Raghad Waleed Alkurdi
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib | |
---|---|
Kelahiran | Ragad Waleed Alkurdi 15 Januari 1980 |
Pejabat | Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
Pendahulu | Toh Puan Norkiah Abdullah |
Pengganti | Toh Puan Fauziah Sanusi |
Pasangan | Abdul Taib Mahmud (k. 2010; m. 2024) |
Ibu bapa | Waleed Al Kurdi Janbakli Hiam Ahmad |
Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib (lahir 15 Januari 1980) ialah isteri kedua kepada mantan Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Raghad dilahirkan di Damsyik, Syria pada 15 Januari 1980. Beliau adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed Alkurdi dan Khayami Alkurdi. Adik-beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad dan Samar. Keluarganya berpindah ke Riyadh, Arab Saudi ketika Raghad masih muda. Bapa mereka meninggal dunia pada 2003.
Moyang beliau merupakan seorang Wari dari Şanliurfa, Turkiye. Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Al-Kurdi apabila berpindah ke Syria.[1]
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Ragad mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud di usia 30 tahun pada 18 Disember 2010.[2] Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Ragad menubuhkan sebuah yayasan, Ragad Foundation bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, dan pembangunan pendidikan golongan luar bandar.[3]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Sarawak
- Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi (2015).
- Pahang
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2014).
- Wilayah Persekutuan
- Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama (2021).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Geryl Ogilvy Ruekeith (16 Januari 2011). "A truly glittering wedding reception". The Borneo Post. Dicapai pada 26 Januari 2022.
- ^ "Mimpi indah isteri Taib jadi kenyataan". Berita Harian. 16 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2013.
- ^ Hafiz Ithnin (10 Mei 2021). "Bantu warga Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2022.