Red Velvet
Red Velvet | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2014 | –sekarang
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Ahli |
Red Velvet (Hangul: 레드벨벳) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang dibentuk oleh SM Entertainment pada tahun 2014. Kumpulan ini membuat debut pada 1 Ogos 2014 menerusi single digital "Happiness" bersama empat orang ahli: Irene, Seulgi, Wendy dan Joy. Ahli kelima, Yeri, bergabung dengan kumpulan ini pada bulan Mac 2015, semasa perilisan album mini pertama mereka, Ice Cream Cake.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pra-debut
[sunting | sunting sumber]Seulgi merupakan ahli pertama untuk dipilih sebagai pelatih SM Entertainment melalui sebuah ujian pemilihan pada tahun 2007 manakala Irene dipilih pada tahun 2009. Yeri telah dipilih melalui Ujian Pemilihan Global SM di Amerika Syarikat pada tahun 2011. Pada tahun 2012, Wendy dan Joy telah dipilih melalui Ujian Pemilihan Global SM di Kanada dan Seoul.[2] Irene, Seulgi dan Wendy telah diura-urakan akan membuat debut sebagai sebuah kumpulan pada bulan Julai yang kemudiannya disahkan oleh SM Entertainment. Dengan tambahan Joy, kumpulan ini akan membuat debut sebagai Red Velvet, kumpulan wanita SM Entertainment pertama dalam tempoh lima tahun sejak f(x).[3]
2014–2015
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Ogos 2014, Red Velvet membuat penampilan pentas pertama mereka di dalam program muzik, Music Bank.[4] Lagu single pertama mereka, "Happiness" dikeluarkan secara digital pada 4 Ogos.[5] Video muzik asal "Happiness" mendapat 2 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 24 jam sebelum dipadam kerana kontroversi gambar latar belakang dan digantikan dengan versi baru yang telah disunting. "Happiness" merupakan video muzik K-pop kedua yang paling banyak ditonton pada bulan Ogos. Red Velvet mengeluarkan lagu single kedua mereka, "Be Natural" dan video muzik lagu itu pada 13 Oktober.[6] Kumpulan ini memulakan promosi mereka pada 9 Oktober dan membuat kemunculan pertama dalam M! Countdown.[7]
Pada 11 Mac 2015, bekas ahli S.M. Rookies, Yeri secara rasminya diumumkan menjadi ahli kumpulan.[8] Pada 15 Mac, album mini pertama kumpulan ini, Ice Cream Cake dikeluarkan.[9] Kumpulan ini mempromosi kedua-dua lagu "Automatic" dan "Ice Cream Cake" dimana video muzik dikeluarkan pada 14 dan 15 Mac. Pada 27 Mac, mereka memenangi trofi program muzik pertama mereka di dalam Music Bank dan memenangi kesemua program muzik Korea Selatan pada minggu itu. Album ini kemudiannya menjadi album paling laris oleh kumpulan wanita di Korea Selatan untuk separuh pertama tahun 2015 di Carta Hanteo.[10] Pada bulan Ogos 2015, Red Velvet mengadakan persembahan pertama mereka di Amerika Syarikat semasa KCON yang berlangsung di Los Angeles, California.
