Pergi ke kandungan

A.F.C. Bournemouth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4628630 pada 16:48, 23 Ogos 2019 oleh BouwMaster (bincang | sumb.)
A.F.C. Bournemouth
Nama penuhAFC Bournemouth
GelaranThe Cherries, Boscombe
Diasaskan1890; 134 tahun yang lalu (1890) (sebagai Boscombe St. John's Institute FC tetapi dibubarkan pada tahun 1899 dan dibentuk semula pada tahun 1899 sebagai Boscombe FC)
StadiumDean Court, Boscombe, Bournemouth
(Kapasiti: 11,700)
PemilikMaxim Demin
PengerusiJeff Mostyn
PengurusEddie Howe
LigaLiga Perdana Inggeris
2014–15The Championship, ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

A.F.C. Bournemouth ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Bournemouth, Dorset dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi bola sepak Inggeris. Stadium kelab secara tradisinya dikenali sebagai Dean Court walaupun dibawah susunan penajaan semasa ia secara rasmi dipanggil Stadium Vitality. Ia telah wujud sejak tahun 1899.

Digelar The Cherries, pasukan ini secara tradisinya bermain memakai baju merah dengan lengan putih sehingga tahun 1971, apabila jalur ditukarkan kepada jalur merah dan hitam sama seperti A.C. Milan.[1] Baju kebanyakannya warna merah telah dipilih untuk musim 2004-05 dan 2005-06 sebelum kembali ke jalur lama pada musim 2006–07 atas permintaan penyokong.[2]

Selepas berjaya mengelakkan penyingkiran dari Football League pada musim 2008–09, Bournemouth dinaikkan ke League One pada akhir musim 2009–10. Selepas layak ke perlawanan separuh akhir play-off League One pada musim 2010-11, dan berada di pertengahan liga pada musim 2011–12, Bournemouth memenangi promosi ke Championship pada akhir musim 2012–13, meletakkan mereka di dalam liga peringkat kedua hanya buat kali kedua dalam sejarah mereka. Pada musim 2014–15, mereka memenangi kejuaraan Championship dan meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam sejarah mereka.[3]

Sejarah

Boscombe F.C.

Walaupun tarikh sebenar penubuhan kelab itu tidak diketahui, terdapat bukti bahawa ia telah ditubuhkan pada musim luruh tahun 1899 sisa-sisa dari Boscombe St. John's Lads’ Institute F.C.[4] Kelab ini pada asalnya dikenali sebagai Boscombe F.C.. Presiden pertama adalah Mr J.C. Nutt.[5]

Dalam musim pertama mereka iaitu musim 1899–1900 Boscombe F.C. beraksi dalam Liga Junior Bournemouth dan Daerah. Mereka juga bermain di dalam Piala Junior Hants. Semasa dua musim pertama kelab itu, mereka bermain di atas padang bola sepak di Castlemain Avenue, Pokesdown. Pada musim ketiga pasukan itu, mereka bermain di atas padang di King's Park. Pada musim 1905–06, Boscombe F.C. dinaikkan ke bola sepak amatur senior.[6]

Pada tahun 1910, kelab itu telah diberikan pajakan yang lama atas beberapa tanah terbiar di sebelah Kings Park, sebagai tapak bola sepak kelab oleh Presiden mereka, Mr J.E. Cooper-Dean. Dengan tapak mereka sendiri, dinamakan Dean Court selepas si mati, kelab ini terus berkembang maju dan menguasai bola sepak tempatan. Juga pada tahun 1910, kelab ini menandatangani pemain bola sepak profesional pertama mereka, B. Penton.

Sekitar waktu ini kelab ini mendapat nama gelaran 'The Cherries'. Ada dua cerita mengenai bagaimana kelab itu mendapat nama ini. Pertama, kerana baju berjalur merah ceri yang dipakai kelab itu dan, mungkin lebih munasabah, kerana Dean Court dibina bersebelahan dengan estet Cooper-Dean, yang merangkumi banyak kebun ceri.

Buat pertama kali pada musim 1913–14, kelab itu bertanding dalam Piala FA. Kemajuan kelab terhenti pada tahun 1914 kerana tercetusnya perang dan Boscombe F.C. kembali ke liga Hampshire.

Pada tahun 1920, Divisyen Ketiga ditubuhkan dan Boscombe dinaikkan ke Southern League dengan kejayaan yang sederhana.

Dean Court

Bournemouth dan Boscombe Athletic Football Club

Untuk menjadikan kelab itu lebih mewakili daerah tersebut, nama mereka ditukar kepada Bournemouth dan Boscombe Athletic Football Club pada tahun 1923. Pada tahun yang sama, kelab itu telah dipilih ke Football League. Perlawanan liga pertama adalah di Swindon pada 25 Ogos 1923, Bournemouth kalah 3–1. Perlawanan liga pertama di Dean Court juga menentang Swindon, Bournemouth meraih mata liga pertama mereka dengan seri tanpa jaringan.

