Pergi ke kandungan

Strangers (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Strangers)
Strangers
Album kumpulan Strangers
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
Tahun aktifsekitar 1991
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Strangers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Strangers merupakan satu kumpulan rock yang terhasil daripada gabungan bekas ahli beberapa group rock, diantaranya adalah Mus yang merupakan bekas penyanyi kumpulan May dan juga Black sebagai pemain drum Kumpulan Wings, Malaysia.

Mus telah mengundurkan diri dari kumpulan May kerana hasratnya ingin menyertai syarikat rakaman Warnada, manakala anggota yang lain enggan. Ini menyebabkan Mus menyertai dengan beberapa bekas kumpulan rock yang lain dan membentuk kumpulan Strangers. Strangers terbentuk yang merupakan hasil kolaborasi beberapa kumpulan ternama, seperti Bad (ex-Handy Black - bes) serta dua bekas ahli kumpulan Wings iaitu, Black (ex-Babylon - dram) dan Sham (ex-CRK - gitar). Nama-nama besar yang mengetengahkan Strangers berjaya menarik perhatian Warnada untuk menyunting mereka ke dalam kumpulan syarikat rakaman antarabangsa. Strangers, sebuah kugiran di bawah label Warnada. Bagaimanapun, sejurus selepas Strangers mula memasuki studio rakaman, Sham mengundur diri kerana beliau ingin menjadi penyanyi solo. Strangers kemudian mengadakan uji bakat di Kuala Lumpur untuk mencari pemain gitar pengganti. Selepas berjaya mengikuti uji bakat sekitar 60 orang, Nan telah dipilih sebagai pemain gitar baharu. Walaupun Nan masih dianggap sebagai anak baru, ternyata dia sudah mempunyai pengalaman ketika menjadi pemain gitar kumpulan Saturnine dahulu.

Kumpulan Strangers merakamkan album pertama dan terakhir mereka, Strangers (1992), di Indonesia.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]
  1. Penyanyi Mus pernah menyertai Kumpulan Wings, Malaysia & Kumpulan May)[1]
  2. Pemain gitar Sham (Kamarullizam bin Kamarudin; pernah menyertai Kumpulan Wings, Malaysia & CRK)
  3. Pemain gitar Aznan (Aznan Alias; pernah menyertai kumpulan Saturnine)
  4. Pemain gitar Bass Bard (pernah menyertai Kumpulan Arrow, Kumpulan EYE, kumpulan Handy Black, Kumpulan G.E.T, Kumpulan Scandals dan Kumpulan Jump-P)
  5. Pemain dram Black (Azmi Hashim pernah menyertai Kumpulan Lefthanded, Kumpulan Wings, Malaysia & Babylon)& Kumpulan Gamma)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Strangers (1992)
  • Kompilasi Hardcore Metal - Pelbagai Artis (1997)
  • Kompilasi Album Rock Hit -Vol 1 (1993)
  • Kompilasi Album Rock Hit - Vol II (1993)

Senarai lagu

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisGubahanMasa
1."Paradoks"LoloqNan
2."Satu Pengertian"Mus MayBard & Mus
3."Kalimantang"LoloqAidit Alfian
4."Operasi Bebas"MusYaya-Gong 2000
5."Mahligai Impian"MusAidit Alfian
6."Strangers"NanNan & Mus
7."Sangsi"MusRamli Sarip
8."Penentuan"MusM. Nasir
9."Kelibat Dendam"Azman IdrisNan
10."Bukit Sunyi"Doddy LesmanaNan


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]