Album penuh pertama Red Velvet, The Red dikeluarkan pada 9 September 2015 dengan sepuluh lagu termasuk lagu utama, "Dumb Dumb".[11] Album ini mencapai kejayaan dan menerima ulasan positif daripada pengkritik. The Red menduduki tempat pertama dalam Carta Album Dunia Billboard' dan Carta Album Gaon. Ia juga muncul dalam senarai 10 Album K-Pop Terbaik oleh Billboard pada tahun 2015. "Dumb Dumb" menduduki tempat ketiga dalam carta Lagu Digital Dunia Billboard. Lagu ini menduduki tempat teratas dalam senarai 20 Lagu K-pop Terbaik pada tahun 2015 oleh Dazed.[12] Video muzik "Dumb Dumb" merupakan satu-satunya lagu bukan Bahasa Inggeris yang dimasukkan dalam senarai 10 Video Muzik Terbaik pada tahun 2015 oleh Rolling Stone.[13] Pada 18 Disember, kumpulan ini mengambil bahagian dalam projek istimewa musim sejuk SM Entertainment, Winter Garden bersama-sama f(x) dan BoA. Mereka mengeluarkan lagu bertajuk "Wish Tree".[14]
2016–2017
[sunting | sunting sumber]Album mini kedua Red Velvet, The Velvet dijadual dikeluarkan pada 16 Mac 2016 tetapi sepuluh minit sebelum ia dikeluarkan, SM Entertainment mengumumkan bahawa pengeluaran video muzik dan album telah ditangguhkan.[15] Album ini dan lagu "One of These Nights" dikeluarkan pada 17 Mac.[16]
Red Velvet mengeluarkan album mini ketiga mereka, Russian Roulette pada 7 September. Album ini mengandungi tujuh lagu termasuk lagu utama bertajuk "Russian Roulette".[17] Pada 13 September, Red Velvet memenangi program muzik pertama untuk lagu "Russian Roulette" di dalam The Show.[18] Lagu ini menduduki tempat kedua di dalam Carta Digital Gaon dan Carta Lagu Digital Dunia Billboard yang merupakan kedudukan tertinggi mereka di dalam kedua-dua carta pada ketika itu.
Pada 1 Februari 2017, Red Velvet mengeluarkan album mini keempat mereka, Rookie.[19] Album mini ini mengandungi enam lagu termasuk lagu utama, "Rookie" dan sebuah lagu solo oleh Wendy bertajuk "Last Love". Album ini menduduki tempat teratas Carta Album Gaon Mingguan dan Carta Album Dunia Billboard. Kumpulan ini memenangi program muzik pertama mereka untuk lagu "Rookie" di dalam The Show pada 7 Februari disusuli dengan kemenangan di dalam Show Champion, M Countdown, Music Bank dan Inkigayo. Pada 31 Mac, kumpulan ini mengeluarkan lagu untuk SM Station 2 bertajuk "Would U".[20]
Pada 9 Julai, Red Velvet mengeluarkan album mini The Red Summer bersama lagu utama "Red Flavor".[21] Album mini ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat teratas Carta Album Gaon dan Carta Album Dunia Billboard. Ia merupakan buat kali ketiga mereka menduduki tempat pertama dan berjaya mencatat rekod sebagai album nombor satu terbanyak di dalam carta oleh sesebuah kumpulan wanita k-pop. Lagu "Red Flavor" juga menduduki tempat teratas di dalam Carta Digital Gaon dan Carta Muat Turun Gaon manakala empat lagu lain juga berada di kedudukan 50 Teratas di dalam Carta Digital.[22]
Red Velvet mengeluarkan album penuh kedua mereka, Perfect Velvet pada 17 November bersama lagu utama, "Peek-a-Boo". Album ini menduduki tempat teratas Carta Album Dunia Billboard. Lagu "Peek-a-Boo" menduduki tempat ke–2 dalam Carta Lagu Digital Dunia Billboard. Di Korea Selatan, album ini dan lagu "Peek-a-Boo" menduduki tempat ke–2 dalam Carta Album Gaon dan Carta Digital Gaon.
