Kereta kebal AMX-13
Penampilan
Kereta kebal AMX-13 merupakan kereta kebal ringan buatan Perancis.
Pembangunan
Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pihak Perancis melakar keperluannya bagi kenderaan tempur berperisai yang baru termasuk kereta kebal ringan yang baru. Ia kemudiannya dibangunkan oleh Atelier de Construction d'lssyles- Moulineaux dengan nama AMX-13. Prototaip pertama disiapkan pada lewat 1940-an, pengilangan bermula di Atelier de Construction Roanne pada tahun 1952. Ketika pengeluaran kereta kebal AMX-30 berjalan, pengeluaran AMX-13 dan pelabagai variasinya dipindahkan ke Creusot-Loire. Pengeluaran keseluruhan kereta kebal ringan AMX-13 meningkat sehingga lebih 3,000.