Pergi ke kandungan

Pergunungan Pyrene

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pyrenees)
Pergunungan Pyrene
Sepanyol: Pirineos
Catalan: Pirineus
Perancis: Pyrénées
Occitan: Pirenèus
Aragon: Perinés
Basque: Pirinioak
Banjaran
kawasan Pyrene Tengah
Dinamakan bersempena: Pyrene
Negara-negara Sepanyol, Perancis, Andorra
Puncak tertinggi Aneto
 - ketinggian 3,404 m (11,168 ft)
Geologi Granit, gneis, batu kapur
Tempoh Paleozoik, Mesozoik
Peta topografi (dalam bahasa Perancis)
Peta topografi (dalam bahasa Perancis)
Peta topografi (dalam bahasa Perancis)

Pergunungan Pyrene[a] ialah banjaran gunung di Eropah barat daya yang membentuk perbatasan semula jadi antara Perancis dan Sepanyol. Ia memisahkan Semenanjung Iberia dari benua Eropah terbentang sekitar 430 km (267 bt) dari Teluk Biscay hingga Laut Tengah.

Sebahagian besarnya kemuncak utama pergunungan membentuk sempadan alam antara Perancis dan Sepanyol dengan negara kecil Andorra terapit di tengah-tengah.

Kawasan pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Kawasan Pyrene Sepanyol adalah sebahagian daripada provinsi-provinsi berikut dari timur ke barat: Girona, Barcelona, Lleida (kesemuanya di Catalonia), Huesca (di Aragon), Navarra (di Navarre) dan Gipuzkoa (dalam Negara Basque).

Kawasan Pyrene Perancis pula adalah sebahagian daripada jabatan-jabatan (départements) berikut dari timur ke barat: Pyrénées-Orientales (Catalonia Utara dan Fenolheda), Aude, Ariège, Haute-Garonne, Hautes-Pyrénées, dan Pyrénées-Atlantiques (kedua jabatan yang terakhir ini ialah kawasan liputan Taman Negara Pergunungan Pyrene).

Negara Andorra diapit antara kedua-dua kawasan ini di bahagian timur pergunungan.

Imej satelit komposit pergunungan Pyrene (NASA)

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Herodotus menyatakan bahawa nama "Pyrene" itu merujuk kepada sebuah bandar di kawasan Celt Eropah.[1] Menurut mitologi Yunani melalui catatan Silius Italicus pula,[2] Pyrene (Bahasa Yunani Kuno: Πυρήνη, Pyrḗnē) merupakan puteri kepada Bebryx, seorang penguasa sebuah kerajaan Mediterranea selatan Gallia yang melayan Herakles dengan baik sewaktu tugasnya mencuri lembu Geryon.[3] Herakles menjadi terlalu mabuk dan berahi sehingga hilang kawalan lalu merogol anak raja tersebut. Pyrene melahirkan seekor ular tidak lama kemudian dan melarikan diri ke hutan kerana tidak mampu menanggung kemarahan ayahandanya. Dia meluahkan seisi hatinya sendirian di hutan tersebut sampai menarik perhatian haiwan liar yang menerkam dan merobek-robeknya sehingga mati.

Setelah Herakles berjaya mengalahkan Geryon, dia melalui kerajaan Bebryx sekali lagi dan tersempak dengan mayat Pyrene yang penuh luka. Herakles menyedari dosa yang dilakukannya dengan hati yang sebak. Dia menyemadikan jasad Pyrene baik-baik sambil menyeru persekitarannya berkabung memeilahara namanya:[4] "Puncak-puncak gunung menggeletar pada rabungnya mendengar suara Herakles; dia terus memanggil 'Pyrene!' dengan hibanya sambil tebing-tebing batu dan sarang haiwan liar menggema nama 'Pyrene!' itu kembali … Gunung-gunung itu bergema nama yang ditangisi itu sepanjang zaman." Plinius yang Tua mengaitkan cerita Herakles dan Pyrene itu kepada Lusitania namun menolaknya atas alasan ia rekaan belaka.[5]

  1. ^
  1. ^ Herodotus, Histories 2.33.
  2. ^ Silius Italicus, Punica 3.415–441.
  3. ^ Meskipun Geryon dikatakan terletak di sebelah terbenamnya matahari di barat, nama itu turut dikaitkan dengan Iberia; menurut Strabo, jasad "Geryon" terpelihara dalam bentuk pokok di Cadiz (kini di Sepanyol).
  4. ^ Tipping, Ben (2010). Exemplary Epic: Silius Italicus' Punica. Oxford University Press. m/s. 20–21. 'struck by Herculean voice, the mountaintops shudder at the ridges; he kept crying out with a sorrowful noise 'Pyrene!' and all the rock-cliffs and wild-beast haunts echo back 'Pyrene!' … The mountains hold on to the wept-over name through the ages.'
  5. ^ Plinius yang Tua. "3.3". Naturalis Historia.

Pautam luar

[sunting | sunting sumber]