2018: Debut Jepun, jelajah dan pengiktirafan di seluruh dunia
[sunting | sunting sumber]Kumpulan ini mengeluarkan versi semula album studio kedua mereka The Perfect Red Velvet pada 29 Januari 2018. Album ini mengandungi tiga lagu baru dan kesemua lagu dari album Perfect Velvet dengan lagu "Bad Boy" dipromosi sebagai lagu utama..[23]
Album ini menduduki tempat teratas Carta Album Gaon selepas ianya dikeluarkan manakala lagu "Bad Boy" menduduki tempat kedua dalam Carta Digital Gaon.[24] Album The Perfect Red Velvet juga menduduki tempat ketiga dalam Carta Album Dunia Billboard manakala lagu "Bad Boy" menduduki tempat kedua dalam Carta Lagu Digital Dunia. Kumpulan ini juga memasuki carta 10 Teratas Billboard Social 50 untuk pertama kalinya, mencatat nombor sembilan.[25] Album ini juga menandakan pertama kalinya kumpulan ini muncul di Canadian Hot 100 dan menduduki tangga ke-87, menjadi hanya artis K-pop ketujuh dan K-pop wanita ketiga yang muncul di carta.[26] Red Velvet mempromosikan lagu di pelbagai rancangan muzik Korea Selatan, memperoleh kemenangan program muzik pertama untuk lagu "Bad Boy" pada 8 Februari dalam Show Champion[27] Pada bulan Disember, Billboard memilih "Bad Boy" sebagai lagu K-pop terbaik tahun ini.[28]
Konsert solo Red Velvet "Red Room" diadakan di Tokyo, Jepun pada 28 dan 29 Mac di Musashino Forest Sports Plaza, tempat berkapasiti 10.000 tempat duduk yang dibina untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020.[29] Pada hari kedua, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan memulakan debut mereka secara rasmi di Jepun pada bulan Julai.[30] Pada 20 Mac 2018, Red Velvet telah diumumkan akan membuat persembahan bersama artis Korea Selatan lain yang terpilih untuk konsert antara-Korea di Pyongyang, Korea Utara,[31] Ini menjadikan mereka artis pertama dari SM Entertainment dalam tempoh lima belas tahun sejak Shinhwa untuk membuat persembahan di Korea Utara.[32] Joy tidak dapat tampil bersama kumpulan tersebut kerana konflik penjadualan dengan penggambaran Tempted.[33]
Pada 29 April 2018, Red Velvet mengadakan perjumpaan peminat pertama mereka di Teater Rosemont di Chicago, kepada penonton yang berjumlah 4.000 orang.[34] Acara ini merupakan persembahan solo pertama dari kumpulan K-pop wanita di Amerika Syarikat sejak tahun 2016.[35] Kumpulan ini kemudian mengadakan lawatan ke enam bandar Jepun pada bulan Mei dan Jun, dengan jumlah penonton sebanyak 20,000 orang.[36] Album mini Bahasa Jepun pertama mereka dinamakan sebagai #Cookie Jar (dibaca sebagai Hashtag Cookie Jar) telah dikeluarkan pada 4 Julai oleh label Avex Trax dan mengandungi enam buah lagu baru termasuk versi Bahasa Jepun lagu "Dumb Dumb", "Russian Roulette" dan "Red Flavor". Album ini juga mengandungi lagu "#Cookie Jar", "Aitai-tai" dan "Cause it's you".[37] Album mini memulakan debut di tempat ketiga carta Album Mingguan Oricon dan menjual 26,124 salinan pada minggu pertama perilisan di Jepun.[38]
Pada 19 Julai 2018, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan comeback, dan mereka telah membuat penggambaran video muzik mereka di luar di Gyeonggi-do. Lagu-lagu dari album baru ini dipersembahkan pada konsert kedua Red Velvet "Redmare", yang diadakan di Seoul pada 4-5 Ogos.[39] Pada 6 Ogos, Red Velvet mengeluarkan album mini musim panas kedua mereka Summer Magic, mengandungi lapan buah lagu, termasuk satu lagu bonus dan satu lagu eksklusif iTunes.[40] Single utama "Power Up" memperoleh kumpulan "perfect all-kill" untuk pertama kalinya dalam karier mereka ketika berjaya di semua carta muzik masa nyata, harian dan mingguan Korea Selatan setelah dikeluarkan.[41] Video muzik untuk "Power Up" menjadi satu-satunya video muzik K-pop yang termasuk dalam senarai Billboard 50 video muzik terbaik tahun 2018.[42] Pada bulan September dan Oktober, siri konsert kumpulan Redmare dibawa ke Bangkok, Taipei dan Singapura.[43]
