Pergi ke kandungan

NU'EST

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NU'EST
NU'EST pada bulan Mei 2019
dari kiri ke kanan: Ren, JR, Aron, Minhyun dan Baekho
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2012 (2012)–2022 (2022)
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Bekas ahli
  • Aron
  • JR
  • Baekho
  • Minhyun
  • Ren
NU'EST
Hangul뉴이스트
Perumian SemakanNyuiseuteu
McCune–ReischauerNyuisŭtŭ

NU'EST (Hangul: 뉴이스트 singkatan daripada New Establish Style Tempo; makna harfiah: "Gaya Tempo Mantap yang Baru) ialah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh Pledis Entertainment pada tahun 2012, ia terdiri daripada lima orang ahli iaitu Aron, JR, Minhyun, Baekho and Ren.[1] Mereka membuat penampilan sulung pertama pada 15 Mac 2012, dengan single "Face". Kumpulan ini dibubarkan pada 15 Mac 2022, selepas Aron, JR dan Ren meninggalkan Pledis Entertainment selepas kontrak 10 tahun mereka tamat.

Pra-debut

[sunting | sunting sumber]

Sebelum debut mereka, NU'EST membuat penampilan dalam perilisan muzik rakan seagensi mereka. Mereka adalah penari sandaran untuk video muzik After School Blue "Wonder boy", dan tampil juga dalam perilisan lagu label Krismas "Love Letter" mereka. Mereka juga mengeluarkan video muzik mereka sendiri untuk "Love Letter" sebagai Pledis Boys.[2] JR muncul dalam video muzik Orange Caramel "Bangkok City" , dan juga dalam lagu solo Uee "Sok Sok Sok". Baekho muncul dalam video muzik After School "Play Ur Love", dan Minhyun membintangi video muzik Orange Caramel "Shanghai Romance".

JR, Minhyun, Aron, dan Ren juga tampil dengan Lizzy After School dalam iklan untuk New Balance. JR dan Baekho muncul di program televisyen KBS Hello Counselor dan didedahkan oleh Kahi After School sebagai dua ahli kumpulan. Ini menarik perhatian penonton dan mereka menjadi topik minat dalam talian.[3] Pledis Boys, sekarang digelar "After School Boys", kemudian tampil dengan After School di SBS Gayo Daejeon.[4] Minhyun dan Ren juga mendapat perhatian pemodelan untuk pereka Park Yoon-so's F/W 2012–13 Seoul Fashion Week show, bertajuk 'Big Park'.[5]

2012: Debut dengan Face dan Action

[sunting | sunting sumber]
NU'EST pada bulan September 2012

NU'EST debut dengan single pertama mereka, "Face", pada 15 Mac 2012.[6] Pentas debut mereka di M! Countdown pada hari yang sama.

Kumpulan ini mula menayangkan rancangan realiti mereka sendiri, Making of a Star: NU'EST Landing Operation, dalam tempoh promosi.[7]

Mereka comeback dengan album mini pertama mereka, Action, pada 11 Julai,[8] dan menjadi duta untuk Persatuan Pengakap Korea.[9] Selama tempoh promosi mereka dan sepanjang tahun itu, NU'EST mula berkembang ke pasaran global, mengadakan acara di Jepun, Australia, bahagian lain di Asia, dan Amerika Syarikat, termasuk persembahan di KCON.[10] Pada bulan Disember, NU'EST memulakan sokongan dengan McDonald's.[11]

2013–2014: Hello, Sleep Talking, Re:BIRTH and Japanese debut

[sunting | sunting sumber]

Baekho dan Ren membuat penampilan lakonan dalam drama Jeon Woo-chi bersama rakan seagensi Uee pada Januari 2013.[12] Kumpulan ini kembali dengan album mini kedua mereka, Hello, pada 13 Februari.[13] Mereka mengadakan konsert eksklusif pertama mereka, Show Time NU'EST Time, pada hari yang sama untuk memperingati perilisan tersebut.[14][15] Semasa tempoh promosi, mereka dilantik untuk SBS MTV Diary bersama pasangan seagensi mereka yang bernama Hello Venus.[16] Pada bulan Mac, NU'EST meraikan ulang tahun pertama mereka melalui konsert di Jepun, NU′EST Debut 1st Anniversary Live Show Time.[15] Pada 8 April, Aron menjadi DJ untuk Music Access Arirang.[17]

Pada 22 Ogos 2013, NU'EST melancarkan album mini ketiga mereka, Sleep Talking, dengan tajuk lagu dengan nama yang sama.[18]

