lepas pada tu, saya pun layanla mana2 video gwiyomi yang dirasakan berbaloi untuk tengok. sebab apa berbaloi? sebab xsemua video gwiyomi ni orangnya comel, hehehe..saya dah layan video gwiyomi NDWawa Zainal, Nazim Othman, ada sorang budak pompuan dari filipina, Elfira & Ezlisa Loy, dan adala 2,3 video lagi..kalau korang nak tengok video dorang, klik kat nama dorang.

tapi xsemua orang layak buat gwiyomi ni. so tolonglah jangan perasan comel!saya nak tengok pun malu. kalau rasa diri tu comel sangat, simpan untuk tatapan sendiri sudahla, xpayahla publish kat public. xpun sebar2kan pada kawan2 terdekat. cukup. janganla tambahkan dosa orang lain sebab mengutuk video korang yang terlebih comel tu. rasanya kalau budak2 yang buat, memang confirm comel sbb dorang xtau apa, main ikut je gerak tari lagu tu. confirm xbuat2 comel punya!^_^

anak saya si Aqel tu agak2 berminat x nak tiru tarian gwiyomi ni? skarang asik ulang cakap "2 singgit" je kalau nak mintak apa2. mintak tolong buangkan pampers dia pun dia cakap "2 singgit", cisss! pastu kalau dia  cakap nak makan coco crunch then saya bubuhkan dalam bowl, dia mesti cakap "suka, suka" sambil buat aksi meimei dalam upin&ipin. pengaruh sangatkan uollss!

xpe, nanti saya cuba dapatkan video gwiyomi si aqel ye, kita tengok comel ke comot..hehe..

Monday, April 22, 2013

Makan nestum

:) 

bukan saya tau! tapi anak kecik saya tu, lagi +-10hari nak cukup 6 bulan, saya dah stat bagi dia makan solid food which is nestum. petang tadi try bagi lagi, ayyakk banyak bazir woo..dia makan 4,5 suap je, tu pun jenuh paksa. selepas dikenal pasti, rupa2nya nak tido..mmg biasanya 'time' dia pun kalau lepas sampai umah. kekadang hangin jugak, time kita nak buat keje, time tula jugak dia nak tido, xmenyempat2..

tetiba rasa sebak :(

cepatnya masa berlalu. kenapa cepat sangat? baru semalam rasanya saya lahirkan dia. masih bersisa lagi kesakitan bersalin. tapi entah kenapa, saya masih merindui saat2 melahirkan walaupun saat tu adalah antara hidup dan mati. tapi saya sanggup! sebab indahnya saat tu...sukar nak digambarkan dengan kata2. masa tula kita akan rasa betapa kerdil dan hinanya diri kita dan betapa agungnya kuasa Dia.

ehsan cik gugel, tq cik gugel!

nestum yang dimaksudkan. beli yang biasa2 sudah..ni peringkat permulaan je. lepas ni saya cadang nak bagi homemade food. lebih khasiat dan sedap. boleh pelbagaikan resepi. tapi kena rajin sikitla. xpe, insha Allah boleh..anak first dulu boleh je..xkan yg second xboleh plak..nak ngelat skali dua kala xpe asalkan jangan selalu, betul x? =)

mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..amin. kalau niat baik, insha Allah Dia akan tolong..

Tuesday, April 16, 2013

Rumahku

memula xtau nak share apa kat blog, tetiba terbersembang dengan ada sorang cc ni tadi, dia tanya bila umah nak siap :) ye, umah saya hampir siap sudah..syukur..

wiken lepas saya ajak asben jenguk2 umah kami, dah lama rasanya xjenguk, rindu. kalau nak tau, saya n asben selalu jenguk umah ktorang yg dalam pembinaan dulu sebab dekat je pun, sambil2 pegi pasar dengkil, sambil2 jenguk umah gitu, macam xsabar nak tengok dia siap. n now dah hampir siap dah pun :) dan yang paling best, asben ajak saya jenguk sampai depan pintu umah! saya ni kan penakut, takut kena halau dek abang2 kontrak, hehehe...kan malu tu. walaupun bukan nak pegi merompak pun, just jenguk umah sendiri tp umah tu kan belum siap sepenuhnya. mestila takut nak masuk kawasan larangan. tapi mujur jugak umah kami tu no.2 dari depan so mmg senang n dekat kalau nak cabut lari..hihihi..