Kumpulan ini mengeluarkan album ketiga mereka pada tahun ini dan juga album mini kelima mereka. Album mini kelima ini bertajuk RBB, dikeluarkan pada 30 November. Ia mengandungi enam buah lagu termasuk single utama bertajuk "RBB (Really Bad Boy)" berserta versi Bahasa Inggeris lagu tersebut.[44][45]
2019-2020: Trilogi The ReVe Festival dan meneruskan jelajah
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Januari 2019, kumpulan ini mengeluarkan single digital Jepun pertama mereka, bertajuk "Sappy".[46] Kumpulan ini mengeluarkan satu lagi single Jepun "Sayonara" pada 20 Februari.[47] Kedua-dua single ini termasuk dalam album mini Bahasa Jepun kedua mereka Sappy, yang dikeluarkan pada 29 Mei; album mini juga menyertakan versi Bahasa Jepun "Peek-a-Boo", "Rookie" dan "Power Up" serta lagu baru yang disebut "Swimming Pool".[48] Pada bulan Februari, kumpulan ink memulakan jelajah Amerika Utara dengan Redmare Tour mereka. Mereka terus mengadakan pertunjukan di Los Angeles, Dallas, Miami, Chicago dan Newark di Amerika Syarikat dan Toronto dan Vancouver di Kanada, menjadi kumpulan wanita K-pop pertama yang mengadakan jelajah ke Amerika Utara dalam tiga tahun.[49][50] Pada 5 April, kumpulan ini ditampilkan dalam versi remix "Close to Me" oleh Ellie Goulding dan Diplo, dengan Yeri dan Wendy menyumbang lirik Korea untuk lagu tersebut.[51] Lagu ini memenangi Pilihan Elektronik/Lagu Tarian di 2019 Teen Choice Awards.[52]
Pada 19 Jun, kumpulan ini mengeluarkan album mini keenam mereka The ReVe Festival: Day 1[53] yang menampilkan "Zimzalabim" sebagai single utama dan merupakan entri pertama trilogi The ReVe Festival. Ia diikuti oleh album minj ketujuh mereka The ReVe Festival: Day 2 dengan single utama "Umpah Umpah" pada 20 Ogos. [54] Pada bulan yang sama, kumpulan ini mmengeluarkan runut bunyi "See the Stars", untuk drama tvN Hotel Del Luna.[55] Pada 26 November, "Umpah Umpah" memenangi Song of the Year di Asia Artist Awards 2019. Perilisan terakhir trilogi, The ReVe Festival: Finale dikeluarkan pada 23 Disember dengan single utama "Psycho".[56][57][58] Untuk mempromosikan trilogi The ReVe Festival, kumpulan ini memulakan jelajah ketiga mereka, La Rouge, yang bermula di Seoul pada 23 dan 24 November.[59] Pada awal tahun 2020, La Rouge meneruskan jelajah arena di Jepun tanpa Wendy, yang terlibat dalam kemalangan di atas pentas semasa latihan pentas solo dia di 2019 SBS Gayo Daejeon pada 25 Disember. Selepas tiga tarikh di Jepun, dua konsert terakhir La Rouge di Yokohama ditangguhkan kerana Pandemik COVID-19.
Pada tahun 2020, kumpulan ini ditampilkan dalam filem muzikal animasi Trolls World Tour, yang mewakili troll K-pop, dengan lagu mereka "Russian Roulette" juga ditampilkan dalam filem ini. Filem ini mempunyai debut digital terbesar sepanjang masa dan memecahkan rekod penstriman.[60] Pada 21 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan single SM Station mereka, mengcover lagu "Milky Way" oleh BoA, sebagai sebahagian daripada projek yang meraikan ulang tahun debut ke-20 BoA.[61] Ini juga menandakan kembalinya Wendy ke kumpulan selapas 8 bulan selepas kemalangan pentasnya.[62] Pada 17 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan runut bunyi untuk drama tvN Start-Up, bertajuk "Future".[63] Red Velvet ialah artis K-pop kelima yang paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2020..[64]
2021–sekarang: Queendom, Bloom dan The ReVe Festival 2022
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Januari 2021, kumpulan ini kembali sebagai lima ahli, selepas setahun berehat akibat kecederaan Wendy, untuk SMTOWN Live "Culture Humanity", sebuah konsert dalam talian yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube SM.[65]
Pada 16 Ogos 2021, mereka mengeluarkan album mini keenam mereka, Queendom termasuk single utama dengan nama yang sama.[66]