Pada mulanya Bournemouth bergelut dalam Football League, tetapi akhirnya meletakkan diri mereka sebagai kelab Divisyen Ketiga. Bournemouth dan Boscombe Athletic Football Club kekal dalam rekod sebagai ahli paling lama secara berterusan dalam Divisyen Ketiga.

Sebagai kelab liga, Bournemouth terpaksa menunggu sehingga selepas Perang Dunia Kedua sebelum memenangi trofi pertama mereka. Ini berjaya dicapai selepas menewaskan Walsall dalam Piala Divisyen Ketiga (Selatan) dalam perlawanan akhir di Stamford Bridge.

A.F.C. Bournemouth

Di bawah pengurus John Bond, kelab itu menerima pakai nama lebih kemas A.F.C. Bournemouth pada tahun 1972. Pada masa yang sama, kelab itu menggunakan logo yang baru sebagai simbol kemajuan kelab. Jalur di latar belakang adalah berdasarkan jersi kelab manakala di latar depan adalah profil pemain menanduk bola sebagai penghormatan kepada Dickie Dowsett, penjaring gol prolifik untuk kelab itu pada era 1950an dan 1960an.[7]

Jersi merah dan hitam diperkenalkan pada 1971, berdasarkan kepada jalur A.C. Milan. Ini merupakan era Ted MacDougall, seorang penjaring gol profilik yang menjaringkan sembilan gol dalam perlawanan Piala FA pada bulan November 1971 dimana mereka menang 11–0 ke atas Margate.

Lewat abad ke-20

Carta kedudukan tahunan Bournemouth dalam liga.

Kelab itu merekodkan kemenangan terkenal ke atas Manchester United dalam Piala FA pada bulan Januari 1984, semasa mereka dibimbing Harry Redknapp.[8][9]

Redknapp membawa Bournemouth ke peringkat kedua liga Inggeris buat pertama kali dalam sejarah mereka sebagai juara Divisyen Ketiga pada tahun 1987. Selepas terselamat dalam musim pertama Divisyen Kedua, Bournemouth membuat cabaran yang serius untuk kenaikan pangkat ke liga utam pada musim 1988–89; mereka gagal selepas aksi teruk pada lewat musim tetapi berjaya menduduki tempat ke-12 dan kekal sebagai tempat tertinggi yang pernah dicatat mereka dalam Football League sehingga musim 2013-14.

Pada 5 Mei 1990, hari terakhir musim 1989–90, Leeds United mempunyai peluang untuk memenangi Divisyen Kedua dan meraih promosi ke Divisyen Pertama dengan mengalahkan Bournemouth di Dean Court. Sesetengah penyokong United telah menimbulkan masalah di bandar itu pada waktu pagi dan suasana tegang selepas Leeds menang perlawanan itu dengan gol tunggal. Digabungkan dengan keputusan perlawanan lain, ini bermakna bahawa Leeds dinaikkan liga manakala Bournemouth diturunkan liga. Keganasan dan kemusnahan oleh pengunjung ke Bournemouth berterusan pada hujung minggu cuti, menyebabkan kerosakan lebih daripada £1 juta dan kecederaan kepada penyokong dan pegawai polis.[10]

Redknapp kekal di kelab itu untuk dua musim lagi, kedua-duanya berakhir dengan kelab itu kurang tiga mata daripada play-off. Walau bagaimanapun, tekanan kewangan menyebabkan beliau meletakkan jawatan pada akhir musim 1991–92 dan dia menyertai bekas kelabnya, West Ham United sebagai jurulatih. Dia digantikan oleh Tony Pulis, yang membina skuad yang lebih murah dan hanya mampu menduduki tempat ke-17 dua kali berturut-turut sebelum Pulis berjalan keluar dari kelab tersebut, menyalahkan tekanan kewangan.

Bournemouth memasuki bulan-bulan pertama musim 1994–95 tanpa pengurus tetap dan permulaan yang mengerikan menyaksikan mereka berada di tempat tercorot untuk kebanyakan separuh pertama musim. Walaupun peningkatan kecil apabila Mel Machin dilantik sebagai pengurus, mereka kelihatan seperti tidak mungkin untuk kekal dalam liga memandangkan terdapat lima tempat penyingkiran dalam Divisyen Dua musim itu kerana pembinaan semula liga. Walau bagaimanapun, mereka berjaya kekal dengan hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Machin kekal sebagai pengurus selama enam tahun, kebanyakkan berakhir di pertengahan liga. Musim 1998–99 membuktikan kemuncak tempoh beliau bersama kelab itu dengan kelab itu membuat cabaran serius untuk play-off tetapi menduduki tempat ke-7. Walau bagaimanapun, kejatuhan ke tempat ke-16 liga pada musim 1999–2000 disusuli dengan permulaan teruk pada musim berikutnya menyaksikan Machin dikeluarkan dari jawatannya dan dan diberi tugas sebagai pengarah bola sepak.