first time jejak kaki depan umah, memang excited! xsangka dah ada umah sendiri walaupun belum stat potong gaji. sementara belum stat potong ni, ktorang adala buat simpanan sikit. takut2 xcukup bila dah stat potong gaji. nasihat saya, calculate dulu tabungan+tanggungan. jangan main redah je beli umah. asal cantik molek je trus nakkkk..padahal bulan2 xmampu bayoo..ni nasihat untuk diri sendiri jugak. yang penting, umah yang saya beli 2 tahun lepas sudah tersergam di depan mata, alhamdulillah..

saya xambik gambar pun just asben je snap 1,2 keping kat hp dia. lagipun kendong si kenit tu agak susah nak berposing, hihihi..alasan! so far oklah jugak umah tu. masih belum dibersihkan sepenuhnya. ada lagi saki baki pasir/sampah sarap kat area dalam umah. cuma saya masih memikirkan bila masa yang sesuai untuk duduk umah tu. tapi yang pasti bukan dalam masa yang terdekat =)

nak masuk umah baru bukan mudah dan murah. lepas recce2, kesimpulannya saya kena ada dalam 20k untuk kos keperluan wajib macam grill dan kabinet dapur. fuhhh...mana nak cari tu beb..ktorang bukan bergaji besar. haa..mesti ada yg cakap, dah tau xmampu watpe beli umah besar2, kan?? ekceli ada banyak sebab ktorang beli umah di sini. bagi saya, xrugi pun beli umah walau dalam harga berapa sekalipun asalkan kita mampu membayar..^__^  

saya xde gambar umah tapi saya try jugak tanya cik gugel kot2 cik gugel dapat tolong bagi gambaran umah yang seakan2 sama dengan umah saya dan inilah hasilnya, lebih kurang tapi lebih pada xsama..hihihi..ala, adala ropa parasnya ckit2..


cung dop? 

Friday, April 12, 2013

Sembang-sembang

sayakan, sejak bertukar tempat duduk ni (a.k.a bertukar unit) asikla menyembang dengan jiran sebelah. sebelah partition je pun..sebab apa tau, sebab kitorang ni sama2 baru naik keje lepas cuti berpantang ^_^ hakikatnya anak saya tua 2 minggu dari anak dia so memang banyak gilala benda nak disembangkan..

daripada bab menyusu anak sampai ke hal2 rumahtangga sumenya kitorang share. best sangat! hal rumahtangga tu macam cara masing2 handle family matters la contoh, kuar jenjalan, karenah anak2 n macam2la. saya consider dia sebagai family yang moden sebab xbanyak pantang larang macam saya ni ^_^ 

bab keje pun xterkecuali. kisahnya, kat opis saya ni mmg tersangat ramai otai2 yang dah lama keje sini. ada yang berbelas tahun dah keje sini dan xpernah bertukar! erkkk..kalau saya dah lama mintak laluan. sekurang2nya mintak tukar bahagian kot, cari angin baru. belajar benda baru. untuk kemajuan kerjaya kita jugakkan...

so kalau ada pape mmg diala yang saya akan rujuk dahulu. dia pun dah 8 tahun keje sini *gulp* kadang2 saya bersyukur jugak bila diarahkan bertukar sebab kalau nak harap saya yang mintak tukar mmg entah tahun bila saya berani nak menukarkan diri sendiri, hihihi. mmg xrugi sebenarnya kita berubah angin. tapi saya sedar, saya ni bini polis, bila2 masa je asben saya akan diarahkan bertukar. so secara xlangsung, saya pun mesti kena tukar jugak..=)

eh, nak sambung main candy crush sagalah, asik stuck dekat level sama je berhari2, rasa bebal pulak..haha.

kbye!