Untuk meraikan episod ke-400 Music Core pada bulan Mac 2014, Ren mempersembahkan "Something" lagu daripada Girl's Day bersama Minhyuk BtoB, Seungjin A-Jax, dan Hongbin VIXX.[19]

Pada 9 Julai 2014, NU'EST mengeluarkan album penuh pertama mereka, Re: Birth, dengan single utama "Good Bye Bye".[20] Mereka juga memulakan debut di Jepun pada 5 November, dengan single "Shalala Ring".[21]

2015–2016: Promosi Jepun, Q Is dan Canvas

[sunting | sunting sumber]
NU'EST pada bulan April 2016

NU'EST mengeluarkan single digital "I'm Bad" pada 27 Februari 2015, [22] dengan perilisan fizikal edisi terhad pada 15 Mac untuk meraikan ulang tahun ketiga mereka. Baekho tidak ikut serta dalam single utama ketika itu disebabkan dia baru pulih dari pembedahan polip pita suara, tetapi dia turut menyumbang pada trek sisi B, "A Scene Without You" Pada 2 April, Minhyun bekerjasama dengan artis indie Korea Fromm dalam single "The Aftermath". Pada 19 April, Aron mengakhiri kedudukannya sebagai DJ di Arirang's Music Access. Kumpulan ini mengadakan showcase solo pertama mereka di Amerika Utara di Dallas, yang disatukan oleh My Music Taste, pada 3 Mei.[23]

NU'EST melancarkan single Jepun kedua mereka, "Nanananamida", pada 20 Mei.[24] Pada 14 Ogos, Aron mengambil kedudukan sebagai DJ di SBS PopAsia dengan rancangannya sendiri Aron's Hangout.[25] NU'EST melancarkan album studio Jepun pertama mereka, Bridge the World, pada 18 November, selepas pra-perilisan lagu "Bridge the World", "Cherry", "Access to You", dan "Ame Nochi Eien". [26] "Cherry" digunakan sebagai lagu tema untuk filem Their Distance, yang dibintangi oleh para ahlk sebagai filem debut Jepun mereka.[27]

Album mini keempat mereka, Q is, dikeluarkan pada 17 Februari 2016 dengan single utama "Overcome". Mereka memulakan promosi untuk album tersebut pada hari berikutnya.[28] NU'EST mengeluarkan album mini kelima mereka Canvas dengan single utama "Love Paint (Every Afternoon)" pada 29 Ogos 2016.[29] Selepas empat tahun promosi, kumpulan ini menerima pencalonan rancangan muzik pertama mereka di The Show. Pada 6 Oktober 2016, video muzik untuk "Daybreak", duet antara Minhyun dan JR dari album mini Canvas, dikeluarkan.[30]

2017–2018: Produce 101 Season 2 dan NU'EST W

[sunting | sunting sumber]

Setelah penurunan komersial dari perilisan sebelumnya dan mereka pertimbangan untuk melakukan pembubaran,[31][32] JR, Baekho, Minhyun, dan Ren telah mengambil bahagian dalam siri televisyen realiti Produce 101 Season 2 pada separuh pertama tahun 2017.[33] Semasa penampilan mereka di acara itu, album yang dirilis sebelumnya, termasuk Q Is dan Canvas, melonjak naik di carta album Korea Selatan, yang mencerminkan lonjakan populariti kumpulan secara tiba-tiba.[34][35]

Selepas episod terakhir Produce 101 Season 2 ditayangkan, siaran sebelumnya NU'EST kembali muncul di carta muzik dan menduduki puncak teratas Gaon Chart.[36] Hanya Minhyun yang berada di kedudukan 11 teratas, memperoleh kedudukan dalam kumpulan lelaki sementara Wanna One, dan Minhyun mempromosikan secara eksklusif bersama mereka selama 1.5 tahun.[37][38] Ahli yang tinggal mengumumkan bahawa mereka akan mempromosikan sebagai NU'EST W sehingga Minhyun kembali.[39] Kerana lonjakan populariti kumpulan ini secara tiba-tiba, mereka (sebagai NU'EST W) kembali ke rancangan muzik untuk mempromosikan single mereka "Hello" (pertama kali dikeluarkan pada tahun 2013), dan menduduki tempat nombor 11 di Inkigayo.[40]

Mengikut kesimpulan Produce 101 Season 2, JR dan Ren juga menjadi model bagi syarikat kosmetik Labiotte.[41] Selepas itu, Baekho dan Aron juga bergabung dengan rakan sekumpulan mereka dalam mempromosikan jenama tersebut. Ren menyertai rancangan aneka ragam JTBC "Learning the Hard Way", di mana dia adalah ahli tetap.[42] Aron tampil di single Raina "Loop".[43]

