Pergi ke kandungan

Rajah Hertzsprung-Russell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Rajah Hertzsprung–Russell)

Rajah Hertzsprung–Russell merupakan graf serakan bintang yang memaparkan hubungan antara magnitud mutlak bintang atau kekilauan melawan jenis spektrum atau pengelasan najam dan suhu berkesan. Rajah Hertzprung-Russell bukanlah gambar atau peta bagi kedudukan bintang. Ia lebih kepada plot bagi setiap bintang di atas graf pengukuran bagi magnitud mutlak atau kecerahan bintang melawan suhu dan warna.

Rajah Hertzsprung–Russell juga dirujuk dengan singkatan rajah H-R. Rajah ini dicipta sekitar 1910 oleh Ejnar Hertzsprung dan Henry Norris Russell dan mewakili satu langkah besar menuju kepada pemahaman evolusi najam atau "kehidupan bintang".

Rajah Hertzsprung-Russell oleh Richard Powell dengan izin. 22,000 biji bintang diplotkan dari katalog Hipparcos dan 1,000 dari katalog Gliese bagi bintang berhampiran. Pemeriksaan rajah menunjukkan bahawa bintang cenderung untuk berada di satu-satu kawasan dalam rajah. Yang paling jelas ialah kawasan pepenjuru, dari atas kiri (panas dan terang) hinggalah ke bawah-kanan (lebih sejuk dan kurang terang), yang dipanggil Jujukan Utama. Di bawah kiri terletaknya kumpulan kerdil putih, dan atas jujukan utama adalah subgergasi, gergasi dan super gergasi. Matahari berada di jujukan utama dengan kekilauan 1 (magnitud mutlak 4.8) dan indeks warna B-V 0.66 (suhu 5780K, jenis spektrum G2).


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Casagrande, L. (2006). "Accurate fundamental parameters for lower main-sequence stars" (Abstract). MNRAS. 373 (1): 13–44. doi:10.1111/j.1365-2966.2006.10999.x. Dicapai pada 2007-02-06. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Porter, Roy (2003). The Cambridge History of Science. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 518. ISBN 978-0521572439.
  • Sekiguchi, Maki (2000). "A Study of the B-V Color-Temperature Relation". The Astronomical Journal. 120 (2): 1072–1084. doi:10.1086/301490. Dicapai pada 2008-09-14. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Smith, Robert (1995). Observational Astrophysics. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 236. ISBN 978-0521278348.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]