Pergi ke kandungan

Empayar Khoarezmiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Empayar Khwarezmia)
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Empayar Khoarezmiyah, juga digelar sebagai Shah Khoarezmi [1] (Parsi: خوارزمشاهیان, Khoarezmishahian, Raja Khoarezmi) adalah Empayar Parsi[2][3][4] Islam yang diasaskan oleh tentera Turki Mamluk[5]. Empayar ini memerintah kawasan Iran dan Asia Tengah dan pada mulanya adalah negeri naungan kerajaan Seljuk. Serangan tentera Mongol pada tahun 1220 mengakhiri riwayat empayar ini[1]. Pengasas kerajaan ini ialah Anush Tigin Gharchai, seorang bekas hamba Sultan Seljuk, yang dilantik menjadi gabernor di wilayah Khoarezmi[1]. Putera beliau, Qutbuddin Muhammad I mejadi pewaris pertama memakai gelaran Shah Khoarezmi.

  1. ^ a b c Encyclopaedia Britannica, "Khwarezm-Shah-Dynasty", (PAUTAN)
  2. ^ Bosworth in Camb. Hist. of Iran, Jilid. 5, m/s. 66 & 93
  3. ^ B.G. Gafurov & D. Kaushik, "Central Asia: Pre-Historic to Pre-Modern Times"; Delhi, 2005; ISBN 8175412461
  4. ^ M.A. Amir-Moezzi, "Shahrbanu", Encyclopaedia Iranica, Edisi Dalam Talian, (PAUTAN): "... here one might bear in mind that non-Persian dynasties such as the Ghaznavids, Saljuqs and Ilkhanids were rapidly to adopt the Persian language and have their origins traced back to the ancient kings of Persia rather than to Turkish heroes or Muslim saints ..."
  5. ^ C.E. Bosworth "Anuštigin Ĝarčāī", Encyclopaedia Iranica, m/s. 140, Edisi Dalam Talian, (PAUTAN)