Pergi ke kandungan

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA), juga dikenali sebagai Kawasan Perdagangan Bebas China–ASEAN (Cina Tradisional: 中國─東盟自由貿易區, Cina Ringkas: 中国―东盟自由贸易区, pinyin: Zhōngguó Dōngméng Zìyóu Màoyì Qū), ialah sebuah kawasan perdagangan bebas antara 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Republik Rakyat China. Kerangka perjanjian asal ditandatangani di Phnom Penh, Kemboja pada 4 November 2002, dengan tujuan menubuhkan kawasan perdagangan bebas antara kesemua sebelas negara tersebut pada tahun 2010.[1][2] Kawasan perdagangan bebas ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.[3][4] Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China ialah kawasan perdagangan bebas terbesar dari segi jumlah penduduk dan ketiga terbesar dari segi jumlah dagangan.[5][6]

Penandatangan

[sunting | sunting sumber]

Negara-negara anggota ASEAN dan Republik Rakyat China bersama-sama mempunyai KDNK nominal sejumlah kira-kira AS$6 trilion pada tahun 2008.[7][8] Kawasan perdagangan ini menikmati jumlah dagangan ketiga terbesar, mengekori Kawasan Ekonomi Eropah dan Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara.[6]

Bendera Negara Ibu negara Keluasan (km²) Jumlah penduduk
(2008 melainkan dinyatakan)
Ketumpatan Mata wang Bahasa rasmi
Brunei Darussalam Bandar Seri Begawan 5,765 490,000
65/km² dolar Melayu
Burma (Myanmar) Naypyidaw 676,578 50,020,000 81/km² kyat Burma
Filipina Manila 300,000 92,226,600
(2007)
295/km² peso Filipina, Inggeris
Indonesia Jakarta 1,904,569 230,130,000 113/km² rupiah Indonesia
Kemboja Phnom Penh 181,035 13,388,910 78/km² riel Khmer
Laos Vientiane 236,800 6,320,000 24/km² kip Lao
Malaysia Kuala Lumpur 329,847 28,200,000 72/km² ringgit Melayu
Singapura Bandaraya Singapura 707.1 4,839,400
(2007)
6,619/km² Dolar Melayu, Cina (Mandarin), Inggeris, Tamil
Thailand Bangkok 513,115 63,389,730
(2003)
126/km² baht Thai
Vietnam Hanoi 331,690 88,069,000 248/km² đồng Vietnam
Republik Rakyat China Beijing 9,640,821 1,338,612,968
(2009)
139/km² renminbi Cina (Mandarin)

Negara-negara anggota ASEAN diduduki lebih 580 juta orang kesemuanya serta jumlah kebesaran ekonominya melebihi India.[8] Indonesia menempatkan lebih 40% penduduk serantau, sayangnya rakyat Indonesialah yang paling lantang menentang perjanjian ini.[9][10]

China mula-mulanya mengemukakan cadangan kawasan perdagangan bebas pada November 2000.[11] Negara ini telah mengatasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang ASEAN yang ketiga terbesar, mengekori Jepun dan Kesatuan Eropah, setelah berkuatkuasanya kawasan perdagangan ini.[12] Dari tahun 2003 hingga 2008, jumlah nilai perdagangan China dengan ASEAN meningkat dari AS$59.6 bilion kepada AS$192.5 bilion.[6] China juga dijangka menjadi pengeksport terbesar di dunia pada tahun 2010.[9]

Kerangka perjanjian

[sunting | sunting sumber]

Kerangka perjanjian ditandatangani di Phnom Penh pada 4 November 2002 oleh 11 ketua kerajaan.[1]

Perjanjian perdagangan bebas ini mengurangkan tarif yang dikenakan pada lebih 90% barangan import, atau kira-kira 7,000 kategori keluaran, kepada sifar; berkuatkuasa di China dan enam negara anggota terulung ASEAN, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Empat negara lain akan mematuhinya pada tahun 2015.[13][14] Kadar tarfi purata yang dikenakan pada barangan buatan China yang dijual di negara-negara ASEAN turun dari 12.8% kepada 0.6% pada 1 Januari 2010 ketika menantikan pelaksanaan kawasan perdagangan bebas oleh negara-negara anggota ASEAN yang lain. Sementara itu, kadar tarif purata pada barangan ASEAN yang dijual di China pula turun dari 9.8% kepada 0.1%.[10]

Kebimbangan

[sunting | sunting sumber]

Beberapa pihak mula bimbang dengan perjanjian itu kerana boleh menjejaskan pekilang-pekilang tempatan. FTA Asean-China itu merupakan perjanjian multilateral (pelbagai negara). Barangan Asean terutama Malaysia mestilah sentiasa kompetitif dan membuat penyesuaian untuk mencapai kejayaan.[15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Framework Agreement on Comprehensive Economic Co-Operation Between ASEAN and the People's Republic of China". ASEAN. 5 November 2002. Dicapai pada 1 Januari 2010.
  2. ^ de Castro, Isagani (6 November 2002). "'Big brother' China woos ASEAN". Asia Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-11-06. Dicapai pada 1 January 2010.
  3. ^ "China-Asean Trade Deal Begins Today". Jakarta Globe. Bloomberg. 1 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 1 January 2010.
  4. ^ Chan, Fiona (31 Disember 2009). "Asean-China FTA to kick off". The Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2010.
  5. ^ Walker, Andrew (1 January 2010). "China and Asean free trade deal begins". BBC News. Dicapai pada 1 January 2010.
  6. ^ a b c Gooch, Liz (31 Disember 2009). "Asia Free-Trade Zone Raises Hopes, and Some Fears About China". The New York Times. Dicapai pada 1 Januari 2010.
  7. ^ bersamaan AS$11.4 trilion dari segi pariti kuasa beli pada tahun 2008
  8. ^ a b Brown, Kevin (1 January 2010). "Biggest regional trade deal unveiled". Financial Times. Dicapai pada 1 January 2010.
  9. ^ a b Ten Kate, Daniel (1 January 2010). "Free-trade agreement between China, ASEAN grouping comes into force". The China Post. Bloomberg. Dicapai pada 1 January 2010.
  10. ^ a b Coates, Stephen (31 December 2009). "ASEAN-China open free trade area". Agence France-Presse. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-01. Dicapai pada 1 January 2010.
  11. ^ Asmoro, Andry (23 December 2009). "ASEAN-China free trade deal: Let's face the music". The Jakarta Post. Dicapai pada 1 January 2010.
  12. ^ Moore, Michael (30 December 2009). "China and South East Asia create huge free trade zone". The Daily Telegraph. Dicapai pada 1 January 2010.
  13. ^ "China-ASEAN FTA pact set to boost trade volume". China Daily. 30 December 2009. Dicapai pada 1 January 2010.
  14. ^ Li, Qiaoyi (30 December 2009). "New Year, new ASEAN free trade bloc". Global Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-01. Dicapai pada 1 January 2010.
  15. ^ Gandingan Pemimpin Sekarang Dan Dahulu Mampu Majukan Negara : Najib

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]