Awal abad ke-21

Sean O'Driscoll dinaikkan pangkat daripada staf kejurulatihan menggantikan Mel Machin pada permulaan musim 2000-01. Dalam musim pertama O'Driscoll sebagai pengurus, Bournemouth terlepas play-off Divisyen Dua tetapi tersingkir setahun kemudian di stadium baru. Lembaga mengekalkan kepercayaan terhadap O'Driscoll dan mereka diberikan ganjaran dengan meraih promosi melalui play off Divisyen Tiga pada musim 2002–03. Di bawah O'Driscoll, Bournemouth terlepas play off untuk musim 2003-04 dan 2004-05 serta mengelakkan penyingkiran pda musim 2005-06.

Pada bulan September 2006, dengan pasukan itu berada di tempat kelapan liga, Sean O'Driscoll meninggalkan pasukan itu untuk menjadi pengurus Doncaster Rovers. Dia digantikan oleh Kevin Bond.

Pada bulan Februari 2008, Bournemouth dipaksa ke dalam pentadbiran, mengalami potongan 10 mata yang meletakkan mereka dalam kemungkinan penyingkiran. Bournemouth mempunyai hutang kira-kira £4 juta dan hampir terkeluar dari perniagaan sepenuhnya.[11] Kelab itu mengakhiri musim dengan tersingkir ke League Two. Menjelang musim 2008–09, masa depan kelab itu dalam Football League telah timbul keraguan apabila liga mengancam untuk menyekat penyertaan Bournemouth dalam League Two, kerana masalah dengan pentadbiran berterusan pasukan dan perubahan dalam pemilikan. Pada awal musim, Bond dipecat dan digantikan oleh bekas pemain, Jimmy Quinn yang juga meninggalkan kelab itu beberapa bulan kemudian.[12] Bekas pemain, Eddie Howe mengambil alih sebagai pengurus dengan kelab itu masih 10 mata hanyut di bawah liga dan pada awalnya sebagai pengurus sementara, dia menjadi pengurus termuda dalam Football League ketika berumur 31 tahun.[13]

Dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri musim 2008–09, the Cherries memastikan status Football League mereka dengan mengalahkan Grimsby Town 2–1.

Musim penuh pertama Howe adalah satu kejayaan dengan Bournemouth menduduki tempat kedua League Two untuk meraih promosi. Howe meninggalkan kelab itu untuk Burnley pada musim berikutnya dan penggantinya, seorang lagi bekas pemain Bournemouth, Lee Bradbury, membawa Bournemouth ke play-off League One. Dua perlawanan separuh akhir menentang Huddersfield Town berakhir 3–3 selepas masa tambahan dan Huddersfield layak ke perlawanan akhir dengan memenangi penentuan penalti 4–2. Bradbury gagal membawa Bournemouth untuk satu lagi cabaran promosi pada musim 2011-12, menduduki tempat kesebelas dan digantikan oleh jurulatih pasukan belia, Paul Groves untuk perlawanan terakhir musim.

Groves kekal sebagai pengurus pada permulaan musim 2012–13, hanya untuk dipecat pada bulan Oktober 2012 selepas permulaan yang hampir meninggalkan kelab itu di bawah liga. Eddie Howe kembali sebagai pengurus dan bukan saja dia membawa keluar kelab itu dari zon penyingkiran malah mereka meraih promosi ke Championship, kembali ke peringkat kedua bola sepak Inggeris buat pertama kali sejak tahun 1990. Kelab itu juga mendedahkan logo baru.[14] Selepas permulaan yang cerah dalam Championship, kelab itu layak ke pusingan keempat Piala FA dimana mereka menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang berakhir dengan kekalahan 2–0. Bournemouth mengakhiri musim di tempat ke-10, kedudukan tertinggi mereka dalam Football League.