Wednesday, April 10, 2013

Teringin tapi takut (Produk Kecantikan)

sekarang kalau perasan, terlalu banyak produk kecantikan yang terjual dekat pasaran. pilih je yg mana nak..yang paling penting, ada fulusss sebab bukan murah harga yang ditawarkan, biasanya cecah ratusan ringgit. tapi apa ada dengan duitkan, janji nampak cantik gebu..hihihihi...

bercakap bab produk kecantikan ni, saya memang dah laaaaama sangat teringin nak pakai. dolu2 saya teringin sangat nak pakai sendayu tinggi sebab masa tu tengah hot. katanya produk ST antara yang mujarab dan keberkesanannya adalah dijamin. setau saya, kalau produk kecantikan yang bagus, ianya akan memakan sedikit masa untuk menampakkan hasil yang dikehendaki. kalau pesen makan baru 2 minggu dah nampak hasilnya, agak memusykilkan tu dari segi bahan2 yang digunakan. jadi berhati2 sebelum menggunakan sebarang produk. kena selidik dulu ramuan2 yang digunakan. pastikan mendapat kelulusan KKM. macam pakar kecantikan x?? ^_^

tapi sebelum saya pakai produk melulu, biasanya habis orang saya tanya pendapat. hahaha...kalau makcik cleaner boleh bagi pandangan pasal produk kecantikan, dia pun saya akan tanya jugak..dan yang paling penting mestila kena tanya pendapatan suami dulu..kalau dia luluskan baru boleh jalan, kalau x, rasa xdirestui je..huhuhu. so dalam banyak2 pandangan, rata2 menegah saya dari memakai sebarang produk atas alasan kulit dah elok. dorang xla kata kulit cantik tapi kulit saya xbanyak masalah. saya akui tu, alhamdulillah, sepanjang 30 tahun hidup, mmg jarang la cik J menyerang tambah2 lepas dah kawin ni. masa zaman anak dara dulu ada la jugak tambah2 dekat2 nak datang piyed, normalla hal tu kan...tu yang membuatkan semangat berapi2 saya nak pakai produk akhirnya berkubur tidak bertanda..sampai sekarang.

pastu baru2 ni adik saya pulak menyuarakan hasrat beliau nak menerai produk kecantikan. maklumla beliau nak naik pelamin jadi logikla jugak kalau nak nampak cantik. beliau mintak pendapatan saya, memang silapla kan pasal saya bukan orangnya kalau nak bercakap bab kecantikan. tp setakat nak tanya sikit2 tu bolehla terai jawap..so dia bercadang nak pakai produk beutskin yang penyanyi adira dok pakai tu. nak putih macam adira katanya..heh, adira tu bukan dah sedia asli putih ke?? emm, ape2 jelah, pastu beliau dapati ianya tersangatlah mahal melampau (hahaha..punyala nak cite produk tu mahal) biasala produk tgh hot, mahal 5rat pun org berebut grab punya..nak cantik punya fasal kannn..mujurla beliau sedar diri.


beutskin yang saya maksudkan..


so beliau bercadang pulak nak menerai aurawhite yang makwe awi rafael pakai, hanez suraya. eh, beliau ni agak bahayakan, tgk artis pakai, dia pon nak pakai jugak. senang kena tipu budak ni..katanya xla semahal produk diatas..emm, papela, janji beliau bahagia. so baru2 ni beliau dah mengorder produk tersebut. xtau plak dah terai ke belum. once dah nampak hasilnya, saya akan review ye, kalau rajin n teringatla..haha, biasal saya kan..sembang je lebat cakap nak review tgk2 hampeh..hihihi


aurawhite yang diceritakan..

dek kerana terpengaruh dengan cerita2 adik sendiri, saya pun macam nak terjebak sama nak menerai produk tu tapi mujur saya jugak sedar diri. saya xmampu kot nak commit tiap2 bulan. tapi yang penting, saya jugak teringin..hihihi...

kalau pompuan tu, pompuan jugak kannn..



