Pergi ke kandungan

Partai Kebangkitan Bangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 98658 pada 09:46, 14 Mei 2006 oleh PM Poon (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Partai Kebangkitan Bangsa

Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) ialah sebuah parti politik Indonesia yang ditubuhkan oleh Abdurrahman Wahid pada tahun 1999, selepas kejatuhan pemerintahan Suharto. Parti ini yang merupakan parti politik ketiga terbesar di Indonesia menyertai pilihan raya umum buat pertama kali pada tahun 1999, dan meluncurkan Abdurrahman ke jawatan Presiden Indonesia dari Oktober 1999 sehingga Julai 2001. Pada tahun 2004, PKB memperoleh 10.6% (11,989,564) daripada undi-undi dalam pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat.

Asas sokongan parti PKB adalah paling kuat di kawasan luar bandar Jawa, dan diperoleh daripada bahagian pilihan raya yang dahulu menyokong Nahdlatul Ulama, sebuah pertubuhan Islam yang konservatif. Bagaimanapun, PKB amat berbeza daripada Nahdlatul Ulama dari segi wawasan. Walaupun PKB mendukung peranan Islam dalam kerajaan, parti ini tidak menyokong gagasan untuk menubuhkan sebuah republik Islam.[1]

Nota

  1.   Evans, Kevin R (2003). The history of political parties & general elections in Indonesia. Jakarta: Arise Consultancies.

Pautan luar