Pergi ke kandungan

Maman hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maman
Pucuk pokok maman hantu
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. gynandra
Nama binomial
Cleome gynandra
      taburan seluruh dunia[1]
Sinonim[4]
Senarai
    • Cleome acuta Schumach. & Thonn.
    • Cleome affinis (Blume) Spreng. nom. illeg.
    • Cleome alliacea Blanco
    • Cleome alliodora Blanco
    • Cleome blumeana D.Dietr.
    • Cleome bungei Steud.
    • Cleome candelabrum Sims
    • Cleome denticulata Schult. & Schult.f.
    • Cleome eckloniana Schrad.
    • Cleome flexuosa F.Dietr. ex Schult. & Schult.f.
    • Cleome heterotricha Burch.
    • Cleome muricata (Schrad.) Schult. & Schult.f.
    • Cleome oleracea Welw.
    • Cleome pentaphylla L.
    • Cleome pubescens Sieber ex Steud.
    • Cleome rosea Eckl. ex Steud. nom. inval.
    • Cleome triphylla L.
    • Gymnogonia pentaphylla (L.) R. Br. ex Steud.
    • Gynandropsis affinis Blume
    • Gynandropsis candelabrum (Sims) Sweet
    • Gynandropsis denticulata DC.
    • Gynandropsis glandulosa C.Presl
    • Gynandropsis gynandra[2] (L.) Briq.
    • Gynandropsis heterotricha DC.
    • Gynandropsis muricata Schrad.
    • Gynandropsis ophitocarpa DC.
    • Gynandropsis palmipes DC.
    • Gynandropsis pentaphylla[3]:295 (L.) DC.
    • Gynandropsis pentaphylla Blanco
    • Gynandropsis sinica Miq.
    • Gynandropsis triphylla DC.
    • Gynandropsis viscida Bunge
    • Pedicellaria pentaphylla (L.) Schrank
    • Pedicellaria triphylla (L.) Pax
    • Podogyne pentaphylla (L.) Hoffmanns.
    • Sinapistrum pentaphyllum (L.) Medik.

Maman hantu atau maman (nama botani: Cleome gynandra)[5]:101 ialah spesies tumbuhan dalam genus Cleome. Ia ditemukan dari Sri Lanka dan Pakistan ke Asia Tenggara.[5]:101 dan Afrika.[6]

Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di pekan Gemencheh termasuklah Kampung Sri Asahan, Kampung Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kampung Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.[perlu rujukan]

Nama maman hantu (Jawi: مامن هنتو) diberikan kerana ia tumbuh liar di hutan atau "hantu".[3]:295

Terdapat beberapa jenis pokok maman, diantaranya maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning. Dikenalpasti terdapat juga pokok maman hantu yang dijumpai di Seberang Jaya, Pulau Pinang.[7]

Sepohon pokok maman boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh tegak dengan batang dan ranting yang berbulu halus. Sehelai daun pokok terdiri daripada 5 anak daun.[5]:101 Pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok.

Buah pokok maman jenis kapsul yang berbentuk bulat dengan ukuran panjang di antara 2–11 sentimeter panjang dan garis pusat di antara 3–6 milimeter.[5]:101 Sebiji kapsul buah maman mengeluarkan sebanyak 100–150 biji benih kecil, sebutir biji benihnya mempunyai ukuran garis pusat antara 1 hingga 1.5 milimeter.[8]:4

Ia dimakan sebagai sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging ataupun ikan bilis. Ia boleh dimasak menjadi rendang[9] yang boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap Hari Raya, rendang maman boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, cili api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.[perlu rujukan]

Maman boleh dimasak buat sup atau sayur goreng. Maman dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukan boleh dilaku. Di kawasan barat dan timur Afrika, daun maman diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.[10]

Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

  1. ^ "Cleome gynandra - L." Plants for a Future. 1996–2012. Dicapai pada 14 Februari 2024.
  2. ^ "Gynandropsis gynandra". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b Burkill, Isaac Henry (April 1930). "Index to the Malay Vernacular Names with Comments". The Gardens' Bulletin. 6 (2): 274–317 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  4. ^ "Lumnitzera racemosa Willd". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 14 Februari 2024.
  5. ^ a b c d Jacobs, M. (Disember 1960). "Capparidaceae". Flora Malesiana. 4 (5): 61–105 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  6. ^ "Spider plant (Cleome gynandra)". World Vegetable Center. 25 April 2016. Dicapai pada 14 Februari 2024.
  7. ^ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=196&cat=HERBA Maman Hantu
  8. ^ Waithaka, Kimani; Chweya, James A. (1991). Gynandropsis Gynandra (L.) Briq: A Tropical Leafy Vegetable, Its Cultivation and Utilization. Rom, Itali: Pertubuhan Makanan dan Pertanian. m/s. 3–4. ISBN 978-92-5-103023-3.
  9. ^ Lim May Lee (8 Oktober 2017). "Maman-mia, maman leaves averted war". R.AGE. The Star. Dicapai pada 14 Februari 2024.
  10. ^ Ong Hean Chooi, Sayuran:Khasiat Makanan dan Ubatan, Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd ulangan cetak 2006, ISBN 967-61-1390-5

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]