Biomineralisasi
Biomineralisasi ialah proses yang organisma hidup menghasilkan mineral, seringnya untuk mengeraskan tisu-tisu yang ada. Ia merupakan suatu fenomena yang sangat umum; kesemua lima alam taksonomi mengandungi anggota-anggota yang berupaya membentuk mineral, dengan 60 mineral berbeza yang telah dikenal pasti di dalam organisma.[1][2] Contoh-contohnya termasuk silikat di dalam alga dan diatom, karbonat di dalam invertebrat, serta kalsium fosfat dan karbonat di dalam vertebrat. Mineral-mineral ini seringnya membentuk ciri berstruktur seperti cangkerang dan tulang mamalia dan burung. Organisma-organisma telah menghasilkan rangka bermineral pada sepanjang 550 juta tahun yang lalu. Contoh-contoh lain termasuk lapisan tembaga, besi, dan emas yang melibatkan bakteria. Mineral-mineral jadian biologi seringnya mempunyai kegunaan khusus seperti penderia magnet di dalam bakteria magnetotaktik (Fe3O4), peranti penderiaan graviti (CaCO3, CaSO4, BaSO4), serta storan dan pemobilan besi (Fe2O3•H2O di dalam protein ferritin).
Dari segi pengagihan taksonomi, biomineral yang paling umum ialah garam-garam fosfat dan karbonat kalsium yang digunakan bersama-sama polimer organik seperti kolagen dan kitin untuk memberikan sokong struktur kepada tulang dan cangkerang. Struktur bahan-bahan biokomposit ini dikawal rapat daripada nanometer hingga aras makroskopik, dan menghasilkan seni-seni bina kompleks yang membekalkan sifat berbilang fungsi. Oleh sebab julat kawalan pertumbuhan mineral ini diperlukan untuk kegunaan kejuruteraan bahan, terdapat minat yang ketara dalam pemahanan dan penjelasan mekanisme biomineralisasi terkawal biologi.[3][4]
Kegunaan berpotensi
Kebanyakan pendekatan tradisional yang berkaitan dengan sintesis bahan nanoskala tidak cekap penggunaan tenaganya dan memerlukan keadaan-keadaan yang ketat (misalnya, suhu, tekanan atau pH yang tinggi), selain daripada menghasilkan keluaran sampingan toksik. Tambahan lagi, kuantiti yang dihasilkan adalah sedikit sahaja, dengan penghasilan semula keluaran yang tepat sama tidak dapat diulangi kerana kesukaran mengawal pengaglomeratan.[5] Sebaliknya, bahan yang dihasilkan oleh organisma mempunyai sifat yang biasanya mengatasi bahan-bahan tiruan analogus yang mempunyai komposisi fasa yang serupa. Makromolekul organik mengumpulkan dan menghantar bahan-bahan mentah di dalam persekitaran akueus di bawah keadaan sederhana untuk dijadikan komposit bertertib julat panjang dan julat pendek yang tekal lagi seragam. Tujuan biometri adalah untuk menyerupai cara semula jadi penghasilan mineral, misalnya apatit. Banyak hablur tiruan memerlukan suhu yang tinggi serta pelarut kimia yang kuat, manakala organisma-organisma sudah lama menyediakan struktur mineral yang kompleks pada suhu sekeliling. Seringnya, fasa-fasa mineral tidak tulen tetapi terdiri daripada komposit-komposit yang mempunyai sebahagian organik, seringnya protein, yang menyertai dan mengawal proses biomineralisasi. Komposit-komposit ini seringnya tidak sahaja sekeras dengan mineral tulen tetapi juga lebih kuat.
Astrobiologi
Biomineral dicadangkan dapat menjadi penunjuk terhadap makhluk ruang angkasa and oleh itu, memainkan peranan yang penting dalam pemburuan hidupan yang lalu dan hidupan terkini di Marikh. Tambahan lagi, komponen organik (biotandatangan) yang seringnya berkait dengan biomineral dipercayai memainkan peranan yang utama dalam kedua-dua tindak balas prabiota dan biota.[6]
Evolusi
Dalam kebanyakan keturunan, biomineralisasi berlaku buat pertama kali pada zaman Cambria atau zaman Ordovisium. Organisma-organisma menggunakan apa sahaja bentuk kalsium karbonat yang paling stabil di dalam air pada waktu itu ketika menjadi bermineral lalu mengekalkan bentuk itu pada sepanjang sejarah biologinya.[7]
Pembentukan cangkerang moluska
Cangkerang moluska ialah bahan komposit biogeni yang telah menarik banyak minat dalam bidang sains bahan kerana sifatnya yang luar biasa serta cirinya yang unggul untuk mengkaji biomineralisasi. Beratnya terdiri daripada 95-99% kalsium karbonat, dengan 1-5% yang tinggal merupakan komponen organik. Komposit yang dihasilkan ini mempunyai keliatan patah yang ~3000 kali lebih kuat daripada keliatan patah hablur pada dirinya.[8] Dalam biomineralisasi cangkerang moluska, protein-protein khusus bertanggungjawab mengarahkan penukleusan hablur, fasa, morfologi, serta dinamik pertumbuhan dan akhirnya memberikan cangkerang itu kekuatan mekanik yang luar biasa. Penggunaan prinsip biometri yang didapati daripada pembentukan dan struktur cangkerang moluska boleh membantu mencipta bahan-bahan komposit yang baharu dengan sifat optik, elektronik, atau struktur yang tertingkat.
Lihat juga
Rujukan
Nota kaki
- ^ Astrid Sigel, Helmut Sigel and Roland K.O. Sigel, penyunting (2008). Biomineralization: From Nature to Application. Metal Ions in Life Sciences. 4. Wiley. ISBN 978-0-470-03525-2.
- ^ Weiner, Stephen; Lowenstam, Heinz A. (1989). On biomineralization. Oxford [Oxfordshire]: Oxford University Press. ISBN 0-19-504977-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Boskey AL (1998). "Biomineralization: conflicts, challenges, and opportunities". J. Cell. Biochem. Suppl. 30–31: 83–91. doi:10.1002/(SICI)1097-4644(1998)72:30/31+<83::AID-JCB12>3.0.CO;2-F. PMID 9893259.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Sarikaya M (1999). "Biomimetics: materials fabrication through biology". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 96 (25): 14183–5. doi:10.1073/pnas.96.25.14183. PMC 33939. PMID 10588672. Dicapai pada 2008-11-12. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Thomas, George Brinton; Komarneni, Sridhar; Parker, John (1993). Nanophase and Nanocomposite Materials: Symposium Held December 1-3, 1992, Boston, Massachusetts, U.S.A. (Materials Research Society Symposium Proceedings). Pittsburgh, Pa: Materials Research Society. ISBN 1-55899-181-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Steele, A., Beaty (September 26, 2006), "Final report of the MEPAG Astrobiology Field Laboratory Science Steering Group (AFL-SSG)", dalam Steele, Andrew (penyunting), The Astrobiology Field Laboratory (.doc)
|format=
requires|url=
(bantuan), U.S.A.: the Mars Exploration Program Analysis Group (MEPAG) - NASA, m/s. 72, dicapai pada 2009-07-22 Unknown parameter|coeditors=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ doi: 10.1126/science.1137284
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ Currey JD (1999). "The design of mineralised hard tissues for their mechanical functions". J. Exp. Biol. 202 (Pt 23): 3285–94. PMID 10562511. Dicapai pada 2008-11-12. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)
Rujukan utama
- doi:10.2307/1685216
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
Sumber tambahan
- Addadi, L. and S. Weiner (1992). "Control And Design Principles In Biological Mineralization". Angewandte Chemie International Edition in English. 31 (2): 153–169. doi:10.1002/anie.199201531. Diarkibkan daripada yang asal (abstract) pada 2012-12-17. Dicapai pada 2009-09-05.
- Boskey, A.L. (2003). "Biomineralization: An overview". Connective Tissue Research. 44 (Supplement 1): 5–9. doi:10.1080/713713622. PMID 12952166
- McPhee, Joseph (2006). "The Little Workers of the Mining Industry". Science Creative Quarterly (2). Dicapai pada 2006-11-03.
- Schmittner, Karl-Erich and Giresse, Pierre (1999). "Micro-environmental controls on biomineralization: superficial processes of apatite and calcite precipitation in Quaternary soils, Roussillon, France". Sedimentology. 46 (3): 463–476. doi:10.1046/j.1365-3091.1999.00224.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Weiner, S. and L. Addadi (1997). "Design strategies in mineralized biological materials". Journal of Materials Chemistry. 7 (5): 689–702. doi:10.1039/a604512j. Dicapai pada 2006-11-03.
- Dauphin, Y. (2005). "Biomineralization". Encyclopedia of Inorganic Chemistry (R.B. King ed)., Wiley & Sons. 1: 391–404.
- Cuif, J.P. and Sorauf, J.E. (2001). "Biomineralization and diagenesis in the Scleractinia : part I, biomineralization". Bull. Tohoku Univ. Museum,. 1: 144–151.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Dauphin, Y. (2002). "Structures, organo mineral compositions and diagenetic changes in biominerals". Current Opinion in Colloid & Interface Science. 7: 133–138. doi:10.1016/S1359-0294(02)00013-4.
Pautan luar
- An overview of the bacteria involved in biomineralization from the Science Creative Quarterly
- [1] Diarkibkan 2013-04-23 di Wayback Machine http://biomin.geol.u-psud.fr Diarkibkan 2013-04-23 di Wayback Machine
- [2] http://biocalc.geol.u-psud.fr Diarkibkan 2013-05-08 di Wayback Machine