Pergi ke kandungan

Mary Anning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mary Anning
Portrait of a woman in bonnet and long dress holding rock hammer, pointing at fossil next to a spaniel dog lying on ground.
Potret Anning dan anjing beliau Tray sebelum 1842
Kelahiran(1799-05-21)21 Mei 1799
Meninggal dunia9 Mac 1847(1847-03-09) (umur 47)
Lyme Regis, Dorset, England
DikebumikanSt Michael's Church, Lyme Regis
50°43′32″N 2°55′54″W / 50.725471°N 2.931701°W / 50.725471; -2.931701
PekerjaanPengumpul fosil · Ahli palaeontologi
Terkenal keranaMengumpul dan menyelidik fosil
Ibu bapaRichard Anning (c. 1766–1810)
Mary Moore (c. 1764–1842)[1]
SaudaraJoseph Anning Jeffrey (abang; 1796–1849)[1]

Mary Anning (21 Mei 1799 - 9 Mac 1847) adalah seorang pengumpul dan pengedar fosil dan ahli paleontologi Inggeris. Beliau menjadi terkenal di seluruh dunia kerana penemuan yang dibuatnya terhadap peninggalan makhluk-makhluk zaman Jurasik sepanjang tebing Lyme Regis menghadap Selat Inggeris di daerah Dorset, barat daya England.

Meskipun pengetahuan Anning kurang diendahkan kerana jantina diri dan aliran Protestannya (yang dianggap menyimpang jauh dari aliran Anglikan banyak dianuti masyarakat cendekiawan England masa itu), penemuan Anning dengan kerjasama sahabatnya Henry De la Beche menyumbang utama kepada perubahan pemikiran saintifik mengenai kehidupan prasejarah dan sejarah Bumi.

Awal hayat

[sunting | sunting sumber]

Mary Anning[2] lahir pada 21 Mei 1799 di Lyme Regis di Dorset, England. [3] kepada Mary "Molly" Moore ( c. 1764-1842) [4] dan Richard Anning ( c. 1766-1810), seorang pembuat kabinet dan tukang kayu. Beliau anak kelima dalam sepuluh adik-beradik, hanya beliau dan seorang abang sahaja yang hidup panjang[5] manakala selebihnya meninggal baik kerana penyakit (sepertimana yang lazim keadaan abad ke-19) ataupun kemalangan (seorang kakaknya juga bernama Mary yang mati akibat luka kebakaran[5][6]).

Cliffs in the distance, seashore in the foreground
Pantai Jurasik di Charmouth, Dorset, di mana keluarga Anning membuat beberapa penemuan mereka.

Rumah keluarga Anning terletak di suatu jambatan yang begitu dekat dengan laut sehingga sering diancam ribut yang kadangkala membanjir deras.[5] Pesisiran laut ini juga yang menyumbangkan hasil pendapatan kepada para penduduk Lyme Regis yang menjadi pusat peranginan pantai yang terkenal, terutamanya dengan Perang Revolusi Perancis yang mengancam keselamatan para perantau Inggeris serta bertambah banyaknya pelancong kaya dan kelas menengah yang tiba di sana.[7] Bahkan, para penduduk tempatan, termasuk ayah Mary sendiri, menambah pendapatan mereka melombong dan menjual pelbagai fosil aneka rupa yang dapat dijumpai kepada pelancong termasuk ammonit (yang disebut snakestones, "batu ular"), belemnit (devil's fingers, "jari iblis") dan vertebra (verteberres) yang ada dipercayai bernilai perubatan dan mistik.[8]

Keluarga Anning hidup serba kekurangan kerana kegawatan ekonomi yang melanda berikutan Perang Revolusi disebutkan serta Perang Napoleon yang menjejaskan bekalan makanan serata England. Hal ini turut diburukkan dengan anutan keluarga ini yang tidak mengikuti Gereja England sehingga dilarang memasuki universiti, tentera atau seberapa pekerjaan lain;[9] Oleh itu, pendapatan mereka terjejas apabila Richard menderita batuk kering serta kecederaan dialaminya akibat terjatuh dari tebing suatu ketika; kematiannya ketika berumur 44 tahun pada bulan November 1810 meninggalkan keluarga dengan hutang keliling pinggang tanpa sebarang duit simpanan sehingga memaksa mereka memohon bantuan paroki.[10]

Penemuan-penemuan galian

[sunting | sunting sumber]

