Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Johor | |
Jenis | Darjah Kebesaran |
Dizahirkan | 31 Julai 1886 |
Negara | Malaysia |
Cogan kata | Muafakat Itu Berkat |
Status | Masih dikurniakan |
Pengasas | Sultan Abu Bakar |
Sultan Johor | Sultan Ibrahim |
Gred | Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama (DK I) Darjah Kerabat Johor Pangkat Kedua (DK II) |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 31 Julai 1886 |
Pelantikan terakhir | 8 Disember 2023 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Tiada |
Lebih rendah | Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia |
Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (The Most Esteemed Royal Family Order of Johor) diadakan dalam dua pangkat, iaitu D.K. I dan D.K. II seru bagi darjah yang dizahirkan pada 31 Julai 1886 ialah “Muafakat Itu Berkat”. Darjah ini tiada membawa gelaran, dan dikurniakan kepada kerabat damping, Raja-Raja Melayu dan pembesar Negara.[1]
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I)
Darjah Kerabat Pangkat Pertama (D.K 1) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.
Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (D.K. II)
Darjah Kerabat Pangkat Kedua (D.K II) mengandungi sebuah bintang besar tujuh pecahan, berukuran diameter 78 mm, di tengahnya sama dengan bintang besar pangkat perama, dan bintang kecil (neck badge) dan kain pita berwarna kuning emas selebar 50 mm.
Penerima terkenal
Rujukan
- ^ "Darjah Kebesaran". Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Dicapai pada 2 Februari 2021.
- ^ "STATE HONOUR FOR LADY IBRAHIM". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 17 September 1947. OCLC 53258619. Dicapai pada 17 Mac 2021.
- ^ "Tengku and brother head list of honours". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times. 28 Oktober 1961. OCLC 53258619. Dicapai pada 17 Mac 2021.
- ^ "Pingat kerabat Johor kepada Sultan Brunei". eresources.nlb.gov.sg. Singapore: Berita Harian. 18 September 1969. Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ "Dr M heads Johore Sultan's awards list" (PDF). New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kepimpinan Perdana. 8 April 1989. Dicapai pada 17 Mac 2021.
- ^ "Abdullah tops Johor Sultan's birthday list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2004. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ "Johor Sultan's Birthday Honours List 2007". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2007. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ a b "Sultan of Johor Birthday's Honours List 2009". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2009. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ "Sultan Perak terima Anugerah Darjah Kerabat Johor". Sinar Harian. 26 Februari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ "Che' Puan Khaleeda dahului 186 penerima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 23 Mac 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
- ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
- ^ "Tunku Mahkota Johor persembah warkah kepada Sultan Brunei". Bernama. 10 September 2020. Dicapai pada 18 Januari 2021.