Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri | |
---|---|
Lokasi | |
Pekan Kuah,, Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Berusaha Berjaya |
Nombor sekolah | +6049666245 |
Kod sekolah | KEE6016 |
Pengerusi PIBG | Abdul Razak bin Jusoh |
Pengetua | Arif Fadzilah bin Ali |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Dzul bin Osman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Anida binti Salleh |
Penolong Kanan Kokurikulum | Azura binti Azhan |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Mimi Rohana binti Amjan |
Faks | +6049660927 |
SMK Mahsuri atau nama penuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri memiliki 951 orang pelajar lelaki dan 1096 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2047 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua di Langkawi. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan Kampong” lalu kemudian dikenali sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun 1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah Menengah Mahsuri”.
Pada bulan April 1966, asrama sekolah ditubuhkan dengan menggunakan Blok B sekolah. Pada tahun 1982, 2 buah blok asrama, sebuah blok kantin dan surau telah dibina. Kini,[bila?] sekolah mempunyai asrama yang terdiri daripada 4 buah blok asrama (2 buah blok lelaki dan 2 buah blok perempuan). Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohamed Khir Johari pada 12 November 1966. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dipilih mengambil sempena wanita legenda tersohor di Langkawi iaitu Mahsuri binti Pandak Mayah.
Pada 1 Ogos 1997, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah menengah gred A. Kini,[bila?] SMK Mahsuri terdiri daripada tujuh blok bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah makmal sains, sebuah dewan, sebuah blok asrama lelaki dan dua blok asrama perempuan.
Setakat bulan Oktober 2018, SMK Mahsuri mempunyai bilangan guru seramai 140 orang manakala bukan guru adalah seramai 16 orang. Jumlah pelajar sehingga kini adalah seramai 1657 oranga. Pecahan menurut jantina pula adalah 737 adalah pelajar lelaki manakala 920 adalah pelajar perempuan.
Visi
[sunting | sunting sumber]″Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
[sunting | sunting sumber]1. Melestariakan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
2. Menjadi Modal Insan Kelas Pertama.
3. Memastikan Prasrana Sekolah Sentiasa Selamat, Kondusif & Ceria.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pengetua
[sunting | sunting sumber]Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah seperti berikut:
Nama Pengetua | Tempoh berkhidmat |
---|---|
En. Baharom bin Hashim | 1969 - 1972 |
En. Shaari bin Che Mat | 1973 - 1974 |
En. Ahmad bin Othman | 1975 - 1977 |
En. Ahmad bin Ismail | 1978 - 1979 |
En. Abd. Manaf bin Ahmad | 1980 - 1982 |
En. Abdullah bin Abd.Rahman | 1982 - 1987 |
En. Ahmad bin Said | 1988 - 1988 |
En. Shuib bin Hussain | 1988 - 1990 |
En. Mohd Razali b Mahmud | 1990 - 1994 |
Pn. Che Han bt Baharim (Memangku) | 1994 - 1995 |
En. Misrah bin Ibrahim | 1995 - 1999 |
En. Zulkifli bin Yusof | 1999 - 1999 |
Pn. Siti Rahani bte Ahmad | 1999 - 2001 |
Hj. Saidin bin Bakar | 2001 - 2004 |
Hj. Murad bin Ahmad | 2005 - 2006 |
Hj. Madzi bin Saad | 2006 - 2007 |
Hj. Sabri bin Abdol Rahim | 2007 - 2017 |
Hjh. Norini bt Wan Awang | 2017 - 2020 |
Hjh. Sa'diah bt Abdul Samad | 2020 - 2023 |
En. Arif Fadzilah bin Ali | 2024 - kini |
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini terletak berdekatan pusat bandar Langkawi iaitu, Pekan Kuah.
Alamat penuh sekolah : Jalan Ayer Hangat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Lagu SMK Mahsuri dicipta oleh Mohd Fauzi Othman manakala digubah liriknya oleh Azalan Mustafa.
Megah di seluruh negeri,
Maju di segala bidang,
Namamu kami sanjungi,
Sekolah Menengah Mahsuri.
Akademik kami bina,
Akhlak mulia kami jaga,
Kami setia bersamamu,
Berusaha moga berjaya.
Maju majulah Mahsuri,
Tingkatkanlah usahamu,
Azam untuk terus maju,
Semoga kau tetap berjaya.
Melihat namamu harum,
Kami akan rasa bangga,
Dalam mencapai cita-cita,
Ke arah insan yang sempurna (2x).
Alumni
[sunting | sunting sumber]Selebriti
[sunting | sunting sumber]Senarai selebriti yang pernah menuntut di SMK Mahsuri
- Aziz Desa – Pengacara,Wartawan & Juruhebah Langkawi.FM TV3 , ASTRO OASIS , RTM , TV9.
- Aidid Marcello – Pengacara TV3.
- Amylea Azizan – Pemenang tempat ke tiga program realiti Akademi Fantasia Musim 3 dengan peratusan undi 8%.
- Raja Yasmin – Pengacara.
- Fuad bin Ahmad - Artis/Atlet.
- Muslim bin Ramli - UTS.
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Portal rasmi sekolah : http://www.mahsuri.edu.my
- Email rasmi sekolah : Email Rasmi
- Portal pegawai pendidikan daerah Langkawi (PPD) : http://langkawi.kedah.edu.my/
- Majalah sekolah : http://majalahsekolah.com
- Peta atas talian : Google Maps