Kejuruteraan perisian
Kejuruteraan perisian merupakan bidang mereka, melaksanakan dan mengubah perisian dengan mengaplikasikan konsep pembangunan dan amalan dari sains komputer, pengurusan projek dan kejuruteraan supaya ia lebih berkualiti, disenggara dan mudah dibina.
Istilah "kejuruteraan perisian" mula diperkenalkan pada akhir tahun 1960-an setelah para saintis komputer menyedari betapa perlunya satu disiplin dalam pembangunan sistem perisian.[1] Kebanyakan projek perisian yang dipelopori pada masa itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang perisian tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah pengguna. Permasalahan ini telah dibentang dan dibincangkan dalam seminar mengenai krisis perisian di Rom pada tahun 1969. Lanjutan daripada isu tersebut, banyak cara penyelesaian terhadap pembangunan dan pengurusan perisian telah dicadang dan diuji. Ada yang berpendapat bahawa penyelesaian sepatutnya terletak pada teknik pengurusan. Setengahnya mencadangkan supaya penggunaan bahasa dan alatan perisian yang lebih canggih patut diutamakan. Yang lain pula mencadangkan supaya dikenakan suatu kepiawaian bagi keseluruhan organisasi komputer, contohnya kaedah pengekodan yang seragam.
IEEE mentakrifkan kejuruteraan sebagai pendekatan yang sistematik dalam pembangunan, operasi, penyenggaraan dan penggunaan perisian.
Bidang-bidang dalam kejuruteraan perisian
Bidang dalam kejuruteraan perisian terbahagi kepada disiplin-disiplin berikut:[2]
- Keperluan perisian
- Reka bentuk perisian
- Pembinaan perisian
- Pengujian perisian
- Penyelenggaraan perisian
- Pengurusan konfigurasi perisian
- Pengurusan kejuruteraan perisian
- Proses pembangunan perisian
- Alatan dan kaedah kejuruteraan perisian
- Kualiti perisian
Rujukan
- ^ Ibrahim, S., Wan Kadir, W.M.N., Mohamed, R., Idris, M.Y., Samsuri, P., “Kejuruteraan Perisian”, UTM Publication, 1999
- ^ SWEBOKexecutive editors, Alain Abran, James W. Moore ; editors, Pierre Bourque, Robert Dupuis. (2004). Guide to the Software Engineering Body of Knowledge - 2004 Version. IEEE Computer Society. m/s. 1–1. ISBN 0-7695-2330-7. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)