Pergi ke kandungan

Mushir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3876153 pada 03:55, 7 Oktober 2016 oleh Zayn al aziz (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan ' '''''Mushir''''' ({{lang-ar|مشير}}) adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "kaunselor" atau "penasihat". Ia berkaitan dengan perkataan shura, b...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)


Mushir (Arab: مشير) adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "kaunselor" atau "penasihat". Ia berkaitan dengan perkataan shura, bermakna perundingan atau "berunding".

Sebagai gelaran rasmi, dari segi sejarah ia menjadi penasihat peribadi kepada pemerintah. Pada penggunaan ini ia kira setanding dengan gelaran Kaunselor Negeri dan majlis mesyuarat kerajaan Eropah.

Didalam konteks ketenteraan, mushir telah dikaitkan dengan idea kaunselor atau penasihat peribadi pemerintah dalam hal ehwal ketenteraan, dan dengan itu menjadi pangkat tertinggi dalam negara-negara Arab dan Empayar Uthmaniyyah. Ia telah digunakan sebagai pangkat tertinggi di kebanyakkan angkatan tentera Timur Tengah dan Afrika Utara, untuk tentera darat, laut, dan udara. Oleh itu ia bersamaan dengan pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada.

Iraq

Semasa Iraq dibawah pemerintahan Saddam Hussein, tentera laut Iraq mengekalkan pangkat laksamana armada yang dikenali sebagai Mushir. Pangkat Mushir merupakan pegawai tentera laut paling tinggi dan ia jarang sekali dilantik. Insignia pergelangan baju sama seperti Laksamana Armada British.

Pangkat Mushir di Iraq dikenali sebagai "Muhib" dan digunakan dalam semua panggilan rasmi dan tidak rasmi. Saddam Hussein selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera merupakan "staf muhib" (مهيب ركن) kehormat didalam tentera darat Iraq, dan pakaian seragam yang biasa beliau pakai adalah jenis staf muhib. Beliau satu-satunya muhib didalam tentera darat Iraq, manakala untuk menteri pertahanan dan ketua turus memegang pangkat "Fariq awal rukun" (فريق اول ركن), atau "staf jeneral". (Saddam sebenarnya tidak pernah berkhidmat dalam Tentera Darat Iraq tetapi memerintah sebagai presiden Iraq.) Selepas kejatuhan Saddam pada serangan ke atas Iraq 2003, pangkat Mushir tidak lagi wujud dalam tentera baru Iraq.

Arab Saudi

Di Arab Saudi, pangkat Mushir biasanya dipegang secara istiadat oleh Keluarga Diraja Saudi, dan diterjemahkan sebagai "Fil Marsyal Kelas Pertama".

Lihat juga

List of Egyptian Field Marshals

Templat:MEast-stub Templat:Mil-rank-stub