Pergi ke kandungan

Maxwell Cabelino Andrade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maxwell
Maklumat peribadi
Nama penuh Maxwell Scherrer Cabelino Andrade
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Bek kiri, pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Internazionale
Nombor 6
Kerjaya remaja
2000–2001 Cruzeiro
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2006
2006–
2006
Ajax
Internazionale
Empoli (loan)
114 0(9)
077 0(2)[1]
000 0(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 April 2009 (UTC)

Maxwell Scherrer Cabelino Andrade atau lebih dikenali sebagai Maxwell, (lahir 27 Ogos 1981, di Vila Velha, Brazil) ialah seorang pemain bola sepak dari Brazil yang kini sedang bermain di Inter Milan. Beliau bermain di posisi bek kiri atau sayap.

Karier kelab

Maxwell pernah bermain untuk Cruzeiro Esporte Clube dan Ajax. Tarikh tamat kontrak beliau dengan Ajax telah dipendekkan kepada 2 Januari 2006 bagi membolehkan beliau menyertai Inter Milan. Disebabkan kuota pendaftaran satu pemain tiada EU dan bukan pemain Serie A, Maxwell telah dipinjamkan ke Empoli, tetapi beliau tidak bermain sebarang perlawanan ketika di sana. Pada Julai 2006, Inter secara rasminya mengumumkan bahawa Maxwell telah menandatangani kontrak selam empat tahun di Inter.

Persembahan Maxwell mengagumkan terutamanya ketika musim pertama beliau di Serie A terutamanya ketika menentang Parma di San Siro apabila menjaringkan gol menerusi usaha perseorangan. Gol tersebut seterusnya dinobatkan sebagai gol terbaik musim untuk Inter oleh penonton siaran Inter.

Mulanya diletakkan sebagai bek kiri, beliau telah dialihkan ke bahagian sayap pada musim 07-08 dan Cristian Chivu mengambil alih posisi beliau. Ini terbukti efektif apabila Maxwell berjaya menyesuaikan diri di posisi baru sebagai sayap kiri/pemain tengah menerusi gerakan beliau yang pantas. Pada musim tersebut, beliau memenangi Scudetto kedua berturut-turut bersama Inter. Pada musim 2008-09, beliau mengalami kecederaan serius selama enam minggu. Namun begitu, beliau memaparkan aksi yang cemerlang pada perlawanan-perlawanan berikutnya dan kekal dalam kesebelasan utama. Beliau menjaringkan gol kedua beliau untuk Inter pada 14 Disember ketika menentang Chievo Verona, di mana mereka mengatasi lawan 4-2 menerusi umpanan cantik daripada Dejan Stanković.

Karier Antarabangsa

Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad Brazil menentang Argentina pada Jun 2008, namun tidak lagi dipanggil pada perlawanan-perlawanan berikutnya akibat kecederaan. Beliau masih lagi menanti penampilan pertama beliau untuk skuad Brazil.

Penghormatan

Kelab

Ajax

Inter Milan

Perseorangan

References

  1. ^ "Stats at Official Inter site".
Anugerah
Didahului oleh
Serbia Mateja Kezman
Dutch Footballer of the Year
2003 – 2004
Diikuti oleh:
Belanda Mark van Bommel
Didahului oleh
Belanda Dirk Kuijt
Dutch Golden Shoe Winner
2004
Diikuti oleh:
Belanda Mark van Bommel