Pergi ke kandungan

Batu sejam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meter laju dwijulat kereta, dengan jalur batu sejam di bahagian luar dan jalur kilometer sejam di bahagian dalam.

Batu sejam ialah unit bagi kelajuan, mengukur jarak yang dilalui dalam unit batu dalam masa sejam.

Ia masih digunakan sebagai unit ukuran bagi had laju serta kelajuan di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ia turut digunakan bagi mengukur kelajuan hantaran bola dalam pelbagai acara sukan seperti kriket, tenis, dan baseball pada peringkat pertandingan yang lebih tinggi. Kependekan yang lazim digunakan ialah bsj atau mph.

Di dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), unit bagi kelajuan dan halaju ialah meter sesaat. Kelajuan lalu lintas jalan raya diukur dalam km/j di kebanyakan negara. Bagi kegunaan nautika dan aeronautik pula, unit knot pula digunakan sebagai unit kelajuan: satu knot bersamaan dengan satu batu nautika sejam.

Pertukaran

[sunting | sunting sumber]

1 bsj bersamaan dengan:

Semasa menukar dari batu sejam ke unit ukuran yang lain atau sebaliknya, adalah penting untuk mengetahui dengan tepat berapa batu dan jam yang berkaitan dengan unit-unit lain, masing-masing bagi jarak dan masa. Contohnya, 1 batu bersamaan dengan 5,280 kaki, 1,760 ela, atau 1,609.344 meter. Sementara itu, 1 jam bersamaan dengan 60 minit, atau 3,600 saat.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]