Pergi ke kandungan

hujan

Daripada Wikikamus
Semakan 144052 pada 23:41, 17 Ogos 2023 oleh Hakimi97 (bincang | sumb.) (Sebutan)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Bahasa Melayu

Hujan

Takrifan

[sunting]

hujan

  1. air yang turun (menitik dengan banyaknya) yang terpeluwap daripada wap di atmosfera.
    Pagi ini hujan turun dengan lebatnya.
  2. = hari hujan: air sedang turun (menitik dengan banyaknya)
    Apabila hujan, banyak orang datang lambat ke pejabat.
  3. (kiasan) seperti hujan (banyak-banyak) datangnya dan lain-lain.
    hujan bom; hujan peluru; hujan wang.

Kata majmuk

[sunting]
  • musim hujan: musim yang hujan selalu turun.

Kata terbitan

[sunting]
  • berhujan, berhujan-hujan: sengaja berjalan (bekerja, bermain-main) dalam hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan.
    Ibarat nelayan yang berpanas dan berhujan di laut.
  • kehujanan: kena hujan, tertimpa oleh hujan.
  • menghujan: seperti hujan (datangnya, banyak-banyak).
Panah pun menghujan datangnya.
  • menghujani
  1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru) kepada.
    Pasukan kami dihujani peluru dan bom.
  2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak.
    Penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dari angkasa lepas yang sentiasa menghujani bumi ini.
  3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan) kepada.
    Dia akan dihujani dengan seribu satu macam tuntutan lagi.
  • menghujankan
  1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan.
    Kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku.
    (kiasan) menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan) banyak-banyak.
  • memperhujankan: membiarkan basah kena hujan.

Etimologi

[sunting]

Daripada rumput Melayu-Polinesia.

Sebutan

[sunting]
  • Kamus Dewan: hu·jan
  • (Sebutan baku; Kamus Dewan Perdana) AFA(kekunci): /hu.dʒan/
  • Audio (MY-zsm):(file)

Tulisan Jawi

[sunting]

هوجن

Terjemahan

[sunting]

Bahasa Indonesia


  • Lihat takrifan bahasa Melayu.