Walaupun kontrak Minhyun bersama Wanna One secara rasmi berakhir pada 31 Disember 2018, tetapi Minhyun kembali kepada NU'EST selepas sebulan kemudian.[44] Ini disebabkan Pledis dan Swing Entertainment mencapai kesepakatan yang membolehkan Minhyun menghadiri pertunjukan akhir tahun dan upacara penganugerahan sepanjang Januari 2019 sebagai ahli Wanna One.[44] Aktiviti terakhir Minhyun bersama Wanna One sebelum kembali ke NU'EST adalah konsert terakhir (bertajuk Therefore) yang diadakan selama empat hari, berakhir pada 27 Januari 2019.[44]

2019: Happily Ever After dan The Table

[sunting | sunting sumber]

Setelah berkumpul semula, NU'EST mengumumkan pembaharuan kontrak mereka dengan Pledis Entertainment.[45][46] Pada 15 Mac, mereka mengeluarkan single digital khas "A Song For You" untuk meraikan ulang tahun ketujuh debut mereka.[47]

Pada 3 April, Minhyun mengeluarkan single solo digital "Universe" sebagai single pra-rilis dari album NU'EST yang akan datang.[48] Single ini disertai dengan rakaman video muzik di Budapest dan Milan.[49] Kumpulan ini mengadakan konsert solo pertama mereka dalam enam tahun bertajuk "Segno" pada 12-14 April kepada 36,000 penonton.[50][51] Album mini keenam mereka Happily Ever After dikeluarkan pada 29 April dengan single utama "Bet Bet".[52] Ini adalah perilisan pertama mereka dalam tiga tahun dan yang terakhir dalam siri tiga bahagian naratif "Knights searching for the Queen" yang bermula dengan album mini keempat mereka pada tahun 2016.[53] Album mini ini memperoleh tiga mahkota di Gaon Chart untuk minggu 28 April - 4 Mei dengan memuncak di album chart, digital download chart, dan carta BGM setelah dikeluarkan.[54] Pada bulan Mei 2019, NU'EST mengeluarkan rakaman audio rasmi lagu "Blessing", yang telah dirakam sebagai calon lagu debut mereka pada tahun 2012.[55]

Pada 21 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketujuh mereka The Table dengan single utama "Love Me".[56] Single ini menang di kelima-lima rancangan penyiaran muzik utama, yang juga menandakan kemenangan pertama kumpulan sejak debut di Show! Music Core dan Inkigayo.[57]

2020: The Nocturne dan Drive

[sunting | sunting sumber]

Tujuh bulan selepas comeback terakhir mereka, kumpulan ini melancarkan album mini kelapan mereka The Nocturne dengan single utama "I'm in Trouble" pada 11 Mei.[58] Album ini menduduki tangga teratas di Album Sales, Retail Album, Download, dan BGM charts di Gaon's Weekly Chart.[59] "I'm in Trouble" juga debut di no. 6 di Gaon's Digital Chart, menjadi single utama kumpulan pertama sejak debut masuk ke 10 teratas, tidak termasuk single mereka sebagai NU'EST W.[60]

Pada 7 Oktober, NU'EST mengeluarka album Jepun kedua mereka, "Drive". "Drive" adalah perilisan album Jepun pertama kumpulan ini dalam 5 tahun selepas "Bridge the World".[61]

2021–2022: Romanticize, projek solo, Needle & Bubble dan dibubarkan

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April, kumpulan ini mengeluarkan album studio kedua mereka Romanticize dengan single utama "Inside Out".[62] Hanya empat orang ahli sahaja yang mengambil bahagian dalam promosi penuh untuk album ini kerana Aron berehat seketika pada bulan Januari 2021 disebabkan isu kebimbangan (tetapi membuat persembahan bersama kumpulan dalam program muzik), akhirnya menyertai semula kumpulan ini pada bulan Jun.[63] Album ini mengungguli carta jualan album mingguan Hanteo dan memperoleh dua mahkota di Gaon Music Chart.[64] Single utama juga mendapat kemenangan pada M! Countdown, Music Bank, Show! Music Core dan Inkigayo, menjadikan kumpulan ini mendapat persembahan muzik kedua grand slam sejak single mereka bertajuk "Love Me" pada akhir tahun 2019.[64]

