sekarang kalau perasan, terlalu banyak produk kecantikan yang terjual dekat pasaran. pilih je yg mana nak..yang paling penting, ada fulusss sebab bukan murah harga yang ditawarkan, biasanya cecah ratusan ringgit. tapi apa ada dengan duitkan, janji nampak cantik gebu..hihihihi...
bercakap bab produk kecantikan ni, saya memang dah laaaaama sangat teringin nak pakai. dolu2 saya teringin sangat nak pakai sendayu tinggi sebab masa tu tengah hot. katanya produk ST antara yang mujarab dan keberkesanannya adalah dijamin. setau saya, kalau produk kecantikan yang bagus, ianya akan memakan sedikit masa untuk menampakkan hasil yang dikehendaki. kalau pesen makan baru 2 minggu dah nampak hasilnya, agak memusykilkan tu dari segi bahan2 yang digunakan. jadi berhati2 sebelum menggunakan sebarang produk. kena selidik dulu ramuan2 yang digunakan. pastikan mendapat kelulusan KKM. macam pakar kecantikan x?? ^_^
tapi sebelum saya pakai produk melulu, biasanya habis orang saya tanya pendapat. hahaha...kalau makcik cleaner boleh bagi pandangan pasal produk kecantikan, dia pun saya akan tanya jugak..dan yang paling penting mestila kena tanya pendapatan suami dulu..kalau dia luluskan baru boleh jalan, kalau x, rasa xdirestui je..huhuhu. so dalam banyak2 pandangan, rata2 menegah saya dari memakai sebarang produk atas alasan kulit dah elok. dorang xla kata kulit cantik tapi kulit saya xbanyak masalah. saya akui tu, alhamdulillah, sepanjang 30 tahun hidup, mmg jarang la cik J menyerang tambah2 lepas dah kawin ni. masa zaman anak dara dulu ada la jugak tambah2 dekat2 nak datang piyed, normalla hal tu kan...tu yang membuatkan semangat berapi2 saya nak pakai produk akhirnya berkubur tidak bertanda..sampai sekarang.
pastu baru2 ni adik saya pulak menyuarakan hasrat beliau nak menerai produk kecantikan. maklumla beliau nak naik pelamin jadi logikla jugak kalau nak nampak cantik. beliau mintak pendapatan saya, memang silapla kan pasal saya bukan orangnya kalau nak bercakap bab kecantikan. tp setakat nak tanya sikit2 tu bolehla terai jawap..so dia bercadang nak pakai produk beutskin yang penyanyi adira dok pakai tu. nak putih macam adira katanya..heh, adira tu bukan dah sedia asli putih ke?? emm, ape2 jelah, pastu beliau dapati ianya tersangatlah mahal melampau (hahaha..punyala nak cite produk tu mahal) biasala produk tgh hot, mahal 5rat pun org berebut grab punya..nak cantik punya fasal kannn..mujurla beliau sedar diri.
beutskin yang saya maksudkan..
so beliau bercadang pulak nak menerai aurawhite yang makwe awi rafael pakai, hanez suraya. eh, beliau ni agak bahayakan, tgk artis pakai, dia pon nak pakai jugak. senang kena tipu budak ni..katanya xla semahal produk diatas..emm, papela, janji beliau bahagia. so baru2 ni beliau dah mengorder produk tersebut. xtau plak dah terai ke belum. once dah nampak hasilnya, saya akan review ye, kalau rajin n teringatla..haha, biasal saya kan..sembang je lebat cakap nak review tgk2 hampeh..hihihi
aurawhite yang diceritakan..
dek kerana terpengaruh dengan cerita2 adik sendiri, saya pun macam nak terjebak sama nak menerai produk tu tapi mujur saya jugak sedar diri. saya xmampu kot nak commit tiap2 bulan. tapi yang penting, saya jugak teringin..hihihi...
kalau pompuan tu, pompuan jugak kannn..