04 Mei 2017

2017 baru jumpa balik blog ni

hari ni macam rasa masuk gua yang tak tau mana arahnya. Bukak blogger dia direct suh create new.. apppadaaa.. aku malas nak create segala benda lagi nih. So hari ni aku duk opis sambil membaca segala benda yang perlu dibaca. Seolah-olah dah terlalu lama tak membaca. Blogger pun dah tukar ikut suka dia je jadi aku terpaksa belajar dari mula.

Tapi tak pe.. berkat kesabaran aku berjaya gak jumpa benda-benda yang pernah buat dulu. Ok lah. Aku sebenarnya blom ready nak update dalam ni. Tapi sebab nak mencuba tadi kan, so aku tulis je sikit-sikit.

dah.. Aku nak buat benda lain.. Babai..

29 Julai 2016

haluuu

aku dah jarang pg sini.. korang bukak page aku yg satu lagi ni kalau nak follow..

http://mynuansahati.blogspot.my/

18 November 2015

Hari yang sangat lemau

Morning korang. Tadi dah update kat blog yang satu tu, ni turn blog classic ni plak. Tak selesa nya duduk... Masya Allah... tuhan je yang tau.. Berdiri lama lagi tak bleh blah.. asyik nak ke toilet je keja. Minggu ni nak setelkan semua checklist before long holiday. Ala banyak sangat tu takde lah tapi at least aku tak menyusahkan orang.
Mata dah mengantuk sebenanrnya nih tapi ku gagahi jua menaip. Sok nak kena attend Majlis Anugerah cemerlang Sekolah anak-anak. Ni lah first time aku as a parent dijemput hadir tengok anak-anakku naik atas pentas. Fullaweyyyy... Congrats to zarul sebab namanya tercalon sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik lelaki tahun 2015. Cikgu dia siap mintak gambar kemenangan zarul dan profile karier dia sebagai pemain tenis termuda yang berjaya. Sekarang kalau di ikutkan zarul pegang Top ranking untuk players kategori 10 thn. Untuk ranking malaysia dia pegang ranking-38 terbaik. Kena usaha lebih ni zarul kalau serius nak ceburi bidang ni. Aku sedar akademik dia tak de la boleh dibanggakan sangat tapi kelebihan dia nampak ke araha sukan bertaraf dunia ni. Jadi as a parent aku beri sokongan part mana yang patut. Biasanya part kewangan le tu.. huhuhu... sabor je la...

So lps majlis pagi sok, part petang kena g Klinik pakar lak.. hmmm... fenatttt sangattt.. nak ambik cuti tapi macam x sempat jer. Eh.. kita stop dulu yer.. terasa kejang plak seluruh badan nih.. so x selesa..
jumpa lagi taw.. adioss..