Pergi ke kandungan

Polietilena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Model pengisi ruang bagi rantai polietilena
Unit berulang-ulang polietilena, menunjukkan stereokimia nya.
Satu cara mudah menunjukkan unit perulangan. Bagaimanapun, ambil perhatian, bahawa C−H sudut ikatan bukan 90° kerana rajak ini akan menunjukkan sudutnya adalah lebih kurang 110°, disebabkan setiap atom karbon tetrahedral (sp3).

Polietilena, (nama IUPAC polietena), merupakan satu komoditi termoplastik yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan dengan banyaknya di dalam produk pembungkusan makanan, di mana lebih 60 juta tan bahan ini telah dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun).

Ciri-ciri

Ciri-ciri polietilena can be divided into mechanical, kimia, electrical, optical, and termal ciri.[1]

Ciri mekanikal

Polietilena mempunyai kekuatan, kekerasan dan ketegaran yang rendah namun ia mengandungi kemuluran dan sifat tahan lasak yang tinggi serta juga daya geseran yang rendah. Ia mepunyai rasa berlilin apabila disentuh.

Ciri termal

Kebergunaan polietilena terhada kepada takat leburnya iaitu 80 °C (HDPE, types of low crystalline softens earlier). Takat lebur polietilena berketumpatan sederhana dan tinggi gred komersial berada di antara 120 hingga 180 °C. Takat lebur untuk polietilena berketumpatan rendah yang komersial pula biasanya dalam julat di antara 105 dan 115 °C Suhu-suhu takat ini bergantung kepada jenis polietilena.

Ciri kimia

Polietilena terdiri daripada hidrokarbon tepu, tidak berkutub serta berjisim molekul tinggi, oleh itu ciri kimianya mirip parafin. The individual Makromolekulnya tidak berhubung secara kovalen. Ia juga cenderung menghablur dengan separanya kerana struktur molekulnya yang bersimetri. Kehabluran yang tinggi meningkatkan ketumpatan serta kestabilan mekanikal dan kimia.

Kebanyakan politetilena pelbagai jenis ketumpatan mempunyai rintangan kimia yang tinggi yakni tidak terjejas oleh asid atau bes yang kuat serta agen pengoksida atau pengurang yang sederhana. Sampel hablur bahan ini tidak larut pada suhu bilik. Polietilena (umumnya dapat dilarutkan dalam hidrokarbon aromatik seperti toluena or xilena yang ditnggikan suhunya, atau pelarut berklorin seperti trikloroetana atau triklorobenzena.[2]

Polietilena menyerap hampir tiada air. Ketelapannya kepada wap gas (jenis yang berkutub sahaja) dan air lebih rendah daripada kebanyakan plastik manakala oksigen, karbon dioksida dan perasa makanan pula boleh meresapinya dengan senang.

PE boleh menjadi rapuh apabila terdedah kepada sinaran matahari, oleh itu karbon hitam digunakan sebagai ramuan penstabil untraungu semasa penghasilannya.

Ia membakar dengan perlahannya dengan nyalaan biru berhujung kuning dengan bau seakan parafin (seperti api lilin). Bahan apinya terus membakar meskipun dialihkan api tersebut serta menghasilkan sisa titisan.[3]

Kepingan polietilena tidak boleh ditekan mahupun ditempel bersama melainkan dirawat terlebih dahulu.

Ciri elektrik

Polietilena adalah penebat elektrik yang baik. Ia memberikan rintangan jejak (tracking resistance) yang bagus, namun ia senang bercas elektrostatik (di mana ia boleh dikurangkan dengan penambahan grafit, karbon hitam atau agen antistatik).

Ciri optik

PE boleh kelihatan lutsinar, lutcahaya atau legap bergantung kepada jangka termal dan ketebalan filem (ketumpatan). Kelutsinaran polietilena boleh dikurangkan melalui penambahan kristalit atau hablur halus yang lebih besar daripada panjang gelombang cahaya nampak.[4]

Rujukan

  1. ^ Kaiser, Wolfgang (2011). Kunststoffchemie für Ingenieure von der Synthese bis zur Anwendung (ed. 3.). München: Hanser. ISBN 978-3-446-43047-1.
  2. ^ Kenneth S. Whiteley, T. Geoffrey Heggs, Hartmut Koch, Ralph L. Mawer, Wolfgang Immel, "Polyolefins" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2005, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a21_487
  3. ^ "How to Identify Plastic Materials Using The Burn Test". Boedeker Plastics. Dicapai pada 8 Mei 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Chung, C. I. (2010) Extrusion of Polymers: Theory and Practice. 2nd ed.. Hanser: Munich.