Pada 10 Disember 2021, kumpulan ini mengumumkan perilisan album studio Jepun pertama mereka, Bloom yang menampilkan single utama "Wildside".[67] Ia ditetapkan untuk dikeluarkan pada 2 Februari 2022, tetapi telah ditangguhkan pada 14 Januari 2022, atas sebab pengeluaran.[68]
On February 21, 2022, it was announced that the group will hold a special live performance titled "The ReVe Festival: Prologue" on March 19–20.[69]
Pada 21 Mac 2022, mereka akan mengeluarkan album mini The ReVe Festival 2022 - Feel My Rhythm, sekuel trilogi tahun 2019 mereka The ReVe Festival termasuk single utama "Feel My Rhythm".[70]
Usaha subkumpulan dan solo
[sunting | sunting sumber]Pada 21 April, SM Entertainment mengesahkan bahawa Irene dan Seulgi akan membentuk sub unit pertama Red Velvet dan bahawa kedua-duanya sedang membuat persiapan untuk album mini pertama mereka pada sekitar bulan Jun 2020. Perilisan akhirnya ditangguhkan, dan Red Velvet - Irene & Seulgi mengeluarkan album mini pertama mereka Monster pada 6 Julai.[71]
Wendy adalah ahli pertama Red Velvet yang debut sebagai penyanyi solo; album mini pertamanya Like Water dikeluarkan pada 5 April 2021.[72] Album mini ini mengandungi lima buah lagu unik, termasuk duet bertajuk "Best Friend" bersama Seulgi.[73] Single utama "Like Water" bermaksud membandingkan kewujudan dan makna antara satu sama lain dengan "air" dan saling memberitahu bahawa ia mengalir seperti takdir. Ini menyampaikan pesan terima kasih untuk orang-orang berharga yang berdiri dan berharap untuk perjalanan yang baru dibuat.[74] Joy adalah ahli kedua yang debut sebagai penyanyi solo, album mini pertamanya Hello dikeluarkan pada 31 Mei 2021.[75]
Ahli
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Korea
- The Red (2015)
- Perfect Velvet (2017)
Album Jepun
- Bloom (2022)
Konsert
[sunting | sunting sumber]Jelajah
- Red Velvet 1st Concert "Red Room" (2017–2018)
- Red Velvet Hall Tour in Japan "Red Room" (2018)
- Red Velvet 2nd Concert "Redmare" (2018)
- Red Velvet "REDMARE" Japan Arena Tour (2019)
- Red Velvet 2nd Concert "REDMARE" in USA (2019)
- Red Velvet 2nd Concert "REDMARE" in CANADA (2019)
Pertunjukan
- Red Velvet "ReVeluv-Baby Party" Premium Showcase in Japan (2017)
SM Town
[sunting | sunting sumber]- SM Town Live World Tour IV (2014–2015)
- SM Town Live World Tour V (2016)
- SM Town Live World Tour VI (2017–2018)
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Red Velvet(レッド・ベルベット)オフィシャルサイト". Red Velvet official website (dalam bahasa Jepun). avex Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2018. Dicapai pada March 21, 2018.
- ^ Kim Dong-Joo. "SM Entertainment to debut a new girl group, 'Red Velvet'". StarN News. Dicapai pada 10 Mac 2015.
- ^ "SM brings a touch of velvet to K-pop". Korea JoongAng Daily. 29 Julai 2014. Dicapai pada 12 Disember 2014.
- ^ Ock Hyun-ju (30 Julai 2014). "SM's Red Velvet to stage debut Aug. 1". The Korea Herald. Dicapai pada 1 Ogos 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Red Velvet debuts high on music charts". The Korea Herald. 1 Ogos 2014. Dicapai pada 8 Ogos 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Park Gyu-oh (10 Oktober 2014). "Red Velvet releases 'Be Natural' video". K-Pop Herald. Dicapai pada 27 Disember 2014.
- ^ Jeon Su Mi; Yeawon Jung (8 Oktober 2014). "Red Velvet to Launch Promotions for 'Be Natural' on 'MCD'". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 27 Disember 2014.
- ^ Ahn, Woorim (11 Mac 2015). "Red Velvet Makes Its Comeback With A New Member". BNT News. Dicapai pada 11 Mac 2015.
- ^ Cho Jin-shil (11 Mac 2015). "레드벨벳, 5인조로 컴백 '새 멤버 예리 합류'". 10asia (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 11 Mac 2015.
- ^ Gil Hye-seong (21 Jun 2015). "상반기 음반판매, 엑소 1~3위 석권..레드벨벳, 女유일 톱20". Korea Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 5 Ogos 2015.
