27 September
Penampilan
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
27 September merupakan hari ke-270 (hari ke-271 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 95 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Meskel di Ethiopia dan Eritrea
- Hari Pelancongan Sedunia.
- Hari Kemerdekaan Mexico dari Sepanyol (1821)
Peristiwa
- 622 - Nabi Muhammad SAW masuk ke Yathrib selepas Solat Jumaat, lalu baginda mendirikan Masjid Nabawi.
- 1605 – Tentera Sweden secara muktamadnya ditewaskan oleh kavalri Komanwel Poland-Lithuania dalam Pertempuran Kircholm.
- 1905 – Jurnal fizik Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E = mc2.
- 1908 – Kereta Ford Model T yang pertama dibina di Piquette Plant di Detroit, A.S.
- 1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Jerman Nazi, Itali Fasis dan Empayar Jepun menandatangani Pakatan Tiga Pihak di Berlin, mewujudkan Kuasa Paksi.
- 1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.
- 1984 – Malaysia-Itali memasuki satu era baru bidang kerjasama dengan temeterainya memorandum persefahaman antara Perbadanan Pelaburan Luar Negeri Malaysia (MOIC) dengan Persatuan bagi Penggalakkan Pekerja-pekerja Itali di negara-negara ketiga (ASSTER). Persefahaman yang dimeteri adalah rentetan dari lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad selama tiga hari ke Itali mulai dari 24 September.
- 1988 – Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan aktivis Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
- 1996 – Taliban menghalau Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dari Kabul, menjalankan hukuman mati kepada bekas presiden Mohammad Najibullah, dan menubuhkan Emiriah Islam Afghanistan.
- 2007 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.
- 2007 – NASA melancarkan kuar Dawn ke lingkaran asteroid.
- 2008 – Zhai Zhigang menjadi angkasawan China pertama menjalankan aktiviti luar kenderaan, semasa misi Shenzhou 7.
- 2010 – Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.
Kelahiran
- 1722 – Samuel Adams, ahli politik dan falsafah Amerika Syarikat
- 1772 – Martha Jefferson Randolph, Wanita Pertama Amerika Syarikat semasa ayahnya Thomas Jefferson menjadi Presiden.
- 1783 – Agustín de Iturbide, maharaja Mexico pertama
- 1918 - Martin Ryle, ahli astronomi radio Inggeris, penerima Hadiah Nobel dalam Fizik
- 1925 - Robert Edwards, ahli fisiologi Inggeris penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Perubatan
- 1927 - Bing Slamet, penggiat seni Indonesia
- 1931 - Jakob Oetama, pengasas akhbar Kompas
- 1932 - Oliver E. Williamson, ahli ekonomi Amerika Syarikat, penerima Hadiah Nobel dalam Sains Ekonomi
- 1932 - Yash Chopra, pengarah dan penggiat filem India
- 1934 – Wilford Brimley, pelakon Amerika Syarikat
- 1946 – Nicos Anastasiades, ahli politik Cyprus.
- 1947 – Dick Advocaat, bekas pemain bola sepak Belanda.
- 1950 - Rachmawati Soekarnoputri, ahli politik Indonesia
- 1950 - Raja Petra Kamaruddin, penulis blog Malaysia
- 1954 - Larry Wall, pencipta Perl
- 1961 - Andy Lau, pelakon dan penyanyi Hong Kong
- 1965 - Usop Wilcha, pelakon Malaysia
- 1966 – Stephanie Wilson, angkasawan Amerika Syarikat.
- 1968 – Mari Kiviniemi, ahli politik dan Perdana Menteri Finland.
- 1970 - Abdel Achrian, pelakon dan pengacara televisyen Indonesia
- 1972 - Gwyneth Paltrow, pelakon dan ahli muzik Amerika Syarikat
- 1973 – Vratislav Lokvenc, pemain bola sepak Czech
- 1976 - Francesco Totti, pemain bola sepak Itali
- 1978 - Bront Palarae, pelakon Malaysia
- 1981 - Ezlynn, penyanyi Malaysia
- 1982 - Lil Wayne, penyanyi hip hop Amerika Syarikat
- 1982 – Markus Rosenberg, pemain bola sepak Sweden.
- 1983 – Jeon Hye-bin, penyanyi dan pelakon Korea Selatan
- 1983 - Nur Fazura, pelakon dan penyanyi Malaysia
- 1984 - Avril Lavigne, penyanyi Kanada
- 1985 – Daniel Pudil, pemain bola sepak Czech
- 1987 – Ádám Bogdán, pemain bola sepak Hungary
- 1989 – Park Tae-hwan, perenang Korea Selatan.
- 1991 - Bella Dally, pelakon Malaysia
- 1992 - Granit Xhaka, pemain bola sepak Switzerland
- 1992 – Luc Castaignos, pemain bola sepak Belanda.
- 1992 – Gabriel Vasconcelos Ferreira, pemain bola sepak Brazil
- 1993 - Danial Zaini, pengacara dan juruhebah radio Malaysia
- 1996 - Lee Hi, penyanyi Korea Selatan
- 1996 - Syainie Aida, pelakon Malaysia.
- 1998 - Fitriani, pemain badminton Indonesia
- 2001 - Arawinda Kirana, pelakon wanita Indonesia.
- 2002 – Jenna Ortega, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
- 1914 - Carol I dari Romania, seorang Raja Romania
- 1962 - Mohamad Sheriff Bin Osman, seorang Menteri Besar Kedah pertama.