Pergi ke kandungan

Bahasa Yakut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Sakha)
Yakut
Sakha
саха тыла
saxa tıla
SebutanIPA: [saxa tɯla]
Asli kepadaRusia
KawasanRepublik Sakha
EtnikYakut (bancian 2010)[1]
Penutur bahasa
450,000 (2010)[2]
Cyril
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Republik Sakha (Rusia)
Kod bahasa
ISO 639-2sah Yakut
ISO 639-3sah Yakut
Glottologyaku1245  Yakut
ELPYakut
Biru: Bahasa Yakut
Hijau: Bahasa Dolgan
Map
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Yakut atau Sakha merupakan suatu bahasa Turkik yang memiliki kira-kira 450 ribu penutur dalam kalangan kaum Yakut di Republik Sakha, Rusia.

Seperti bahasa-bahasa Turkik yang lain, termasuklah bahasa asalnya, Proto-Turkik, ia menampilkan keharmonian vokal dan merupakan bahasa aglutinatif atau "melekat".

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Yakut merupakan sebahagian keluarga bahasa Turkik Siberia termasuklah bahasa Dolgan dan Shor. Bahasa ini bercirikan aglutinatif dan memiliki keharmonian vokal seperti bahasa Turki dan banyak dipengaruhi dengan bahasa-bahasa Mongolia dan Tungus.[3]

Taburan geografi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Yakut biasanya dituturkan di Republik Sakha serta digunakan oleh etnik Yakut di Jajahan Khabarovsk serta diaspora-diaspora di Rusia, Turki dan serata dunia. Bahasa ini juga digunakan sebagai lingua franca dengan meluas oleh minoriti-minoriti lain di seluruh Republik Sakha. Bahkan, ramai etnik Dolgan, Evenk, Even dan Yukagir lebih banyak menggunakan bahasa Yakut berbanding bahasa-bahasa mereka sendiri. Menurut bancian pada 2002, kira-kira lapan peratus golongan dari etnik selain Yakut dikatakan memiliki kemahiran dalam berbahasa Yakut.[4]

Bahasa Yakut ditulis dengan tulisan abjad Cyril yang memiliki huruf-huruf tambahan yang ditambah oleh Kesatuan Soviet pada 1939. Namun, ada beberapa huruf dalam tulisan tersebut yang hanya digunakan untuk kata-kata pinjaman bahasa Rusia.[5]

А а Б б В в Г г Ҕ ҕ Д д Дь дь Е е
Ё ё Ж ж З з И и Й й К к Л л М м
Н н Ҥ ҥ Нь нь О о Ө ө П п Р р С с
Һ һ Т т У у Ү ү Ф ф Х х Ц ц Ч ч
Ш ш Щ щ Ъ ъ Ы ы Ь ь Э э Ю ю Я я
Vokal-vokal bahasa Yakut
Depan Belakang
Tak bundar Bundar Tak bundar Bundar
Sempit Pendek i y ɯ u
Panjang i: y: ɯ: u:
Diftong ie yø (wø) ɯa (ɛ) uo (wo)
Luas Pendek e ø a o
Panjang e: ø: a: o:

Tatabahasa

[sunting | sunting sumber]

Kata nama

[sunting | sunting sumber]

Kata-kata nama dalam bahasa Yakut memiliki bentuk tunggal dan majmuk. Bentuk majmuk dapat dibentuk melalui penambahan akhiran /-LAr/ yang boleh menjadi pelbagai bentuk seperti -лар (-lar) dan -лэр (-ler), bergantung kepada huruf terakhir kata nama tersebut. Bentuk tersebut hanya digunakan dalam konteks menerangkan sebilangan barangan secara berkumpulan dan bukan apabila bilangan barangan dijelaskan. Kata-kata nama bahasa ini tidak mempunyai unsur jantina.

Kata ganti nama

[sunting | sunting sumber]

Sistem kata ganti nama bahasa Yakut dibahagikan kepada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga serta mempunyai bentuk tunggal dan majmuk.

Jenis Tunggal Majmuk
Pertama мин (min) биһиги (bihigi)
Kedua эн (en) эһиги (ehigi)
Ketiga (manusia) кини (kini) кинилэр (kiniler)
(bukan manusia) ол (ol) олор (olor)

Meskipun kata nama tidak mempunyai unsur jantina, perkataan dalam sistem kata ganti nama ketiga adalah berlainan mengikut objek, iaitu кини (kini) untuk menerangkan tentang manusia dan ол (ol) untuk kesemua yang lain.[6]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]

Cetakan pertama bahasa Yakut merupakan sebahagian daripada sebuah buku oleh tokoh Belanda, Nicolaas Witsen yang menampilkan 35 patah perkataan bahasa Yakut dan diterbitkan di Amsterdam pada 1692. Kemudian, lebih banyak pengembara mula menerbitkan senarai kosa kata bahasa Yakut pada abad ke-18 dan ke-19.[7]

  1. ^ "Yakut". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 November 2018.
  2. ^ "Yakut". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 November 2018.
  3. ^ Forsyth, James (1994). A History of the Peoples of Siberia: Russia's North Asian Colony 1581-1990 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 56. ISBN 9780521477710. Their language...Turkic in its vocabulary and grammar, shows the influence of both Tungus and Mongolian
  4. ^ Bancian Rusia 2002. 6. Владение языками (кроме русского) населением отдельных национальностей по республикам, автономной области и автономным округам Российской Федерации (Ilmu berkenaan bahasa selain bahasa Rusia dalam populasi republik, wilayah berautonomi dan daerah berautonomi) (Rusia)
  5. ^ Krueger, John R. (1962). Yakut Manual. Bloomington: Indiana U Press.
  6. ^ Kirişçioğlu, M. Fatih (1999). Saha (Yakut) Türkçesi Grameri (dalam bahasa Turki). Ankara: Türk Dil Kurumu. ISBN 975-16-0587-3.
  7. ^ "Предпосылки возникновения якутской книги" (dalam bahasa Rusia). Память Якутии. Dicapai pada 2014-10-29.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]