Berikutan kejayaan album kedua mereka, kumpulan itu menghabiskan baki tahun 2021 kebanyakannya mengerjakan projek solo mereka. JR membuat debut lakonannya dalam siri televisyen SBS Let Me Be Your Knight; Minhyun mula merakam siri tvN Soul Marriage dan bertemu semula secara ringkas dengan Wanna One di 2021 Mnet Asian Music Awards; Aron menjadi pengacara Circle Room, sebuah rancangan bual bicara secara eksklusif di Twitter; Baekho membuat debut teater muzikalnya dalam produksi Seoul 'Midnight Sun dan Altar Boyz dan Ren memainkan peranan utama dalam muzikal Hedwig and the Angry Inch.[65][66][67][68][69][70][71]

Kumpulan ini mengadakan konsert langsung pertama mereka dalam tempoh 2 tahun bertajuk The Black dari 26 hingga 28 November 2021 di Stadium Tertutup Jamsil di Seoul.[72] Pada 2 Disember, kumpulan ini membuat persembahan dan memenangi anugerah Pencapaian Terbaik pada 2021 Asia Artist Awards.[73] Lewat bulan itu, mereka membuat persembahan di 2021 KBS Song Festival dan SBS Gayo Daejeon, masing-masing yang diadakan pada 17 dan 25 Disember.[74]

Selepas hampir setahun tiada perilisan baharu, telah diumumkan pada 28 Februari 2022 bahawa kontrak eksklusif kumpulan ini dengan Pledis Entertainment akan berakhir pada 14 Mac.[75] Ia juga diumumkan bahawa ahli Aron, JR dan Ren akan meninggalkan agensi itu selepas kontrak mereka tamat, manakala Baekho dan Minhyun memilih untuk memperbaharui.[76] Dengan berita kontrak mereka tamat, kumpulan ini mengesahkan pembubaran mereka melalui surat tulisan tangan kepada peminat mereka, mengumumkan keputusan mereka untuk meneruskan projek individu.[77] Album kompilasi Needle & Bubble telah dikeluarkan pada 15 Mac untuk menandakan ulang tahun ke-10 tahun kumpulan ini dan mereka secara rasmi dibubarkan pada hari yang sama.[78][79]

Bekas ahli

[sunting | sunting sumber]
Nama pentas Pengenalan ringkas

Aron
(아론)

  • Nama penuh : Kwak Aaron (곽애론)
  • Tarikh lahir : (1993-05-21) 21 Mei 1993 (umur 31)
  • Peranan : Ketua rapper, ketua penari, vokalis
JR
(제이알)
  • Nama penuh : Kim Jong-hyun (김종현)
  • Tarikh lahir : (1995-06-08) 8 Jun 1995 (umur 29)
  • Peranan : Ketua kumpulan, rapper utama, penari utama
Baekho
(백호)
  • Nama penuh : Kang Dong-ho (강동호)
  • Tarikh lahir : (1995-07-21) 21 Julai 1995 (umur 29)
  • Peranan : Vokalis utama
Minhyun
(민현)
  • Nama penuh : Hwang Min-hyun (황민현)
  • Tarikh lahir : (1995-08-09) 9 Ogos 1995 (umur 29)
  • Peranan : Ketua vokalis, visual
Ren
(렌)
  • Nama penuh : Choi Min-ki (최민기)
  • Tarikh lahir : (1995-11-03) 3 November 1995 (umur 28)
  • Peranan : Vokalis, ahli termuda (maknae)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Re:Birth (2014)
  • Romanticize (2021)

Album jepun

[sunting | sunting sumber]
  • Bridge the World (2015)
  • Drive (2020)

Album mini

[sunting | sunting sumber]
  • Action (2012)
  • Hello (2013)
  • Sleep Talking (2013)
  • Q Is (2016)
  • Canvas (2016)
  • Happily Ever After (2019)
  • The Table (2019)
  • The Nocturne (2020)

NU'EST W (Unit khas)

[sunting | sunting sumber]
  • W, Here (2017)
  • Who, You (2018)
  • Wake, N (2018)

Filmografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran Nota Ref.
2012 Making of A Star: Landing Operation MBC Every 1 8 episod
2013 NU'EST MTV Diary SBS MTV 5 episod
NU'EST in Love Mnet 5 episod
2014 NU'EST's Latin Dream Show MBC Every 1
2016 NU'EST Private life MBC 4 episod
2019 NU'EST Road Mnet 4 episod [80]
  • Their Distance (2015)[81]