Bil Letrik Melambung

hadoiii..

awal2 pagi dah mengeluh kan, apala nak jadi. mana xmengeluh, xpenah2 bil letrik melambung sampai dekat seratus. paling2 busuk pun cecah 70 je. fenin sekejap tengok bil..

cite pasal bil letrik ni, jarang sebenarnya saya nak bunyik sebab sendiri sedarla penggunaan kan..kalau dah banyak guna, cas hengpong 2 bijik, lappy, mesin basuh, tb pagi smpi tutup mata baru reti tutup tb (wiken la), lampu, kipas, ekong, gosok baju, tu xmasuk cite bab tido pon nak pasang lampu (dasar penakut) air panas 24/7, peti ais 24/7..mana xcecah ratus2 ye dak?

dah pasni nak kena muhasabah diri, kena control sikit penggunaan.

mula2 tu saya suruh asben g cek ngn tnb, kenapa bil melambung, kot2 dorg salah kira ke, salah tgk meter ke (boleh gitu??) sebab xpuas hati apesal bil melambung tinggi. tp bila asben tgk je bil tu trus dia cakap, betul dah bil tu..xde yang salah pun T__T seeee...nampak sangat dia yg banyak guna, hahahaha...

tapi kiranya dia baik hatila jugak sebab pagi b4 g keje tu, dia selitkan not 50 skali ngn bil tu atas meja ^__^ tandanya supaya saya xbanyak bunyik lagi dan bayar jelahhh, senang!


Tuesday, April 9, 2013

Aysaar Mukhlis

enjoy!




Terasa tau!

tsk..tsk..

apalah nasibku. niat ikhlas nak share pengetahuan rupa-rupanya disalah tafsir pulokk. xsangka sampai begitu jadiknya..tsk..tsk..masih bersedih..

semalam saya ada share dalam fb berkenaan tips untuk memperbanyakkan susu badan. post tu dihantar oleh babysitter saya =) thanks pada beliau sbb memahami dan sangat supportive! tapi mungkinla gambar yg dipaparkan dalam post tu kurang sesuai untuk tatapan umum walaupun bagi saya, kalau saya yang menengok ni tidak mendatangkan sebarang keghairahan pun. gambar baby tengah nyonyot nenen mama dia. nenen mama sedikit dicover dengan tangan montel baby tu dan bagi saya yang seorang ibu ni, saya xheran pun ngn gambar nenen tu sebab mata saya lebih fokus pada gambar baby yang comel putih gebu tu..comel sangat!^__^ anak mat saleh la katakan so dah tentu2la mamanya pun mat saleh kannn..

tapi lepas elok je saya sharekan post tu, adalah sorang kawan saya ni pegi post kata-kata yang sangat mengguris rasa. katanya, perlu ke post gambar2 macam tu, kot ye pun OBSES sangat dengan 'benda tu' (pada fahaman saya, its breastfeeding) xperlu la nak post gambar2 macam tu..subhanallah! niat saya xlain dan xbukan cuma nak sebarkan info yang sangat2 berguna untuk para ibu2 yang fully bf, macam bagi semangat la..tp dah disalah ertikan pulak..yang buatkan saya terasa tu, elok2 je lepas saya post gambar tu, dia kuarkan statement macam tu, so xsalahkan kalau saya terasa sbb seolah2 macam memang ditujukan pada saya. mungkin bagi dia gambar tu mengganggu ketenteraman para lelaki yang melihatnya. bagusnya la hai tolong pikiaqq untuk pihak lelaki kan..xterpikir pulak saya sbb rasanya gambar2 macam tu berlambak je kat internet. kalau gambar kawan2 yang post pakai ketat2 xde plak dengar bunyik, ni post gambar macam tu, kena sound pulak..huhuhu..

redha, pasrah...
ada rasa sedikit down nak sharing info2 berguna macam tu lagi. even nak post info pasal kerohanian pun takut disalah erti jugak. takut orang cakap, macamla bagus sangat, macamla baik sangat..macamla alimmm sangat...

ada orang cakap fb dah boring. dah xde apa. tp pada saya, fb ada baiknya juga. mungkin kita berbeza golongan kawan2 (friends list) sebab tu kita berbeza pendapat. saya selalu je dapat banyak kata2 semangat, kata2 nasihat, even maklumat semasa (cth isu lahad datu) dari fb. dan bila saya share, niat saya cuma nak sebarkan pada kawan2 supaya dikongsi pengetahuan tersebut. nampaknya lepas ni, saya kena tapis2 jugakla, xboleh seme benda saya share. simpan sendiri2 sudahhh..

sebab dalam diam, ada insan yang tengah memerhati dan mengaudit perilaku kita..seterusnya menjatuhkan hukum ke atas kita!

minta dijauhkan..amin ya rabbal'alamin...