Kelab itu berjaya mencatat kemenangan 2–1 ke atas pasukan Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion dalam Piala liga untuk layak ke suku akhir pertandingan itu buat pertama kali. Bournemouth sekali lagi diundi menentang Liverpool dimana mereka tewas 3-1. Kelab itu menghabiskan kebanyakkan musim 2014-15 di tempat teratas liga dan kemenangan 3-0 di tempat lawan ke atas Charlton Athletic pada hari terakhir musim sudah cukup untuk memenangi kejuaraan Championship dan promosi buat pertama kali ke peringkat teratas bola sepak Inggeris.[15]

Pemain

Skuad utama

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Poland Artur Boruc
2 DF England Simon Francis
3 DF England Steve Cook
4 MF England Dan Gosling
5 DF England Tommy Elphick (kapten)
6 MF England Andrew Surman
7 MF England Marc Pugh
8 MF Republik Ireland Harry Arter
9 FW Afrika Selatan Tokelo Rantie
11 DF England Charlie Daniels
13 FW England Callum Wilson
14 DF England Tyrone Mings
15 DF England Adam Smith
16 MF Wales Shaun MacDonald
No. Pos. Negara Pemain
17 FW Norway Joshua King
18 FW Perancis Yann Kermorgant
19 MF England Junior Stanislas
20 FW Ghana Christian Atsu (pinjam dari Chelsea)
22 DF England Elliott Ward
23 GK Australia Adam Federici
25 DF Perancis Sylvain Distin
30 MF Scotland Matt Ritchie
31 GK Ireland Utara Lee Camp
32 MF Republik Ireland Eunan O'Kane
34 FW England Harry Cornick
38 DF England Baily Cargill
41 GK England Ryan Allsop

Keluar secara pinjaman

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
29 FW England Jayden Stockley (pinjaman ke Portsmouth)
MF Scotland Ryan Fraser (pinjaman ke Ipswich Town)

Skuad pembangunan

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
27 MF England Sam Matthews
35 MF Scotland Josh Carmichael
36 MF England Josh Wakefield
39 DF England Jake McCarthy
40 DF Perancis Stéphane Zubar
43 FW England Ben Whitfield
GK Australia Jordan Holmes
No. Pos. Negara Pemain
DF England Callum Buckley
DF Itali Filippo Costa (pinjam dari Chievo Verona)
DF Burundi Jonathan Muleba
MF England Mason Walsh
MF Senegal Ali Coulibaly
FW England Brandon Goodship
FW England Michael Adebambo
FW Republik Ireland Josh O'Hanlon

Staf pengurusan dan kejurulatihan

Pengurus-pengurus lepas

Kejayaan

  • Peringkat ketiga Inggeris (sekarang Football League One)
    • Juara: 1986–87
    • Naib-juara (2): 1947–48, 2012–13
  • Peringkat keempat Inggeris (sekarang Football League Two)
    • Naib-juara (2): 1970–71, 2009–10
    • Pemenang Play-off: 2002–03
    • Promosi: 1981–82

Rujukan

  1. ^ Redknapp, Harry (2014). "Always Managing". p. 109. Random House
  2. ^ "Q&A: All you need to know about AFC Bournemouth - Journalism & News from Bournemouth University". Buzz. Dicapai pada 2015-05-09.
  3. ^ "Bournemouth top Championship, Derby denied playoff spot". http://espnfc.com. ESPN. 2 May 2015. Dicapai pada 3 May 2015. External link in |website= (bantuan)
  4. ^ "AFC Bournemouth History". AFC Bournemouth. Bournemouth: AFC Bournemouth. 12 May 2012. Dicapai pada 25 June 2015.
  5. ^ The official Handbook of Bournemouth and Boscombe Athletic Football Club; Golden Jubilee 1899–1949
  6. ^ "AFCB Club History". 24 May 2012.
  7. ^ "Bournemouth football badges". www.footybadges.co.uk. Dicapai pada 10 September 2010.
  8. ^ Struthers, Greg (8 January 2006). "Caught in Time: Bournemouth beat Manchester United, FA Cup, 1984". The Times. London: The Times. Dicapai pada 17 February 2008.
  9. ^ "8 January 1984: Bournemouth 2 Man Utd 0". The Observer. London: The Observer. 6 January 2002. Dicapai pada 17 February 2008.
  10. ^ "Bournemouth, Poole, Christchurch news, sports and jobs. Dorset and Hampshire what's on and leisure – Cherry-o Leeds!". Archive.bournemouthecho.co.uk. 5 May 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2010. Dicapai pada 17 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Cherries go into administration". BBC News. 8 February 2008. Dicapai pada 17 May 2010.
  12. ^ QUINN AND CHERRIES PART COMPANY Bournemouth Daily Echo, 31 December 2008
  13. ^ "Howe handed permanent role". Sky Sports. 19 January 2009. Dicapai pada 19 January 2009.
  14. ^ Bournemouth Launch New Crest Football-shirts.co.uk, 15 July 2013
  15. ^ "GALLERY: All the incredible pictures as Cherries are crowned champions of Football League". Bournemouth Echo. Dicapai pada 2 May 2015.
  16. ^ Rollin, Jack (2005). Soccer at War 1939–45. m/s. 259. ISBN 0-7553-1431-X.

Pautan luar

Templat:A.F.C. Bournemouth Templat:Musim A.F.C. Bournemouth