Konsert dan jelajah

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Ref
2013 NU'EST Show Time in Seoul
NU'EST Debut 1st Anniversary Live ~ Show Time [82][83]
NU'EST L.O.Λ.E.'s Party
2014 NU'EST Debut 2nd Anniversary Live ~ Show Time 2 [84]
NU'EST Autumn Live
2015 NU'EST First Solo Show In Dallas [85]
2016 NU'EST Live ~ Show Time 4 [86]
2017 NU'EST W Special Mini Concert [87][88]
2018 NU'EST W - Double You Encore [89]
2019 NU'EST Love Page [90]
2021 NU'EST Concert <The Black>
Tahun Tajuk Ref
2014 NU'EST Japan Tour One L.O.Λ.E. [91][92]
NU'EST Latin America Tour [93]
Re:Sponse Europe Tour [94]
2015 NU'EST Japan Tour ~ Show Time 3 [95]
NU'EST World Tour Concert RE:VIVE [96]
NU'EST Japan Tour ~ Bridge the World [97]
2016 NU'EST Japan Tour 'One for L.O.Λ.E' [98][99]
2018 NU'EST W <Double You> [100]
2019 NU'EST Tour <Segno> [101][102]
  1. ^ "뉴이스트 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ "애프터스쿨 보이즈, 5인조 연말데뷔..팀명 미정" (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada June 12, 2017.
  3. ^ "애프터스쿨 보이즈, 5인조 연말데뷔..팀명 미정" (dalam bahasa Korea). starnews. June 29, 2011. Dicapai pada June 12, 2017.
  4. ^ "애프터스쿨 보이즈, 5인조 연말데뷔..팀명 미정" (dalam bahasa Korea). starnews. June 29, 2011. Dicapai pada June 12, 2017.
  5. ^ "뉴 이스트-민현-렌,'패션쇼 모델 됐어요'" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada June 4, 2017.
  6. ^ "뉴이스트(NU'EST), 타이틀곡 'FACE' 티저 공개와 동시에 관심 폭발" (dalam bahasa Korea). Sports Chosun.
  7. ^ "뉴이스트, 리얼리티 통해 매력 발산…'女心' 사수 작전" (dalam bahasa Korea). Sports Donga.
  8. ^ "뉴이스트 "또래 현실 노래, 우린 10대 대변인"" (dalam bahasa Korea). KBS News.
  9. ^ "NU'EST Becomes Honorary Ambassadors for the Korea Scout Association". enewsWorld. July 19, 2012.
  10. ^ "NU'EST Heads to Thailand, Australia and Singapore for First Overseas Activities". enewsWorld. August 6, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-27. Dicapai pada 2021-04-22.
  11. ^ "뉴이스트, 패스트푸드 광고 모델 발탁.."새로운 경험"" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada June 12, 2017.
  12. ^ "뉴이스트 백호-렌, '전우치' 감초역활 톡톡" (dalam bahasa Korea). Asia Kyungje.
  13. ^ "뉴이스트, 신곡 '여보세요' 재킷 공개… '소년에서 남자로'" (dalam bahasa Korea). Asia Kyungje.
  14. ^ "NU'EST to Hold Its First Exclusive Concert in February". enewsWorld. January 24, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-27. Dicapai pada 2021-04-22.
  15. ^ a b "NU′EST Celebrates First Anniversary with a Concert in Japan". enewsWorld. March 16, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-27. Dicapai pada 2021-04-22.
  16. ^ "헬로비너스, SBS MTV '다이어리' 걸그룹 최초 출연" (dalam bahasa Korea). E Today.
  17. ^ "뉴이스트 아론, 데뷔 후 첫 라디오 DJ 도전장" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada June 12, 2017.
  18. ^ "뉴이스트, 잠자는 숲속의 미녀? 잠꼬대하는 가요계의 악동!" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  19. ^ "'음악중심' 400회, 걸스데이 뛰어 넘을 보이스데이 결성" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  20. ^ "뉴이스트, 정규 1집 음원 하이라이트 공개..새로운 성장 들린다" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  21. ^ "뉴이스트, 일본 첫 투어 성공적 마무리…11월 일본 데뷔싱글 발매" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  22. ^ "뉴이스트(NU'EST), 감성 자극 티저 공개 'I'm Bad'" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  23. ^ "NU'EST Announce First U.S. Concert". Billboard. April 23, 2015.
  24. ^ "NU'EST Talks To KPopStarz Japan: Part 1 [EXCLUSIVE INTERVIEW]" (dalam bahasa Korea). Kpop Starz.