Friday, April 5, 2013

Breastfeeding

salam!

harini saya nak bagi tazkirah pasal menyusu badan a.k.a breastfeeding. ewah, baru fully bf anak 2nd 5 bulan, ada ati nak bagi tazkirah kat orang kan..hihihi...xpe, kita sharing apa yang kita taula ye. kita sama2 belajar.

sejak saya bf, terlalu banyak benda baru yang saya belajar. bukan mudah sebenarnya nak fully bf esp untuk working mom like me :) banyaaaaakkk cabarannya. so before deliver, saya nasihatkan kawan2 supaya cari sebanyak mungkin info pasal breastfeeding ni eyh. lebih bagus kalau dapatkan kawan2 lain/mommies yang mmg sedang fully bf sebab lebih senang faham dengan betul. xdela dapat ajaran sesat ;)

ada sapa2 yang nak free consultation dari saya? ngehehehehe...

ok, dari pengalaman terawal dunia penyusuan saya, saya ingatkan menyusu badan ni sonang yoo..semudah abc. orang kata kena pam susu bagai kan, so apa yang susahnya kan..pam jela. haa..tapi rupa-rupanya tidaklah semudah yang disangkakan. tu baru isu pam mengepam, blom masuk isu nak handle susu tu pulak. cara penyimpanan, cara penyediaan untuk baby minum, cara penyucian dan macam2 lagi la..serius sangattt renyah. kalau xkuat iman alamatnya berkuburla hasrat nak menyusu anak sampai cukup umur 2 tahun.

kita xkan rasa susah senang sesuatu tu melainkan kita sendiri mengalaminya. percayalah! =)

untuk mommy yang tgh preggy, adalah sangat bagus kalau korang decide nak fully bf. tapi jangan setakat tanam azam je, kena diiringi pencarian info yang lengkap. nak senang tanya jela orang2 otai dalam dunia menyusu ibu ni, saya belum otai. hehehe, saya baru nak dapat diploma dalam dunia penyusuan bulan depan, genap anak 6 bulan, in sha Allah..

tapi janganla over pulak. over maksud saya macam buat persediaan berlebih-lebihan sampai nak beli peti ais baru semata2 untuk simpan susu. ada memang ada, mommy yang beli peti baru sebab nak letak susu tapi itu disebabkan susunya melimpah ruah. xmuat peti asal dekat umah so susu yang melimpah tu xkan nak buang pulak kan..sayang woo. so nak xnak belila jgk peti baru. sekali lagi saya tekankan, dia beli sebab nak letak susu dia yang melimpah ruah..

tapi, mommy yang tgh preggy ni yakin kah susu anda juga melimpah ruah seperti beliau selepas anda deliver? bagusla kalau yakin tapi saya nak cadangkan apa kata jangan beli dulu peti ais tu. beli pam susu sudahla. kot ye pun duit berkepuk2 xtau nak buat apa, jangan beli awal2 peti ais tu sebab dikhuatiri susu anda kurang meriah. ada cukup2 untuk baby. nanti stress pulak sebab dah perabih duit berkepuk2 untuk beli peti tapi akhirnya hanya buat tempat simpan sayur ikan je..sebabnya apa? sebab susu xbanyak mana pun. xperlu sampai beli peti baru bagai. peti sedai ada pun xberapa nak penuh sangat. rugi jekan bila dah beli peti ais baru ..rugi sangat2 sbb xguna. end up terpaksa jual...emmmm....

