Madeira
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Madeira (IPA: [mɐdeiɾɐ] atau /mɐˈdɐiʀɐ/) ialah segugusan kepulauan Portugal . Pulau ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik pada koordinat dan . Pulau ini lebih hampir dengan daratan Maghribi berbanding dengan Portugal.
Madeira ialah salah sebuah kawasan autonomi Portugal. Di kalangan kepulauan ini, hanya Pulau Madeira dan Pulau Porto Santo berpenduduk. Meskipun tergolong dalam lingkungan politik dan kebudayaan Eropah, namun secara geografi Madeira boleh dianggap sebahagian daripada Plat Afrika.
Madeira yang asalnya dikenali sebagai Kepulauan Ungu oleh orang Rom Purba ini ditemui semula, mungkin secara tidak sengaja, oleh pelaut-pelaut Portugis dan bernaung di bawah kuasa Portugal seawal tahun 1418 atau selewatnya 1420. Kepulauan ini dianggap sebagai penemuan pertama dalam zaman penerokaan yang dimulakan Henry si Pelayar dari Portugal. Madeira iaah sebuah tempat peranginan yang dikunjungi ramai sepanjang tahun, yang dikenali kerana wain Madeira, bunga-bunga, dan kesenian sulamannya, serta sambutan Tahun Baru yang menampilkan pertunjukan bunga api mengagumkan yang merupakan pertunjukan seumpamanya yang terbesar di dunia menurut Rekod Dunia Guinness.[1]
Peta pulau Madeira dan Porto Santo
Rujukan
- ^ http://www.madeiratourism.com/pls/madeira/wsmwdet0.detalhe_conteudo?p_cot_id=960&p_lingua=en&p_sub=1 Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine Madeira “largest firework display in the world”
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Madeira di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |