22 March 2018

Doa Perbanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Post kalini nak share sedikit tips dan doa untuk perbanyakkan susu ibu as guidelines almost untuk diri sendiri dan terbuka kepada sesiapa yang baca entry ni. Mudah-mudahan, kita sama-sama yang berniat untuk fully breasfeed our baby; tidak kiralah yang totally fully direct feeds ataupun feed by bottles disebabkan atas tuntutan kerja dan sebagainya untuk keep continue breastfeeding them until 2 years sepertimana yang disyariatkan Islam inshaa Allah. Semoga usaha kita untuk berikan susu yang terbaik buat anak-anak kita dapat memberi manfaat untuk mereka masa hadapan. Kerana apa? Kerana susu ibu adalah susu yang sebaik-baik kejadian dan mempunyai magika tersendiri buat anak-anak yang menyusu. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki untuknya membesar dengan sihat dan sempurna. Sesungguhnya semua ibu-ibu mahukan yang terbaik buat bayi kan kan kan. So, jom tanam azam untuk menyusu secara eksklusif sejak bayi kita dalam kandungan lagi. Susu ibu adalah the best imune ever! :'D

Alhamdulillah, setakat ni, anak ibu; Umar dah menginjak 3 bulan setengah dan alhamdulillah ala kulli hal ibu masih diberi kekuatan untuk teruskan penyusuan untuk anak ibu tersayang walaupun ibu bekerja office hour 8.30 am till to 5.00 pm. Itu tak pernah menjadi penghalang untuk ibu keep feeding my baby. Niat ibu, nak teruskan penyusuan ni sampailah umur Umar 2 tahun. Semoga Umar membesar dengan sihatt dan kuat!*simpan dalam hati*

Pada awalnya, ibu zero jugaklah dalam ilmu penyusuan ni. Yelah first timer kan haha. Masa tengah sarat pregnant pun memang dah berniat untuk berikan susu ibu je, cuma tak berapa nak study sangat pasal corak pemberian susu ibu tu. Haa, bila Umar dah deliver, barulaaa ibu kaluitt baca sana baca sinii tanya sana tanya sini. Nasib baikkk semua kawan2 ibu membantu dan sentiasa keep supportive ibu untuk teruskan penyusuan. Tambah plak ada konsultan laktasi yang sentiasa share their experiences in this journey, so sedikit sebanyak improve my knowledge and skill in this matter. Alhamdulillah. Tapiii, banyak lagi yang ibu kene belajar pasal ni. Takpelah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena rajin *walaupun kadang-kadang ada jugak rasa malas tu ish syaitonirojim sila blah dari sini yer syiuhh syiuhhh*

Eh ehh ehh, meleret pulak dah ibu ni kan. Hehe, okay, disamping ibu-ibu keep struggling jaga pemakanan and makan supplement as milkbooster, jaga waktu pumping, kena ingat segala-galanya haruslah berbalik pada yang memberi rezeki. Disamping pumping tak kira masa, cari milkbooster segala bagai, kene la mintak jugak dengan Dia kan dengan cara terhormat antaranya berdoa, berzikir. Bila kita minta, inshaa Allah Dia akan beri. Susu sedikit ke, susu melimpah ruah ke, semuanya atas kehendak Dia. Jangan susah hati, ada hari susu sikit, ada hari susu melimpah ruah, sebab apa? Sebab Allah tahu keperluan bayi tu, jadi Dia jadikan susu ibu tu macam tu. Susu ibu yang terhasil adalah mengikut keperluan bayi kita pada ketika itu.

Antara doa-doa ataupun zikir yang boleh diamalkan sepanjang kita para ibu-ibu nak menjayakan penyusuan eksklusif untuk our babies here we goo cikedouttt :-

*pictures credit to inche google*

Okayy, mudah-mudahan niat kita semua untuk penyusuan bayi sehingga usianya 2 tahun berjaya dengan izinNya. Inshaa Allah. :')

Jumpa lagi.

Genap Setahun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, serasanya mahu membiarkan jari-jemari menari-nari seketika bagi meninggalkan jejak setelah lama aku berdiam diri.

Bagaikan mimpi. Rasa baru saja semalam aku menjaga ayah di wad 4C dan NICU Hospital Ipoh selama hampir sebulan lamanya sambil bercerita gelak ketawa dengannya. Kini, rasa baru tersedar dari lamunan yang panjang. Setahun yang lalu, ayah tlahpun pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya pada waktu dan ketika saat yang amat penting dan bermakna buat hidup aku; di hari pernikahanku 24hb Mac 2017. Amat berharap ayahlah yang akan mewalikan aku. Tapi, Allah maha tahu apa yang terbaik buatku. Dia tahu aku terlalu kuat untuk menerima takdir itu. Hendak sahaja aku meraung-raung tangisi pemergian dia. Namun, aku masih punya iman, tiada lagi terdaya untuk aku menolak segenap takdir dan hikmah yang tersirat. Aku redha. Ya, aku redha. 

24hb Oct 2016-Warded paling lama almost sebulan dari awal bulan 10 sampai awal bulan 11.
Mujur masa ni Master aku baik hati bagi cuti tanpa gaji sebulan.
Warded paling lama, and paling last sebelum ayah pergi. :'(

Terima kasih, ayah kerana meredhai perkahwinanku dan suamiku; walaupun ayah pergi dulu tanpa aku mendengar suara tua lafaz akad nikah yang diwalikan olehmu. :'(

Segenap ceriteranya takkan pernah kulupa. Tersemat di dada, agar setiap kali kumerindu, ceritera itu akan terus berlagu-lagu.

Genap setahun sudah pemergian ayah kesayanganku. Genap setahun juga pernikahanku. Hampir. Penyeri sehari-hari Allah karuniakan permata hati pada tanggal 8hb Dis 2017; Muhammad Umar Fahri bin Alif Farhan nama diberi. Usianya hampir-hampir ke 4 bulan awal bulan hadapan. Jelas, sebelum ini aku terluka, namun Allah maha baik hadiahkan aku seorang dedek yang tersayang. Terima kasih ya Allah.

Sekarang dah 3 1/2 bulan. Walaupun anak ibu takpernah jumpa tokwan, tapi ramai cakap muka anak ibu iras-iras tokwan.
Anak ibu membesar dengan baik yer sayang, jadi kuat mcm tokwan, okay?

Kebetulan atau suratan, entah. Tidak aku tahu. 24hb Mac 2018 ini juga, suamiku membuat keputusan untuk mengadakan majlis aqiqah anakandaku. Rasa sedih yang tiada terungkap bila fikiran melayang-layang tertumpu 24hb Mac yang lepas. Tuhan, kumohon, kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku.


Demi yang tersayang, aku redha.

24hb Mac; tarikh keramat yang penuh dengan suka dan duka yang penuh hikmah.

Teruskan sabar dalam bersabar. Inshaa Allah, ada manisnya. :')

Hugs. <3