Pergi ke kandungan

RTB Sukmaindera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6126847 pada 21:48, 24 Februari 2024 oleh 36.71.142.167 (bincang)
RTB Sukmaindera
NegaraBrunei
Kawasan siaranASEAN dan Brunei juga terdapat di Malaysia Timur (bahagian utara negeri Sarawak dan wilayah pulau Labuan)
Ahli gabunganRTB Perdana
SloganColours of Brunei Darussalam (Warna-warna Brunei Darussalam)
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Brunei
Saluran kembarRTB Perdana
RTB Aneka
Sejarah
Dilancarkan9 Julai 2003; 21 tahun yang lalu (2003-07-09)
MenggantikanRTB Brunei International (9 Julai 2003-9 Julai 2009)
RTB4 International (9 Julai 2009-10 April 2017)
Pautan
Laman webwww.rtb.gov.bn
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 857 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja)
Media penstriman
Brunei RTB GOTonton secara langsung

RTB Sukmaindera (televisyen ini dikenali sebagai RTB Brunei International dan RTB4 International) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Brunei yang dimiliki penyiar Brunei oleh Radio Televisyen Brunei (RTB). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 9 Julai 2003 jam 3:00 petang.

Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC World News.

Mengenai RTB Sukmaindera

Dilancarkan 9 Julai 2003 sebagai RTB Brunei International jam 3:00 petang selama 7 jam dan 40 minit dari pukul 3:00 petang hingga 10:40 malam. Masa siaran RTB Brunei International selama 7 jam dan 40 minit dari pukul 3:00 petang hingga 10:40 malam diikuti oleh terestrial serentak RTB Perkhidmatan Televisyen Brunei mengisi seluruh waktu siarannya.

Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Brunei.

RTB Sukmaindera menyiarkan sebuah buletin berita Inggeris 10:00 malam dengan saluran kembar RTB Perdana secara serentak.

Pada 1 Januari 2008, RTB Brunei International memulakan siaran 24 jam sehari buat kedua kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai RTB4 International.

Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai RTB Sukmaindera sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.

Kepada penonton RTB Sukmaindera di Sarawak dan Labuan, RTB Sukmaindera kini bersiaran melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 857 dalam format HD (definisi tinggi).

RTB GO Live, RTB Aneka, RTB Sukmaindera, Nasional FM, Pelangi FM, Pilihan FM, Harmoni FM dan Nur Islam telah rasmi tersedia melalui laman web RTB GO untuk dilihat didalam dan luar Brunei.

Rancangan

Berita

  • Berita Awal Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 9 (segmen rancangan Rampai Pagi) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 11 Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita 11:30 Pagi (Tengah Hari) (kecuali Isnin hingga Khamis) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Sukan Antarabangsa (Tayangan serentak RTB Aneka).
  • Berita Asean (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Liputan Semasa (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 3 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Arena Sukan (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 4:30 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana)
  • Berita 5:45 (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Perdana (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • News at 10 (Tayangan serentak RTB Perdana).

Sejarah

RTB Sukmaindera bermula sebagai RTB Brunei International secara rasminya dilancarkan pada 9 Julai 2003 jam 3:00 petang.

Lagu kebangsaan

Pada pukul 6:00 pagi dan 11:00 malam setiap hari bersama-sama dengan stesen kembar RTB Perdana lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan dan penutupan.

Rujukan