- ^ Lee So-dam (4 September 2015). "레드벨벳 9월9일 컴백 확정…SM 하반기 첫주자 [스포츠투데이]". Sports Today (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 September 2015.
- ^ Glasby, Taylor (1 Disember 2015). "The top 20 K-Pop tracks of 2015". Dazed Digital. Dicapai pada 2 Disember 2015.
- ^ Ducker, Erick (22 Disember 2015). "10 Best Music Videos of 2015". Dazed Digital. Dicapai pada 23 Disember 2015.
- ^ Jeon Su-mi (7 Disember 2015). "f(x) to Participate in SM′s 'Winter Garden' Project, More Artists to be Revealed". enewsWorld. Dicapai pada 16 Disember 2015.
- ^ Kim, Ji-young (16 Mac 2016). "Red Velvet postpones album release". The Korea Herald. Dicapai pada 18 Mac 2016.
- ^ Seon, Mi-kyung (2 Mac 2016). "SM "레드벨벳, 최근 신곡 MV 촬영..3월 컴백 목표"[공식입장]". Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 10 Mac 2016.
- ^ Ahn, Woorim (1 September 2016). "Red Velvet to Make Comeback on September 7". bnt news. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ "레드벨벳, '더 쇼'서 컴백 첫 1위 "팬들께 감사"" (dalam bahasa Korea). news1.kr. 13 September 2016. Dicapai pada 21 Februari 2017.
- ^ "Red Velvet unveils music video for 'Rookie'". english.yonhapnews.co.kr. 1 Februari 2017. Dicapai pada 21 Februari 2017.
- ^ "레드벨벳, 봄맞이 달콤설렘송… 'SM 스테이션2' 막 올랐다" (dalam bahasa Korea). Ten Asia. 31 Mac 2017. Dicapai pada 17 April 2017.
- ^ Jung, Hee-yeon (30 Jun 2017). "'컴백' 레드벨벳, 타이틀곡 '빨간 맛'…7월 9일 공개". naver (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 30 Jun 2017.
- ^ Park, Geon-wook (20 Julai 2017). "레드벨벳 '빨간 맛', 가온차트 3관왕 '인기 이어간다'". Naver (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 20 Julai 2017.
- ^ Jo Yoon-sun (January 24, 2018). ""이번엔, Bad Boy"…레드벨벳, 정규 2집 리패키지 앨범 발매". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 21, 2021.
- ^ Kim, Seong-won (February 8, 2018). "레드벨벳 정규 2집 리패키지, 가온 차트 2관왕 '대세 파워'". Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada February 8, 2018.
- ^ Benjamin, Jeff (February 8, 2018). "Red Velvet Earn Their Best Song Sales Week in the U.S. Yet With 'Bad Boy'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2019. Dicapai pada February 16, 2018.
- ^ Benjamin, Jeff (February 13, 2018). "Red Velvet Debut on the Canadian Hot 100". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada February 16, 2018.
- ^ Jang, Soo-min (February 7, 2018). "'쇼챔피언' 레드벨벳 'BAD BOY' 챔피언 송 등극 '컴백 후 첫 1위'". News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada February 8, 2018.
- ^ "The 20 Best K-pop Songs of 2018: Critics' Picks". Billboard. December 17, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2019. Dicapai pada December 30, 2018.
- ^ "Red Velvet、キャパ1万人会場で日本初単独コンサート決定". natalie (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada December 18, 2017.
- ^ "[Oh! Japan] Red Velvet, formal debut in July... revealed at First Solo concert". OSEN. March 30, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2019. Dicapai pada March 30, 2018.
- ^ Ko Dong-hwan (April 2, 2018). "A K-pop girl band loved by Kim Jong-un". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada October 15, 2018.
- ^ "레드벨벳, 평양서 '빨간맛' '배드 보이' 부른다" (dalam bahasa Korea). Naver. March 26, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2018. Dicapai pada March 29, 2018.
- ^ Sun Mi-kyung (March 30, 2018). "[공식입장] SM 측 "조이, 레드벨벳 평양 공연 불참..'유혹자' 촬영 소화"". Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada January 28, 2021.
