Pergi ke kandungan

Ali Setan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5443501 pada 05:29, 31 Januari 2022 oleh 210.195.251.175 (bincang)
Ali Setan
PengarahJins Shamsuddin
Lakon layarJins Shamsuddin
Dihasilkan olehHarun Hassan
DibintangiAzmil Mustapha
Fauziah Ahmad Daud
Izi Yahya
Liza Abdullah
Ebby Saiful
Shah Rezza
Sheila Majid
Diedarkan olehAmir Communications Sdn Bhd
Tarikh tayangan
16 Februari 1985
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.1 Juta

Filem Ali Setan yang mula ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985 merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin, yang menggabungkan pelakon lelaki yang baru iaitu Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.

Salah satu adegan antara Azmil dan Ogy.

Sinopsis

Templat:Spoiler

Kisah mengenai kenakalan seorang pelajar universiti bernama Ali. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain dan kerap menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.

Pelakon

Fail:AzmilMustapha01.jpg
Azmil Mustapha melakonkan watak Ali dalam filem ini.

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Anugerah dan pencapaian

Kedua-dua pelakon utamanya telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-6, 1986. Selain itu filem ini telah memenangi beberapa kategori lain seperti Penyunting Terbaik (Johari Ibrahim), Penataan Muzik Terbaik (Adnan Abu Hassan) dan Lagu Terbaik iaitu "Debu Di Hati" yang telah dicipta oleh Azmi Ab Rahman. Cerita ini disambung dengan filem Ali Setan 2. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 990,852 (RM 0.99 Juta).[1]. Pada waktu ditayangkan filem ini tidaklah begitu popular berbanding Filem Adik Manja yang menjadi fenomena sewaktu ditayangkan dan mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari Filem Ali Setan iaitu sebanyak RM 3.5 Juta. Tetapi Tv swasta,TV3 sentiasa menayangkan filem Ali Setan setiap tahun menjadikan filem Ali Setan lebih popular di kaca tv.[2].

Lain-lain

Colorfilm Sydney (Australia) ... Pasca Penerbitan

Rujukan

  1. ^ http://www.filemkita.com/filem/a/ali_setan_01.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-23. Dicapai pada 2016-04-17.

Pautan luar