  25. ^ "NU'EST's Aron to host his own SBS Pop Asia radio show". SBS.
  26. ^ "【撮り下ろし&独占インタビュー】NU'EST① 1stアルバム『Bridge the World』をリリース!「僕たちの音楽で世界に橋をかけよう!」" (dalam bahasa Jepun). kpopstarz. Dicapai pada June 12, 2017.
  27. ^ "「NU'EST」レン、日本映画デビュー作「知らない、ふたり」に自信". Eiga (dalam bahasa Jepun). October 23, 2015. Dicapai pada October 1, 2018.
  28. ^ "뉴이스트 '여왕의 기사', 본격 '카툰돌'의 서막" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  29. ^ "뉴이스트 "작사, 작곡 참여..우리의 색깔이 묻어난다"" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  30. ^ "뉴이스트 JR&민현, 유닛곡 프리뷰 이미지 공개" (dalam bahasa Korea). Ten Asia.
  31. ^ Benjamin, Jeff (October 17, 2017). "10 Reasons NU'EST Was Always Worth Your Attention". Billboard. Dicapai pada January 10, 2020.
  32. ^ Lee, Gyu-lee (April 29, 2019). "NU'EST's old song surges in YouTube viewership". The Korea Times. Dicapai pada January 10, 2020.
  33. ^ "뉴이스트 측 "'프로듀스 101' 출연 확정"" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Dicapai pada June 24, 2017.
  34. ^ "NU'EST get massive popularity spike and re-enter Korean music charts". SBS PopAsia. Dicapai pada July 30, 2017.
  35. ^ "'차트 역주행' 뉴이스트, 프로듀스 101 시즌2 통한 제 2의 전성기" (dalam bahasa Korea). sporbiz. Dicapai pada June 12, 2017.
  36. ^ "'차트 역주행' 뉴이스트, 꽃길 예약". TenAsia (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 5, 2017.
  37. ^ "YMC '프듀101' 시즌2 멤버들 계약 확정.."시즌1과 비슷"(공식)" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 16, 2017.
  38. ^ "[SS이슈]'프로듀스 101' 아이돌 시장 지각변동 이끌까" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 17, 2017.
  39. ^ Seon, Mi-kyeong (June 19, 2017). 뉴이스트 측 "4인 휴식→컴백 준비, 황민현 활동 지원" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada July 5, 2017.
  40. ^ "뉴이스트(NU'EST), '여보세요'로 '인기가요' 11위 등극…'명실상부한 역주행 곡'". topstarnews (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 6, 2017.
  41. ^ "뉴이스트 김종현-최민기, 화장품 모델 발탁 "깨끗한 이미지"". 뉴스엔. Dicapai pada November 16, 2017.
  42. ^ "박준형·소유·소진·정기고·최민기, JTBC2 '사서고생' 출연". OSEN. Dicapai pada November 16, 2017.
  43. ^ "오캬 레이나, 31일 솔로 컴백…뉴이스트 아론 피쳐링". 일간스포츠. Dicapai pada November 16, 2017.
  44. ^ a b c "워너원 측 "12월31일 계약종료, 1월 콘서트로 마무리"(공식입장 전문)" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 18, 2018.
  45. ^ "뉴이스트 5人, 플레디스와 재계약 체결 "더 성장한 모습 보여줄 것" [전문]". xportsnews.com. February 1, 2019. Dicapai pada February 11, 2020.
  46. ^ Lee, So-jeong (February 1, 2019). "NU'EST renews contract with Pledis". The Korea Herald. Dicapai pada January 10, 2020.
  47. ^ "'7주년' 뉴이스트, 3년만 완전체 컴백..화려한 귀환(공식)". 스타뉴스 (dalam bahasa Korea). March 10, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  48. ^ "[퇴근길 신곡] 넌 나의 유니버스..뉴이스트 컴백한 민현, 감성보컬의 취향저격". No1.축구전문 콘텐츠 기업 스포탈코리아. April 3, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  49. ^ "[HI★스포] "나만의 언어로" 황민현, 행복을 바라는 별의 노래". 한국일보 (dalam bahasa Korea). April 3, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  50. ^ OSEN (April 15, 2019). "뉴이스트, 꿈 이룬 단독 콘서트 'Segno' 성료…3만6천여 명 팬과 열광". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  51. ^ "[N리뷰] 데뷔 7년만 '체조' 입성한 뉴이스트, 포기하지 않아 빛난 '꿈'". 뉴스1 (dalam bahasa Korea). April 15, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  52. ^ "뉴이스트 'Happily Ever After' 전격 컴백…3년만의 완전체 "비주얼 폭발"". www.dt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  53. ^ "뉴이스트 미니 6집 앨범 3년 만에 완전체로 컴백". news.kmib.co.kr (dalam bahasa Korea). April 29, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  54. ^ OSEN (May 9, 2019). "뉴이스트, 가온차트 3관왕 차지..앨범+다운로드+BGM 차트 1위[공식]". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  55. ^ 입력: 2019.05.05 13:16 (May 5, 2019). "뉴이스트 '데뷔 B곡' 5일 음원 기습공개 '팬 깜짝 선물'". sports.khan.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  56. ^ "뉴이스트 측 "오는 10월 21일 컴백 확정" (공식입장) - 베프리포트". www.beffreport.com (dalam bahasa Korea). September 17, 2019. Dicapai pada September 18, 2019.
