Daerah Sibu
Daerah Sibu داءيره سيبو | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Pusat pentadbiran | Sibu |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Sibu Majlis Daerah Luar Bandar Sibu |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,229.80 km2 (860.93 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 248,064 |
• Kepadatan | 110/km2 (290/batu persegi) |
Poskod | 96xxx |
Sibu ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Sibu ialah 2,229.80 kilometer persegi (860.93 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 249,900 orang pada tahun 2016.[1][2] Bandar utama dalam daerah ini ialah Sibu. Antara bandar dan pekan lain yang terdapat di daerah Sibu termasuklah Sibu Jaya, Durin dan Sibintek. Daerah Sibu merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[3]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Sibu teriletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sibu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sibu dan diketuai seorang pegawai daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Perbandaran Sibu yang hanya mentadbir Bandar Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu yang mentadbir kawasan selain Bandar Sibu.
Di bawah pentadbiran daerah Sibu, terdapat beberapa orang ketua masyarakat yang dilantik dan terdiri daripada pemanca dan penghulu. Tiga orang pemanca dilantik mewakili tiga kaum di daerah ini, iaitu Melayu atau Melanau, Cina dan Iban. Penghulu yang dilantik pula terdiri daripada 17 penghulu Cina, tujuh penghulu Iban dan lima penghulu Melayu atau Melanau. Setiap penghulu dilantik mewakili setiap kampung dan penempatan masing-masing.[4]
Politik
[sunting | sunting sumber]Daerah Sibu diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh dua kerusi iaitu Lanang (P211) dan Sibu (P212), sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh lima kerusi iaitu Bukit Assek (N51), Dudong (N52), Bawang Assan (N53), Pelawan (N54) dan Nangka (N55).[5][6]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Sibu terletak di tengah negeri Sarawak, dan di barat bahagian Sibu. Daerah Sibu bersempadan dengan daerah Matu di utara, daerah Dalat di timur laut, daerah Selangau di timur, daerah Kanowit di tenggara, daerah Julau di selatan, daerah Meradong di barat dan daerah Daro di barat laut.
Daerah Sibu mempunyai keluasan kira-kira 2,229 kilometer persegi, menjadikannya daerah terkecil di Bahagian Sibu. Bentuk muka bumi di daerah Sibu sebahagian besarnya kawasan yang rendah dan mendatar. Terdapat sedikit kawasan berbukit di bahagian timur daerah dengan ketinggian maksimum mencecah 265 meter. Kawasan penempatan penduduk sebahagian besarnya tertumpu di kawasan tengah daerah..
Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang dan Batang Igan.
Penduduk
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 67,380 | — |
1980 | 130,559 | +93.8% |
1991 | 170,399 | +30.5% |
2000 | 210,118 | +23.3% |
2010 | 240,165 | +14.3% |
2020 | 248,064 | +3.3% |
Sumber: [7] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sibu ialah seramai 248,064 orang dengan kepadatan penduduk 110 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 66,409 isi rumah dengan 84,867 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Sibu merupakan masyarakat Cina. Kelompok kedua terbesar pula merupakan penduduk berbangsa Iban yang tergolong dalam kumpulan Bumiputera Sarawak. Antara etnik dan bangsa lain yang mendiami daerah ini termasuklah Melayu, India, Melanau dan Bidayuh. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 13,227 orang.[8][9]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Cina | 114,477 |
Bumiputera lain | 94,842 | |
Melayu | 24,630 | |
India | 248 | |
Lain-lain | 640 | |
Bukan warganegara | - | 13,227 |
Jumlah | 248,064 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Sibu, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 60 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 20 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih 13 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk tidak beragama pula terdiri daripada peratusan kira-kira tiga peratus. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kira-kira satu peratus.
Agama | Jumlah |
---|---|
Kristian | 149,067 |
Islam | 50,017 |
Buddha | 34,328 |
Hindu | 212 |
Lain-lain | 864 |
Tidak beragama | 8,293 |
Tidak diketahui | 5,283 |
Jumlah | 248,064 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "SENARAI NAMA KETUA MASYARAKAT DAERAH SIBU - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu". sibu.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-26.
- ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "P212 Sibu". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.