Kereta kebal AMX-13
Kereta kebal AMX-13 merupakan kereta kebal ringan buatan Perancis.
Pembangunan
Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pihak Perancis melakar keperluannya bagi kenderaan tempur berperisai yang baru termasuk kereta kebal ringan yang baru. Ia kemudiannya dibangunkan oleh Atelier de Construction d'lssyles-Moulineaux dengan nama AMX-13. Prototaip pertama disiapkan pada lewat 1940-an, pengilangan bermula di Atelier de Construction Roanne pada tahun 1952. Ketika pengeluaran kereta kebal AMX-30 berjalan, pengeluaran AMX-13 dan pelabagai variasinya dipindahkan ke Creusot-Loire. Pengeluaran keseluruhan kereta kebal ringan AMX-13 meningkat sehingga lebih 3,000.
Kesemua versi AMX-13 memiliki tatarajah yang serupa, pemandu di hadapan kiri, enjin disebelah kanannya dan turet dibelakang. AMX-13 Model 51 dilengkapi dengan meriam 75mm yang kemudiannya digantikan dengan meriam 90mm dengan sarung haba. Versi yang dilengkapi dengan meriam 105mm dibina bagi tujuan eksport.
Turetnya berputar penuh 360°. Bahagian atas turet mengandungi persenjataan utama, dongakan dari -5° hingga +12.5°. Turet FL-10 dan FL-12 keduanya jenis berayun, komander duduk di sebelah kiri, jurumeriam di sebelah kanan. Pemuat automatic dimuatkan pada bonggol belakang turet termasuk dua kelopak jenis berputar, setiap satunya memegang enam biji peluru, katrij kosong dilanting dari bonggol belakang turet.