  57. ^ POP, 헤럴드 (November 4, 2019). "뉴이스트, 미니7집 'The Table' 활동 성료‥음방 5관왕 대미 장식". pop.heraldcorp.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  58. ^ "[알쓸신곡] 뉴이스트만의 야상곡…9년차의 과감한 변신". m.isplus.joins.com. 2020-05-11. Dicapai pada 2020-05-11.
  59. ^ "'대세' 뉴이스트, 'The Nocturne' 가온차트 4관왕 쾌거…파죽지세 행보". xportsnews.com (dalam bahasa Korea). 2020-05-21. Dicapai pada 2020-05-21.
  60. ^ "뉴이스트, 20주차 가온차트서 3관왕…아이유 2관왕 영예". Sports Donga.
  61. ^ "NU'EST、新録オリジナル曲を含む5年ぶりの日本アルバムリリース決定". ドワンゴジェイピーnews. Dicapai pada 2020-08-04.
  62. ^ Daly, Rhian (April 26, 2021). "NU'EST: "We hope when others think of us they'll think of artists who never settle for the status quo"". NME. Dicapai pada March 7, 2022.
  63. ^ Kim, Hyun-seo (June 29, 2021). "궁금 인터뷰]서하준 "가장 힘든 것, 스스로 희망고문하고 기대하기"". Top Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  64. ^ a b Park, So-young (May 5, 2021). "뉴이스트, 정규 2집 활동 끝..음원∙음반 1위→음방 그랜드슬램 (공식)". OSEN (dalam bahasa Korean). Dicapai pada March 7, 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  65. ^ Lee, Ho-yeon (April 9, 2021). "'뉴이스트 JR→루나 이신' 김종현, '너의 밤이 되어줄게'로 드라마 데뷔". Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  66. ^ Jang, Jin-ri (April 20, 2021). "[단독]뉴이스트 황민현, 홍자매 손 잡았다…'환혼' 주연 캐스팅". SPOTV News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  67. ^ Kim, Jeong-jin (November 15, 2021). "워너원, 3년 만에 다시 뭉친다…MAMA 특별무대 장식". Yonhap News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  68. ^ Lee, Seung-hoon (November 18, 2021). "뉴이스트 아론, 'Circle Room'으로 증명한 진행 실력..백호X렌 지원 사격". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  69. ^ Cheon, Yoon-hye (March 3, 2021). "뉴이스트 백호, 뮤지컬 '태양의 노래' 전격 합류..뮤지컬 첫 도전[공식]". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  70. ^ Lee, Jae-eun (November 19, 2021). "[공식] 백호, 윤산하, 태양, Y(와이), 홍주찬 '알타보이즈' 캐스팅". Kyunghyang Shinmun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  71. ^ Kim, Min-ji (November 1, 2021). "뉴이스트 렌, 뮤지컬 '헤드윅' 서울 공연 성료…차세대 뮤지컬 스타 탄생". News1 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  72. ^ Sun, Mi-kyung (November 11, 2021). "뉴이스트, 오는 26일~28일 오프라인 단독콘서트 'THE BLACK' 개최[공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 28, 2022.
  73. ^ Kim, Soo-jin (December 3, 2021). "'2021 AAA' 뉴이스트, 단체→개인 수상까지 "러브 덕에 가능"". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  74. ^ Hong, Se-young (December 18, 2021). "뉴이스트, 섹시 카리스마 (가요대축제)". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2022.
  75. ^ Kim, Ye-na (February 28, 2022). "뉴이스트, 10년 활동 마무리…JR·아론·렌, 소속사 떠난다". Yonhap (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 28, 2022.
  76. ^ Park, Se-yeon (February 28, 2022). "뉴이스트, 10년 전속계약 종료…3월 마지막 앨범 발표[전문]". Maeil Economic Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 28, 2022.
  77. ^ Jeong, Hee-yeon (February 28, 2022). "뉴이스트 해체→5人 손편지 공개 "각자의 길, 그룹 떠난다" [공식]" [NU'EST disbanded → 5 people's handwritten letter released "Each road, leaving the group" [Official]] (dalam bahasa Korea). Donga. Dicapai pada February 28, 2022 – melalui Naver.