Adik-beradik Mary dan Joseph membuat penemuan besar pertama mereka pada tahun 1811 di mana Joseph menggali keluar tengkorak ichthyosaur 4 kaki, dan Anning sendiri menemui kerangka yang lain beberapa bulan kemudian. Seorang bangsawan Sandringham, Henry Hoste Henley yang memiliki suatu rumah agam berdekatan Lyme Regis membeli keseluruhan rangka itu sekitar £ 23, [11] dan Henley kemudiannya menjualnya kepada William Bullock, seorang pengumpul barangan lama terkenal di London. Pameran rangka ini di sana menimbulkan minat ramai orang yang pada ketika itu masih lurus mempercayai kisah penciptaan Alkitab bahawa usia Bumi hanya berusia beberapa ribu tahun[12] lalu menimbulkan persoalan mengenai sejarah hidupan dan isi Bumi itu sendiri. Ia kemudian dilelong dengan harga £ 45 dan lima shilling pada bulan Mei 1819 sebagai "Buaya di Negara Fosil" kepada Charles Konig, dari Muzium British, yang telah mencadangkan nama Ichthyosaurus untuknya.[13]

Drawing of partially complete skeleton of creature with long thin neck, small skull, and paddles
Surat berlakaran haiwan fosil yang kini dikenali sebagai Plesiosaurus dolichodeirus dari Mary Anning sendiri bertarikh 26 Disember 1823

Pada 10 Disember 1823, Mary menjumpai rangka Plesiosaurus lengkap yang pertama, pada tahun 1828 beliau menemukan suatu "naga terbang" dipamerkan di British Museum yang kemudiannya dikenali sebagai pterosaur, diikuti oleh tetulang Squaloraja pada tahun 1829.[14] Kurangnya kelayakannya pendidikannya tidak menghalang ketekadannya mengkaji peninggalan hidupan yang dijumpainya secara mendalam: beliau membaca sebanyak mungkin buku saintifik malah menyalin banyak penulisan sains yang dipinjam.

Senja usia

[sunting | sunting sumber]

Beliau pada hujung usianya menghidap penyakit barah payudara yang memaksa berhenti kerja penggalian beliau sehingga berehat mengambil dos ubat pelega yang banyak lalu disangka mabuk.[15] Khabar mengenai keadaan beliau meraih simpati para ahli geologi yang mengumpulkan wang meringankan beban perbelanjaannya sambil juga mendanai pendirian suatu muzium mempamerkan penemuan-penemuan beliau di Dorset pada tahun 1846.[16]

Beliau meninggal dunia akibat ini payudara pada usia 47 tahun pada 9 Mac 1847.[17] Mayatnya dikebumikan pada 15 hari bulan sama di pekarangan gereja setempatnya St Michael's. [18]

Kajian dilakukan

[sunting | sunting sumber]

Peninggalan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Sharpe & McCartney 1998, halaman 150
  2. ^ Dennis Dean writes that Anning pronounced her name "Annin" (see Dean 1999), and when she wrote it for Carl Gustav Carus, an aide to King Frederick Augustus II of Saxony, she wrote "Annin's" (see Carus 1846).
  3. ^ "Mary Anning". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 7 March 2018.
  4. ^ Matthew, H. C. G.; Harrison, B., penyunting (23 September 2004). "The Oxford Dictionary of National Biography". Oxford Dictionary of National Biography (ed. online). Oxford University Press. m/s. ref:odnb/568. doi:10.1093/ref:odnb/568. Dicapai pada 30 November 2019. (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)
  5. ^ a b c Emling 2009, halaman 11–14
  6. ^ Cadbury 2000, halaman 5–6
  7. ^ Cadbury 2000, halaman 4
  8. ^ Cadbury 2000
  9. ^ Emling 2009, halaman 11–14
  10. ^ Cadbury 2000
  11. ^ Sharpe and McCartney, 1998, p. 15.
  12. ^ "Fossils and Extinction", The Academy of Natural Sciences. Retrieved 23 September 2010. Diarkibkan 5 Mei 2010 di Wayback Machine
  13. ^ Howe, Sharpe & Torrens 1981
  14. ^ Torrens 2008
  15. ^ Brice 2001
  16. ^ Torrens 1995
  17. ^ "Mary Anning". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 7 March 2018.
  18. ^ Torrens 2008

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]