William Dobbie
Leftenan Jeneral Sir William George Shedden Dobbie (12 Julai 1879 - 3 Oktober 1964), GCMG, KCB, DSO adalah seorang pegawai Tentera British yang pernah menjadi Panglima Markas Pemerintahan Tanah Melayu ataupun Malaya Command (1935 - 1939). Selepas itu, beliau menjadi Gabenor Malta semasa Perang Dunia II. Beliau juga pernah menjadi Komandan Sekolah Kejuruteraan Tentera Diraja (Royal School of Military Engineering).
Hayat Awal
[sunting | sunting sumber]Bapanya, W.H. Dobbie, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Awam di India. William Dobbie dilahirkan dalam tahun 1879 tetapi Dobbie ditinggalkan dengan saudara mara di England supaya disekolahkan di Britain. Dia bersekolah di Charterhouse dan menjadi pengkaji klasik yang baik. Tetapi Dobbie lebih berminat dengan bidang ketenteraan dan memasuki Akademi Tentera Diraja di Woolwich dan selepas itu ke Sekolah Kejuruteraan Tentera (School of Military Engineering) di Chatham.
Kerjaya Tentera
[sunting | sunting sumber]Pada usia 20 tahun, Dobbie ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja. Dobbie menyertai Perang Boer dalam tahun 1901 dan 1902 dan memenangi 5 anugerah Queen's Medal satu pencapaian yang luar biasa. Dobbie kemudian bertugas di Bermuda dan kemudiannya di Ireland.
Dalam tahun 1911, Dobbie menghadiri Maktab Turus di Camberley dan lulus dua tahun kemudian. Semasa Perang Dunia I Dobbie berkhidmat di Perancis dan Belgium, sehingga dinaikkan menjadi brevet Leftenan Kolonel dan menjadi Pegawai Staf 1 kepada Fil Marsyal Sir Douglas Haig. Dobbie terkenal kerana menghantar kawat gencatan senjata pada 11 November 1918 “Peperangan akan tamat pada jam 11:00 hari ini. Anggota tentera akan berhenti di garisan kemaraan yang dicapai pada ketika itu. Anda dilarang berbaik-baik dengan askar musuh”. Semasa 4 tahun di Perancis dan Belgium, Dobbie diberikan banyak pingat : Riben Mons, Croix de Guerre dari Belgium dan Croix de Guerre with Palms dari France. Dobbie dilantik menjadi Officer of the Order of Leopold oleh Belgium dan diberikan Distinguished Service Order (1916) dan menjadi Companion of St. Michael and St. George (1919) oleh pihak British. Beliau menjadi wira kepada orang-orangnya.
Selepas Perang Dunia I, Dobbie menerima kenaikan pangkat dengan cepat - brevet Kolonel dalam tahun 1922, Leftenan Kolonel dalam tahun 1925 dan Kolonel dalam tahun 1926. Dobbie bertugas dengan Tentera Rhine British, kemudian di Markas Gerakan Aldershot (Aldershot Command) dan kemudiannya di Markas Gerakan Barat (Western Command). Dalam tahun 1926 – 1928, Dobbie menjadi Pegawai Staf 1 di Jabatan Perang di London. Dalam tahun 1928, Dobbie dihantar ke Palestin untuk mententeramkan keadaan semasa rusuhan Arab-Yahudi. Sehingga tahun 1932, Dobbie menjadi Pemerintah Briged di Mesir dan dalam tahun 1933 kembali ke Britain untuk menjadi Komandan Sekolah Kejuruteraan Tentera Diraja di Chatham dengan pangkat Mejar Jeneral.
Panglima Markas Pemerintahan Tanah Melayu
[sunting | sunting sumber]Pada 8 November 1935, Dobbie dihantar ke Malaya untuk menjadi Panglima Markas Pemerintahan Tanah Melayu sehingga persaraannya pada 25 Ogos 1939. Semasa menjadi Panglima Markas Pemerintahan Tanah Melayu, Dobbie dicemuh kerana terlalu mementingkan agama dalam perlaksanaan tugasnya dan gaya kepimpinannya. Apabila A. E. Percival membuat kajian mengenai pertahanan Semenanjung Tanah Melayu dalam menghadapi serangan Jepun, antara cadangan yang diajukan adalah pembinaan pertahanan tetap seperti kubu dan tempat perlindungan dari serangan bom. Dobbie dikritik kerana tidak melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan. Dobbie juga tidak melaksanakan satu mekanisme untuk pencatuan makanan semasa perang. Dobbie juga tidak berjaya mewujudkan satu sistem pertahanan awam yang berkesan.
Walaupun menjadi tradisi Tentera British untuk mewujudkan unit-unit tentera terdiri daripada anak-anak watan untuk berkhidmat di dalam Tentera British (locally raised regiments of the British Army), Dobbie dan kepimpinan politik British di Tanah Melayu memang lambat menerima cadangan untuk penubuhan pasukan tentera terdiri daripada orang-orang Melayu. Rejimen Askar Melayu hanya ditubuhkan pada tahun 1933 sebagai kompeni percubaan. Semasa perlantikan Dobbie sebagai Panglima Markas Tanah Melayu, kekuatan Rejimen Askar Melayu terhad kepada satu batalion sahaja. (batalion kedua hanya ditubuhkan dalam bulan Disember 1941 semasa Percival menjadi Panglima Markas Pemerintahan Tanah Melayu.
Keberanian dan kesungguhan Rejimen Askar Melayu berjuang dalam Pertempuran Malaya dan Pertempuran Singapura menimbulkan persoalan “jikalau lebih banyak batalion Rejimen Askar Melayu dapat ditubuhkan dan dilengkapkan secukupnya, Mungkinkah Tentera Jepun dapat menakluki Semenanjung Tanah Melayu ….”
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Dalam tahun 1904, Dobbie berkahwin dengan Sybil Orde-Browne, anak bongsu kepada Kapten Orde-Browne, Rejimen Artileri Diraja. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Kedua-dua anak lelakinya berkhidmat dengan Tentera British.
Mutiara Kata
[sunting | sunting sumber]- "[Dobbie] adalah seorang Gabenor dengan perwatakan cemerlang yang membangkitkan semangat semua lapisan masyarakat, sama ada tentera ataupun awam, … dengan keazamannya … pegawai tentera yang menunjukkan kepimpinan dan pegangan agama …. menyerupai pencapaian Jeneral Gordon di Khartoum dan Kavalri Ironside dan Convenanter
- "[Dobbie] berdoa secara kuat setiap kali selepas makan malam, meminta bantuan Tuhan untuk memusnahkan musuh kami. Ini menerima persetujuan dan penerimaan oleh orang-orang Malta yang mempunyai pandangan sama mengenai Tuhan; saya sendiri lebih memberatkan satu pasukan tentera udara yang efisien di sini”
- Mabel Strickland (pemberita dan ahli politik Malta)
- "Di San Anton, setiap malam pada jam 7.00, seorang orang dipanggil untuk upacara sembahyang dan doa …. Dobbie akan berdiri .. dan sembahyang … dan berdoa kepada tuhan untuk merestui konvoi …. Tetapi dia tidak pernah berdoa untuk dihentikan pengeboman … katanya itu adalah kehendak Tuhan …. Tuhan akan menolong mereka yang menolong diri mereka”
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Royal Engineers Museum Dobbie in Malta (Second World War)