  78. ^ Hong, Hye-min (February 28, 2022). "서하준, "어머니가 작명소에서 지어주신 예명…본명 따로 있어". Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 28, 2022.
  79. ^ Ji, Min-kyung (March 1, 2022). "뉴이스트, 15일 베스트 앨범 발매..10년 활동 총망라 [공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 1, 2022.
  80. ^ OSEN (April 20, 2019). "뉴이스트, 완전체 리얼리티 '뉴이스트 로드' 선보인다..5월 8일 첫방". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.
  81. ^ "Shiranai, Futari (2015)". IMDb. Dicapai pada March 29, 2018.
  82. ^ "デビュー1周年記念「NU'EST Debut 1st Anniversary Live ~Show Time~」". THE FACT JAPAN. Dicapai pada February 13, 2020.
  83. ^ "Setahun Debut, NU'EST Gelar Konser Dengan 4.000 Fans". kapanlagi.com. Dicapai pada February 13, 2020.
  84. ^ 株式会社ローソンエンタテインメント. "「NU'EST 2nd Anniversary Live SHOWTIME2」がリリース決定!". www.hmv.co.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada February 13, 2020.
  85. ^ "NU'EST Announce First U.S. Concert". Billboard. Dicapai pada February 13, 2020.
  86. ^ "2016 NU'EST LIVE「SHOWTIME4」 @ 恵比寿ガーデンホール(2016年5月3日) - TOWER RECORDS ONLINE". tower.jp. Dicapai pada February 13, 2020.
  87. ^ "뉴이스트W, 대만 팬미팅 2분 만에 3천 석 매진" (dalam bahasa Korea). Dispatch. September 15, 2017. Dicapai pada July 26, 2019.
  88. ^ "대세돌 '뉴이스트w' 한국을 넘어 세계로!" (dalam bahasa Korea). KookminNews. November 15, 2017. Dicapai pada July 26, 2019.
  89. ^ ""꿈이 현실로" ..뉴이스트W, 단독 콘서트로 화려한 피날레 - 미주 한국일보". hawaii.koreatimes.com. Dicapai pada 2020-08-04.
  90. ^ "뉴이스트 단독 팬미팅, 전 회차 전석 매진…압도적 티켓 파워". 매일경제 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-08-04.
  91. ^ 韓流ぴあ (July 14, 2014). "【NU'EST】1stアルバム『Re:BIRTH』の中でどの曲が一番好き?(投票ページ)". 韓流ぴあ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada February 13, 2020.
  92. ^ "NU'EST ベクホ、哀愁漂う男の表情…公式ティザーイメージ公開!". THE FACT JAPAN. Dicapai pada February 13, 2020.
  93. ^ "Fans In Mexico, Chile, Peru And Brazil Are First To Experience Nu'Est's 'Re:Birth' Performance". KpopStarz. October 2, 2014. Dicapai pada February 13, 2020.
  94. ^ "A Milano il 30 novembre arrivano i Nu'est". MilanoToday (dalam bahasa Itali). Dicapai pada February 13, 2020.
  95. ^ "NU'EST JAPAN TOUR 2015-SHOWTIME3- @ 恵比寿ザ・ガーデンホール ライブ・レポート(2015年4月4日) - TOWER RECORDS ONLINE". tower.jp. Dicapai pada February 13, 2020.
  96. ^ k-magazinemx (August 5, 2015). "NU'EST en México: Comienza la cuenta regresiva". K-magazine (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada February 13, 2020.
  97. ^ "今回のツアーは、自分たちのなかでも1つのターニング・ポイント". tower.jp. Dicapai pada February 13, 2020.
  98. ^ "『2016 NU'EST JAPAN TOUR ~ONE FOR L.O.Λ.E~』 公式YouTubeチャンネルにてR.L.T.Lスペシャル映像大公開!". www.sonymusic.co.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada February 13, 2020.
  99. ^ "画像・写真 | NU'EST、日本ツアー"ONE FOR L.O.Λ.E"東京公演ステージ 18枚目". ORICON NEWS. Dicapai pada February 13, 2020.
  100. ^ ""황민현 빈자리는 러브가"…뉴이스트W, 감동의 첫 콘서트" (dalam bahasa Korea). JTBC. March 16, 2018. Dicapai pada July 26, 2019.
  101. ^ "뉴이스트, 해외 투어 'Segno' 태국 방콕 공연 성료..현지 반응 '폭발적'". 서울경제 (dalam bahasa Korea). July 22, 2019. Dicapai pada February 10, 2020.
  102. ^ POP, 헤럴드 (September 16, 2019). "뉴이스트, 해외 투어 'Segno' 성료‥4만5천여 글로벌팬 열광시켰다". pop.heraldcorp.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 10, 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]