Pergi ke kandungan

Ustaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Ustaz (Jawi: استاذ) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: (1) tuan; atau (2) guru agama (lelaki).[1] Manakala ustazah (Jawi: استاذة) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: guru agama (perempuan).[2] Asatizah (Jawi: أساتيزة) merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah atau ustaz dan ustazah.[3]

Dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya.[perlu rujukan]

Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah.

Rujukan

  1. ^ "ustaz - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 31 December 2012.
  2. ^ "ustazah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 31 December 2012.
  3. ^ "asatizah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Khidmat Nasihat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 31 December 2012.