Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Jenis/bentuk sah | Statutory body |
---|---|
Industri | |
Ditubuhkan | Ogos 1972 |
Ibu pejabat | Chulan Tower, No.3, Jalan Conlay, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting |
|
Anak syarikat | |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).
LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.
Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan kepada LTAT. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadi sebuah organisasi pengurusan dana terkemuka yang memberikan pulangan pelaburan yang terbaik dan perkhidmatan yang cemerlang berteraskan kepada keperluan pelanggan.
Misi
[sunting | sunting sumber]Komited untuk mengoptimumkan faedah persaraan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera menerusi amalan dan standard yang terbaik.
Nilai Murni
[sunting | sunting sumber]Integriti
Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai
Profesionalisme
Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi
Inovasi
Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru
Kerja Berpasukan
Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama
Polisi Kualiti
[sunting | sunting sumber]LTAT adalah komited untuk menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota Angkatan tentera yang tinggi bagi memenuhi aspirasi pelanggan dari segi pemberian perkhidmatan dan pulangan wang caruman.
Dengan itu, LTAT adalah komited dengan melaksanakan yang berikut:
- Pembangunan Rangka Kerja Objektif Kualiti yang merangkumi Piagam Pelanggan dan Pelan Pengurusan Pelanggan.
- Mematuhi keperluan-keperluan yang berkaitan seperti keperluan akta, perundangan, dasar, standard, manual operasi dan lain-lain keperluan berkaitan.
- Melaksanakan sistem pengurusan kualiti dengan efektif ke arah penambahbaikan yang berterusan.
Piagam Pelanggan LTAT
[sunting | sunting sumber]Pengkreditan Dividen
- 1 Hari selepas dividen diisytiharkan
Pengeluaran Caruman
- 3 Hari (tertakluk kepada penerimaan maklumat yang lengkap)
Masa menunggu di kaunter
- 15 Minit
Menghubungi pencarum yang meninggalkan pesanan telefon
- 1 Hari bekerja
Memberi maklum balas kepada pencarum (e-mel, MyWIRA/Sosial Media)
- 3 Hari bekerja
Aduan melalui surat diselesaikan
- 5 Hari bekerja
Masa Depan
[sunting | sunting sumber]Melalui perancangan strategik yang terperinci, LTAT telah berjaya melaksanakan pelbagai program bagi mencapai wawasan dan matlamat bagi mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi anggota angkatan tentera yang sedang berkhidmat dan juga bagi mereka yang telah bersara.
LTAT akan meneruskan dasar dan strategi untuk mempelbagaikan portfolio pelaburannya. Walau bagaimanapun, penekanan akan diberikan ke atas sektor pembuatan, sektor pembangunan hartanah, dan sektor kewangan dan di dalam projek-projek penswastaan kerajaan.
LTAT dijangka dapat meneruskan pertumbuhan yang dinamik dan progresif dalam semua kegiatannya. LTAT juga akan menunaikan tanggungjawabnya untuk menguruskan tabungan pencarum dan aset-aset yang diamanahkan kepadanya dengan cara yang paling berkesan dan cekap supaya dapat memberikan pulangan yang sebaik mungkin, dan melindungi nilai dananya.
LTAT akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terus mengenal pasti dan mewujudkan faedah-faedah baru untuk pencarum-pencarumnya dan melaksanakan program-program sosioekonomi yang lebih inovatif untuk bekas anggota angkatan tentera.
Perbadanan
[sunting | sunting sumber]Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
Perbadanan Perwira Niaga Malaysia atau PERNAMA, sebuah perbadanan milik penuh LTAT yang ditubuhkan dalam tahun 1983, mengendalikan rangkaian kedai-kedai runcit di kem-kem ATM di seluruh negara untuk menjual barangan pengguna, sebahagiannya bebas cukai, kepada anggota angkatan tentera dan keluarga mereka.
Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM)
Perbadanan Perwira Harta Malaysia atau PPHM, sebuah lagi perbadanan milik penuh LTAT, telah ditubuhkan dalam tahun 1984 untuk menjalankan aktiviti perniagaan berhubung dengan pengambilan, pembelian, pemilikan, penyewaan, pemajakan, pembangunan dan penjualan harta, menawarkan perkhidmatan pengurusan projek harta tanah serta menjalankan aktiviti penyelenggaraan harta bagi pihak LTAT.
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera atau PERHEBAT adalah perbadanan milik penuh ketiga LTAT. Ditubuhkan dalam tahun 1994, PERHEBAT menawarkan pelbagai program latihan dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan untuk anggota angkatan tentera yang akan dan telah bersara.
Yayasan LTAT
[sunting | sunting sumber]Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.
Objektif utama penubuhan Yayasan ini ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan-peperiksaan seperti UPSR dan PT3.