- ^ "시카고 초연에 4천여 팬 열광". Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada May 21, 2018.
- ^ Herman, Tamar. "Red Velvet Announce First-Ever Stateside Fan Meet-Up". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada May 21, 2018.
- ^ "韓国人気ガールズグループ「Red Velvet」 初の日本全国ツアーを開催!日本1stミニアルバム収録のオリジナル曲も披露!". Avex (dalam bahasa Jepun). June 8, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada April 20, 2019.
- ^ "【ジャケット写真公開!】 2018年7月4日リリース JAPAN 1st mini ALBUM「#Cookie Jar」". Red Velvet オフィシャルサイト (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada May 23, 2018.
- ^ "2018年07月02日~2018年07月08日 オリコン週間 アルバムランキング". Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 11, 2018. Dicapai pada Julai 17, 2018.
- ^ "레드벨벳, 8월 초 컴백 확정 신곡 뮤비 촬영(공식)" (dalam bahasa Korea). SportalKorea. July 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2018. Dicapai pada July 23, 2018.
- ^ "Red Velvet's 'Summer Magic' Features Lead Single 'Power Up' & English-Language Version of 'Bad Boy': Exclusive". Billboard. July 29, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 30, 2018. Dicapai pada July 30, 2018.
- ^ Tak, Woo-young (August 7, 2018). "레드벨벳 신곡 파워 업, 전세계 28개 지역 아이튠즈 차트 1위". Seoul Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada December 17, 2018.
- ^ "The 50 Best Music Videos of 2018: Critics' Picks". Billboard. December 26, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada January 25, 2019.
- ^ Hong Dam-young (September 10, 2018). "Red Velvet kicks off 'Red Mare' world tour in Thailand". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada October 15, 2018.
- ^ Kim Mi-ji (October 11, 2018). "[공식입장] 레드벨벳 측 "새 앨범 준비 중…정확한 일정 추후 발표"". X-sports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 21, 2021.
- ^ Hong Se-young (November 9, 2018). "레드벨벳, 30일 5번째 미니앨범 'RBB' 발표…2018 대미 장식 [공식입장]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 21, 2021.
- ^ "Red Velvet Get 'Sappy' In New Japanese Music Video: Watch". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2019. Dicapai pada March 29, 2019.
- ^ "Red Velvet set to release Korean version of Japanese single 'Sayonara'". The Korea Times. March 7, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada April 7, 2019.
- ^ "Red Velvet、待望の日本セカンド・ミニ・アルバム『SAPPY』" [Red Velvet to release long-awaited second mini-album Sappy]. Tower Records Online (dalam bahasa Jepun). March 31, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada April 7, 2019.
- ^ Travis, Emlyn (February 1, 2019). "Red Velvet Embarks on History-Making U.S. Tour". Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 17, 2019.
- ^ Bell, Crystal (February 21, 2019). "Red Velvet Aren't Worried About Breaking Records — They Just Want To Have Fun". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 26, 2019. Dicapai pada March 17, 2019.
- ^ Benjamin, Jeff (April 5, 2019). "Ellie Goulding & Diplo Enlist Red Velvet For New 'Close to Me' Remix: Listen". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada April 7, 2019.
- ^ Todisco, Eric (August 11, 2019). "Teen Choice Awards 2019: See the Complete List of Winners". People. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2019. Dicapai pada August 12, 2019.
- ^ "레드벨벳 컴백, 19일 새 미니앨범 'The ReVe Festival' 발매 [공식입장]". mk.co.kr (dalam bahasa Korea). June 4, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada June 4, 2019.
- ^ Ahn Jin-yong (August 13, 2019). "레드벨벳, 여름 정조준… 신곡 '음파음파'로 서머퀸 도전". Munhwa Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 21, 2021.
- ^ "[단독] 레드벨벳, '호텔 델루나' OST 황금 라인업 합류". CBS Nocutnews (노컷뉴스). August 5, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2019. Dicapai pada April 29, 2021.
- ^ Herman, Tamar (June 19, 2019). "Red Velvet Take a Magical Ride in 'Zimzalabim' Video: Watch". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2020. Dicapai pada June 21, 2019.
