Pergi ke kandungan

Mahmud Abu Bekir Abdul Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mahmud Abu Bekir Taib)

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib adalah rakyat Malaysia merupakan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Beliau berkahwin dengan Datin Seri Shahnaz Abdul Majid pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raden Murya yang kini berusia 17 tahun. Datin Seri Shahnaz Abdul Majid merupakan kakak kepada ratu jazz Malaysia, Sheila Majid.


Pada 11 Mei 2011, beliau telah bercerai dengan Datin Seri Shahnaz dengan talak satu, mahkamah memutuskan anak lelaki pasangan berkenaan diletakkan di bawah penjagaan ibunya.[1]

Prosiding di mahkamah syariah

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Syariah mendengar hujah daripada Shahnaz yang ingin menuntut harta sepencarian dan hibah berjumlah RM400 juta. Dari rekod, Mahmud Bekir menggunakan kad caj Platinum American Express untuk berbelanja mewah di Harrods, dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis. Penyata dari Januari hingga Jun 2012 bagi kad caj American Express dari Maybank , sejumlah RM782,520.55 telah dibelanjakan. Mahmud Bekir juga mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank CIMB. keseluruhan hartanya berjumlah RM1 bilion. [2]