Baddrol Bakhtiar
Baddrol Bakhtiar | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Gurun | |
Memegang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Johari Abdul |
Butiran peribadi | |
Lahir | Baddrol bin Bakhtiar 1 Februari 1988 Sarawak, Malaysia |
Parti politik | (2023 - Kini) |
Pasangan | Nur Izyan Mustafa Khalid |
Anak-anak | 2 |
Pekerjaan | Ahli politik, pemain bola sepak |
Yang Berhormat Baddrol bin Bakhtiar (lahir di Sarawak, 1 Februari 1988; umur 36 tahun) ialah seorang ahli politik dan bekas pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia yang menamatkan kerjaya bola sepaknya sebagai Kapten Pasukan Sabah.[1] Beliau telah bermain untuk pasukan Sabah sebagai kapten pasukan pada tahun 2022 sehingga tahun 2023.[2] Beliau juga pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.[3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Baddrol dilahirkan di Sarawak ketika bapanya bertugas sebagai anggota tentera di sana. Kedua-dua ibu dan bapanya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ibunya dari Kampung Lanjut Manis, Tanjung Ipoh, manakala bapanya dari Kampung Gemetir, Terachi[4].
Baddrol dibesarkan dan bersekolah di Sungai Petani, Kedah iaitu negeri terakhir tempat bapanya bertugas[5].
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Baddrol bin Bakhtiar | ||
Tarikh lahir | [6] | 1 Februari 1988||
Tempat lahir | Sarawak, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2006 | Piala Presiden Kedah B-21 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2021 | Kedah Darul Aman FC | 379 | (120) |
2022–2023 | Sabah FC | 32 | (10) |
Pasukan kebangsaan | |||
2005–2007 | Malaysia B-20 | 12 | (12) |
2008–2011 | Malaysia B-23 | 21 | (8) |
2009–2021 | Malaysia | 43 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Penglibatan awal
[sunting | sunting sumber]Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.
Kedah
[sunting | sunting sumber]Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.
Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.
Bawah 20 Malaysia
[sunting | sunting sumber]Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.Beliau menjadi kapten Malaysia B-23 sepanjang tahun 2011.Brliau menjadi wira malaysia apabila menjuarai sukan sea 2011 apabila nenjadi hero penentuan penalti
Peluang ke Stamford Bridge
[sunting | sunting sumber]Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Umar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.
Politik
[sunting | sunting sumber]Baddrol telah menyertai Perikatan Nasional pada Julai 2023[7], dan dicalonkan dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 mewakili Perikatan Nasional bagi DUN Gurun.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Individu | Parti | Undian | Lawan | Parti | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | DUN Gurun | Baddrol Bakhtiar | PN (PAS) | 17771 | Mohammed Firdaus Johari | PH (PKR) | 11187 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Bersama Kedah
- Liga Super - 2007, 2008
- Piala FA - 2007, 2008, 2017, 2019
- Piala Malaysia - 2007, 2008, 2016
- Liga Premier - 2006, 2015
- Piala Sumbangsih - 2017
Bersama Malaysia
- Emas Bola Sepak Sukan Sea - 2009, 2011
Rujukan
[sunting | sunting sumber]https://anakbapak.com/baddrol-bakhtiar/
- ^ "'YB Baddrol' dijangka pulang ke Kedah, tapi bukan bersama skuad Sang Kenari".
- ^ "'YB Baddrol' dijangka pulang ke Kedah, tapi bukan bersama skuad Sang Kenari".
- ^ "Baddrol Bakhtiar Stats, News, Bio".
- ^ "Baddrol Bakhtiar: Pemain yang sangat setia, kata Zahid". Sarawak Voice. 24 Mac 2021. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ ""Emak & ayah den orang Kuala Pilah" - Baddrol Bakhtiar". Stadium Astro. 5 Oktober 2016. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ "Baddrol Bakhtiar". ESPN FC. Dicapai pada 17 December 2017.
- ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-07-26). "PRN: Sanusi pertahan DUN Jeneri, Baddrol Bakhtiar sah calon DUN Gurun". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-02.