Hassan Nawawi Abd Rahman
Hassan Nawawi Abd Rahman DPMP (Perak) | |
---|---|
Datuk Bandar Ipoh | |
Dalam jawatan 1 Mei 2004 – 23 Julai 2006 | |
Menteri Besar | Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali |
Didahului oleh | Dato' Sirajuddin Haji Salleh |
Digantikan oleh | Dato' Mohamad Rafiai Haji Moktar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hassan Nawawi bin Abd Rahman 9 Disember 1954 Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, Perak |
Dato’ Hassan Nawawi bin Abd Rahman terkenal di Malaysia kerana pernah mengelilingi dunia dengan mengayuh basikal. Beliau digelar Wira Daratan.[1] Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, Perak.[2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Manong (1961 – 1966). Seterusnya di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong (1967 – 1969). Pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1970 – 1973) dari tingkatan 4 hingga 6 atas.Di Universiti Malaya beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Menjadi guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 1974 dan di SMK Dato’ Idris Pantai Remis pada 1977. Pernah menjadi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (1977 – 1980), dan Kementerian Luar Negeri (1980 – 1981), Jabatan Perkhidmatan Awam (1981 – 1984) dan (1990 – 1993), pegawai pentadbir di Pejabat Daerah Manjung (1993 – 1998 ), Pejabat Daerah Port Dickson (1998 – 2000). Kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak mulai 1 April 2002.
Sukan
[sunting | sunting sumber]Sukan yang paling digemarinya ialah bola sepak, larian maraton, mendaki gunung dan mengembara dengan basikal. Buku pengembaraan Ibn Battuta, Khalid bin al-Walid, Ferdinand Magellan, Christopher Colombus, Alexander Agung, Genghis Khan, Shih Huang Ti dan I Cheng menjadi sumber inspirasi beliau.
Beliau berbasikal selama 389 hari sejauh 26,565 kilometer mengelilingi dunia pada 2002.[3]
Jarak | Negara | Tarikh |
---|---|---|
1 387 km | Thailand | Januari – 17 Januari 2001 |
150 km | Myanmar | 18 Januari – 28 Januari 2001 |
786 km | Bangladesh | 28 Januari – 3 Februari 2001 |
2 420 km | India | 4 Februari – 3 Mac 2001 |
2 338 km | Pakistan | 4 Mac – 4 April 2001 |
2 540 km | Iran | 5 April – 2 Mei 2001 |
2 033 km | Turki | 3 Mei – 1 Jun 2001 |
745 km | Greece | 1 Jun – 9 Jun 2001 |
1 309 km | Itali | 10 Jun – 30 Jun 2001 |
1 089 km | Perancis | 30 Jun – 16 Julai 2001 |
166 km | England | 17 Julai – 25 Julai 2001 |
5 059 km | Amerika Syarikat | 26 Julai – 27 September 2001 |
693 km | Jepun | 28 September – 6 Oktober 2001 |
488 km | Korea Selatan | 7 Oktober – 21 Oktober 2001 |
2 483 km | China | 22 Oktober – 6 Disember 2001 |
871 km | Vietnam | 7 Disember – 27 Disember 2001 |
250 km | Laos | 28 Disember – 31 Disember 2001 |
1 758 km | Thailand | 1 Januari – 27 Januari 2002 |
26 565 km | 18 negara | 389 hari |
Hasil penulisan
[sunting | sunting sumber]- Cabaran berbasikal mengelilingi dunia : wira daratan : Rhythm Publishing, 2003.
- Cycling around the world challenge Land Hero :Rhythm Publishing, 2003.