tapi saya tidakla melarang kalau ada yang nak beli jugak3 peti baru. terpulangla cuma saya nasihatkan berdasar pengalaman yang ada. biasanya awal2 kelahiran baby susu memang xberapa nak ada. kita memang kena rajin pam. memang tu jela ubatnya untuk kasi susu banyak. seriyes! xde ubat lain, kena banyak/kerap/selalu pam. ingat ye, selalu pam..=)

lepas tu kalau boleh, sentiasala dapatkan kata2 positif dari orang sekeliling. ada je yang akan berikan kata2 berbentuk sinis, kiasan atau apa2 jela. tp kita yang kena positif selalu. biarkan mereka bebas bercakap. itukan anak kita, kita yang berhak tentukan anak kita nak makan apa. xde manusia yang boleh cakap susu ibu adalah xbagus. sama kes macam rokokla, xde manusia yang kata merokok itu bagus. mana ada kebaikan langsung merokok ni..so begitu jugakla dengan susu ibu ye...membandingkan susu ibu dengan susu mahal dari New York skalipun, xkan mampu menandingi kehebatan susu ibu.

susu ibu tulah makanan terbaik untuk bayi.

kalau nak tanya apa2 pasal bf, boleh je tanya saya. saya akan cuba jawap yang mana saya tau. kalau saya xboleh jawap, saya akan cuba dapatkan maklumat dari otai2 yg saya kenal. kita boleh kongsi maklumat tu sama2, k..

sayonara dear!



Nak balik ke tidak?

hari mengundi dah xlama lagi dah..

tapi saya masih dalam dilema, nak balik mengundi ke tidak? saya ni dahla xpenah buang undi seumur hidup. umor dah masuk 30 pun xpenah kenal peti undi..huhu. malu pada diri sendiri. saya teringin jgk sebenarnya sbb mengundi ni kan setiap 5 tahun sekali. bukan tiap2 tahun. even kalau raya setahun sekalipun kita rasa rugikan kalau x sambut, inikan pulak kalau mengundi.

asben saya pulak memang xbalik la mengundi ni. al maklumlahhh, pak polisi. jaga orang buang undi, ada! dia mengundi, tarak! dia awal2 dah buang undi. kalini dia kena jaga kawasan sekitar *tuttt*, dirahsiakan..hehe. tapi yang pasti dia mmg terlibatla di hari mengundi. maka dengan itu, saya kena pulang ke kampung seorang diri ditemani anak2.

saya nak balik sorang2 dengan bawak budak kecik dua orang tu???

memang takkk lah kann!! saya rasa, kete baru nak gerak je, sorang dah melalak. pastu disambung pulak dengan sorg lagi. ater, si abang ni sikit2 nak mama, sikit2 nak itu, nak ini..si adik xde pape, si abang dah melalak mcm kena dera. xsanggup! so saya pun mintakla jasa baik adik, nak menumpang. tapi kan, si adik saya ni boleh x dia tanya soalan yg bikin saya panasss - "k.noma, cane nak daftar mengundi???"T___T

orang sibuk2 nak mengundi, dia boleh tanya macam mana nak daftar mengundi..

dah tutuplah dikk oiii...awak ni bukan ketinggalan ketapi ni, ketinggalan LRT dah ni, jauh sangat kena tinggal. maka hasrat nak balik kampung masih tergantung2 sebab kena tunggu keputusan adik, dia nak balik atau tidak. kalau boleh tumpang Bakal adik ipar, lagi bagus ^__^, sebab ada lelaki. xdela takot sangat. tapi yg pasti, kompom jem. jadi kena standby roti manyak3...hehe...

nak balik ke tak ni woii..

Wednesday, April 3, 2013

Kembali

harini terasa nak menulis di sini, so kita layankan jela..;)

tutup blog?

sejak bertukar tempat keje, saya jarang sangat2 nak menulis. xsibuk pun xmenulis, apatah lagi kalau time2 genting sibuk sana sini, xingat langsung pada blog. tanda2 awal untuk menutup blog?emmm...

kalau ada yang perasan, saya letak link blog baru. ye, itu adalah blog baru saya. kalau ada yang tanya, kenapa nak bukak blog baru, jawapan saya, saje suka2. nak lari sikit dari tema blog ni. janganla nak kata saya nak dpt banyak duit pulak sbb blog baru saya xletak nuffnang pung.

parlimen baru saja dibubarkan pagi tadi ;) selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia. walaupun undi itu hak anda tapi sebelum membuang undi tu, fikir dulu betul2 ye. jangan main hentam apatah lagi ikut perasaan. fikir secara bijak!

pesanan ikhlas dari saya. saya pun sayang negara saya, macam korang jugak.

my baby

baby saya dah pun berusia 5 bulan. ye, sangat pantas masa berlalu. terlalu pantas sebenarnya. macam xpuas lagi nak belai anak masa baby tiba2 dah besar. xlama lagi dh nak jalan n lari. macam tu la kehidupan kita. setakat 5 bulan ni, alhamdulillah saya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. mmg berhempas pulas sebenarnya nak menyusukan anak dgn SI sepenuhnya. moga2 saya mampu bertahan sampai dia umur 2 tahun. lama lagi tu. saya bertuah sebab di kelilingi orang2 yang terlalu banyak bagi dorongan n nasihat untuk terus bagi susu ibu. terima kasih sangat2.

eh, tiba2 idea nak menulis mcm mencurah2 pulak dalam pala hotak. ok, xpe, slow2 n steady. one by one..

terai pakai pb

baru2 ni saya try pakai korset premium beautiful (pb) yang sangat top lagi glemer. semuanya sbb kawan saya dtg rumah kempen kat saya suruh cuba. katanya FOC je so saya yg dh mmg lama nak merasa apa kesedapannya pakai pb ni pun terima dgn hati yang berdebar2 la jugak. sebab apa berdebar, sbb dia bagi pakai tu, adakah kena beli terus. dibuatnya lepas try dia kata kena amik sbb org lain dh xboleh pakai yg 2nd hand, mati katak saya. tapi sapa suruh saya terima kan? tula namanya gatal gelenya. mcm saya ckp la, saya teringin nak merasa. dapat pulak org kempen boleh cuba free, mestila xnak lepaskan peluang.

saya xnak review panjang2 cuma bagi saya, orang yang nak pakai pb ni kena kuat semangat =) masa 1st time saya nak sarungkan long girdle, mmg mcm bertarung nyawa. sumpah! T__T masa tu perasaan saya adalah, adakah aku sebegitu gemokk sampai susah gila khinzir nak pakai long girdle ni?? last2 saya ckp kt kawan, xboleh masuk. tp yg ajaibnya kan, kwn saya tu buat ntah mcm mana, tiba2 berjaya jgk tersarung kt pinggang saya. sungguh ajaib! tapi seriyes saya ckp, saya xberenti gelak masa dia sarungkan girdle tu kt saya sbb saya bayangkan saya adalah nangka tp bukan nangka busukla..

eh, td kata xnak review panjang..hehe..ok. mcm tula pengalaman saya menerai pakai pb. lain orang, lain pengalamannya kan.

gila perfume

sekarang saya mmg tengah gila dgn perfume. tp saya xbeli perfume besarla, saya just beli yg vials atau mini. murah dan confirm tulen! selain kecik comel, vials atau mini ni cepat sikit habis, xdela setahun atau 2 tahun sekali baru tukar perfume kan..saya masih pakai perfume hantaran kawin tau kalau nak tau. mujur sbb perfume saya tu ada 2 jenis so xdela sangap sangat nk habiskan 1 jenis sampai bertahun2. sekarang saya tgh nak try mcm2 perfume. barula tau sebenarnya kita ni suka perfume jenis mcm mana kan..dari dengar orang ckp yg ni wangi, yg tu wangi baik cuba sendiri, puas hati.

keje harian

sekarang saya tgh slow down sbb xada exam yg saya handle. tapiiii tunggula lps mengundi nanti, mesti saya xpandang punya blog ni. sebab dah banyak sangat exam yang tertangguh. semuanya gara2 nak tunggu lps PRU. kekangan bajet adalah jawapan selamat yang saya boleh bagi selain calon2 yang saya handle tu sendiri adalah dari bidang tugas penguatkuasaan macam RELA. so dah tentu2 abang2 RELA akan dipakai khidmat mereka nanti sepanjang PRU berlangsung. mintak2 nanti perjalanan exam berjalan lancar. amin.

nanti kalau saya rajin lagi, saya akan update lagi. kbai

Monday, March 4, 2013

sila

sudah ke rumah baru, di sini ~

http://missniknormazani.blogspot.com

Wednesday, January 30, 2013