- ^ "레드벨벳, '더 리브 페스티벌'로 컴백". cnbnews.com (dalam bahasa Korea). June 11, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
- ^ "레드벨벳, 23일 리패키지 앨범 컴백 확정..히트 3연타 정조준[공식]". Naver (dalam bahasa Korea). December 12, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada December 12, 2019.
- ^ "레드벨벳, 단독 콘서트 'La Rouge' 11월 23~24일 개최". Naver (dalam bahasa Korea). October 22, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada October 26, 2019.
- ^ "'Trolls World Tour' has history-making digital debut, breaks on-demand records". Yahoo. April 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2020. Dicapai pada April 14, 2020.
- ^ Park Se-yeon (August 21, 2020). "레드벨벳 부른 보아 `밀키 웨이` 오늘(21일) 공개…20주년 기념 프로젝트". Maeil Economic Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2021. Dicapai pada April 13, 2021.
- ^ "[종합] 레드벨벳 웬디, 부상 8개월만 보아 20주년 프로젝트 참여…SM "많이 회복, 활동재개"". entertain.naver.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2020. Dicapai pada August 31, 2020.
- ^ "'스타트업' OST 1차 황금 라인업 공개..레드벨벳→다비치까지 응원 강자 뭉쳤다!(공식)". Herald Pop. October 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2021. Dicapai pada April 29, 2021.
- ^ "Top K-pop artists Globally in 2020". Spotify K-pop on Twitter. December 2, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2021. Dicapai pada August 28, 2021.
- ^ Hwang Ji-young (January 1, 2021). "SM타운 라이브, 오늘(1일) 전 세계 무료 중계". Daily Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2021. Dicapai pada March 3, 2021.
- ^ Jeon Hae-un (August 2, 2021). "서머퀸의 귀환! 레드벨벳, 16일 'Queendom'으로 컴백[공식]" [The return of the Summer Queen! Red Velvet, comeback with 'Queendom' on the 16th [Official]]. Naver (dalam bahasa Korea). Sports Seoul. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2021. Dicapai pada August 2, 2021.
- ^ "2022.2.2. Red Velvet Japan 1st Full Album『Bloom』リリース決定!!". Red Velvet Official Japanese Website (dalam bahasa Jepun). December 10, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2021.
- ^ "Red Velvet Japan 1st Full Album『Bloom』発売日延期のご案内". Red Velvet Official Japanese Website (dalam bahasa Jepun). January 14, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2022. Dicapai pada January 14, 2022.
- ^ Im, Min-ji (February 21, 2022). "레드벨벳, 3월 스페셜 라이브 공연 개최..온·오프라인 동시 진행(공식)" [Red Velvet to hold a special live performance in March..Both online and offline (official)] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai pada February 21, 2022 – melalui Naver.
- ^ Park, Seo-yeon (March 2, 2022). "레드벨벳, 21일 새 미니앨범 'Feel My Rhythm' 발매..스프링 퀸 변신 예고" [Red Velvet, new mini album 'Feel My Rhythm' released on the 21st..Spring Queen transformation notice] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai pada March 2, 2022 – melalui Naver.
- ^ Lee, Min-ji (April 21, 2020). "SM 측 "레드벨벳 아이린X슬기 유닛 준비 중"(공식입장)". naver.com (dalam bahasa Korea). Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2020. Dicapai pada April 21, 2020.
- ^ Lee Min-ji (March 24, 2021). "Red Velvet's Wendy to release debut solo material in April". Yonhap News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2021. Dicapai pada April 13, 2021.
- ^ Jang Woo-young (April 5, 2021). "레드벨벳 웬디, 오늘(5일) 솔로 데뷔…'라이크 워터' 공개". Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2021. Dicapai pada April 13, 2021.
- ^ Hwang Ji-young (March 29, 2021). "레드벨벳 웬디, 청초한 매력 담은 솔로 티저". Joongang Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2021. Dicapai pada April 13, 2021.
- ^ Jang Woo-young (May 17, 2021). "레드벨벳 조이, 솔로 출격…31일 리메이크 앨범 '안녕' 발매 [공식]". Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2021. Dicapai pada May 27, 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Red Velvet |
- Laman sesawang rasmi Diarkibkan 2018-03-03 di Wayback Machine