Majlis Bandaraya Shah Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam مجليس بندارايا شاە عالم | |
---|---|
MBSA | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Y.Bhg Dato' Haji Haris Bin Kasim
DPMS, SIS, ASA, PPT | |
Moto | |
Indah Bestari | |
Tempat persidangan | |
No. 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | |
Laman sesawang | |
www | |
Catatan kaki | |
Mula beroperasi sebagai MPSA sejak 1 Januari 1978 - 10 October 2000 | |
sunting |
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Shah Alam, Selangor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.
Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembaga ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.
Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.
Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.[2]
Dasar, Visi, Misi & Wawasan
[sunting | sunting sumber]Dasar
Khidmat Terbaik.
Visi
Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya yang berkualiti, sejahtera, kondusif, dan terunggul.
Misi
Meningkatkan tadbir urus MBSA sebagai organisasi yang efisien, efektif, kompeten, dinamis dan terus cemerlang.
Wawasan
Bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia.
7 Nilai teras
[sunting | sunting sumber]1. Jujur
- Setiap amal pekerjaan harus dilakukan dengan jujur dan integriti tinggi
2. Tanggungjawab
- Kami memastikan sistem penyampaian perkhidmatan disampaikan dengan penuh tanggungjawab dan komited
3. Inovasi
- Kami menghadapi cabaran dengan idea berinovasi dan berkreativiti tinggi
4. Kerja Berpasukan
- Kami saling mempercayai, menghormati, berkongsi ilmu dan bekerjasama
5. Kepantasan
- Kami peka terhadap kesegeraan terhadap tugas yang diberikan
6. Prihatin
- Jalin hubungan penyayang menjadi amalan dikalangan kami dan masyarakat
7. Disiplin
- Mengawal diri dan berdisplin dengan peraturan dan tatakelakuan yang ditetapkan
Objektif
[sunting | sunting sumber]- Perkhidmatan perbandaran yang efisyen.
- Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang bersih, indah, ceria dan selamat.
- Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan mampan bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang pelabur/ peniaga dalam dan luar negeri.
- Memastikan budaya penyelenggaraan yang efektif dan konsisten.
- Mewujudkan bandar raya sejahtera.
- Meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal.
- Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam dan generasi masa hadapan.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan.
- Menjadikan Shah Alam pusat pembangunan dan kecemerlangan ilmu pendidikan.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa bagi OKU dan warga emas.
- Tadbir urus yang cekap, berintegriti & berhemah.
- Memastikan warga kerja yang kompeten, komited dan berintegriti.
- Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan.
- Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan.
- Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan professional.
Wakil Rakyat Bandaraya Shah Alam
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Petaling Jaya
- YB Tuan Lee Chean Chung
- Ahli Parlimen Sungai Buloh
- YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan
- Ahli Parlimen Shah Alam
- YB Tuan Haji Azli Yusof
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Seri Setia
- YB Dr. Fahmi Ngah
- ADN Paya Jaras
- YB Dr. Ab Halim Tamuri
- ADN Kota Damansara
- YB Tuan Izuan Kasim
- ADN Kota Anggerik
- YB Tuan Najwan Halimi
- ADN Batu Tiga
- YB Tuan Danial Al-Rashid
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Wan Dzahanurin Ahmad
- ADN Kota Kemuning
- YB Tuan Preakas Sampunathan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ PENUBUHAN MBSA Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam