Pergi ke kandungan

Tulisan Cina Tradisional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 245575 pada 15:00, 31 Mac 2007 oleh PM Poon (bincang | sumb.) (Tulisan Cina tradisional dipindahkan ke Tulisan Cina Tradisional: Nama khas.)
Cina tradisional
Jenis
Bahasabahasa Cina
Tempoh masa
sejak abad ke-5
Aksara induk
Cina
  • Cina tradisional
Arah tulisVaries
ISO 15924Hant, 502
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Tulisan tulang ramalan
- Tulisan gangsa
- Tulisan mohor
- Tulisan kerani
- Tulisan biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Tulisan Cina Tradisional (Cina tradisional: 正體字/繁體字, Cina mudah: 正体字/繁体字) merujuk kepada salah satu daripada dua set piawai askara Cina bercetak. Bentuk askara Cina tradisional yang moden muncul buat pertama kali dengan kemunculan skrip perkeranian semasa Dinasti Han, dan telah mengekalkan bentuk yang lebih kurang stabil sejak abad ke-5 semasa Dinasti-dinasti Selatan dan Utara. Istilah "tradisional" dipergunakan untuk membezakan set askara tradisional daripada set askara Cina mudah yang dibakukan oleh kerajaan Republik Rakyat China sejak dekad 1950-an.

Pada hari ini, askara-askara tradisional digunakan di Taiwan, Hong Kong, Macau, dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan askara mudah di Republik Rakyat China. Sebagai perbandingan, askara mudah digunakan di tanah besar China, Singapura (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam askara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan askara Cina mudah secara meluas. Perdebatan tentang askara-askara Cina tradisional dan mudah merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.


Perbalahan tentang nama Cina

Antara para penutur bahasa Cina, askara Cina tradisional dirujuk dengan berbagai-bagai nama yang berbeza, dengan setiapnya mempunyai konotasi yang berlainan. Kerajaan Republik China di Taiwan secara rasmi merujuk kepada askara Cina tradisional sebagai askara baku atau askara ortodoks (Cina tradisional: 正體字,Cina Ringkas: 正体字;  Hanyu Pinyin: zhèngtǐzì;  Tongyong Pinyin: jhèngtǐzìh ) yang membayangkan bahawa askara tradisional merupakan bentuk askara yang lengkap dan tepat. Walau bagaimanapun, istilah yang sama itu ("askara baku", 正体字) dipergunakan di tanah besar China untuk membezakan askara-askara mudah dan tradisional yang baku daripada askara-askara kelainan dan idiomatik (异体字). [1]

Para pengguna askara tradisional juga merujuk kepada askara tradisional sebagai "askara lengkap" (Cina tradisional: 全體字, Cina Ringkas: 全体字;  Hanyu Pinyin: quántǐzì;  Tongyong Pinyin: cyuántǐzìh ) yang mempunyai konotasi yang sama.

Sebagai perbandingan, orang-orang Cina yang biasanya menggunakan askara mudah memanggilnya askara rumit (Cina tradisional: 繁體字, Cina Ringkas: 繁体字;  Hanyu Pinyin: fántǐzì;  Tongyong Pinyin: fántǐzìh ), atau secara tidak rasmi, "askara lama" (Bahasa Cina: 老字; Hanyu Pinyin: lǎozì; Tongyong Pinyin: lǎozìh ), dengan konotasi bahawa askara Cina tradisional telah digantikan dan kini tidak digunakan lagi.

Para pengguna askara tradisional memperdebatkan bahawa askara tradisional tidak boleh dipanggil "rumit" kerana askara-askara itu tidak pernah diubah menjadi lebih rumit, dengan bentuk-bentuk yang asli dikekalkan. Sebaliknya, para penyokong askara Cina mudah amat membantah pemerihalan askara tradisional sebagai "baku" kerana mereka menganggap bahawa askara-askara mudah yang baru adalah askara baku sezaman. Mereka juga menunjukkan bahawa askara tradisional bukannya askara tradisional yang sebenar kerana tulisan China telah mengalami banyak perubahan dengan berlalunya masa. Banyak askara Cina sejak Dinasti Han telah dibuat lebih berbunga-bunga berbanding dengan askara-askara yang asli.

Peliknya, walaupun padanan askara Cina yang umumnya diterjemahkan sebagai "rumit" pada dirinya terdiri daripada coret yang banyak, jika bukan rumit, askara itu tidak pernah menjalani pemudahan; ini mungkin disengajakan kerana ia menunjukkan kerumitan askara tradisional yang relatif,  berbanding dengan versi-versi mudah. Di samping itu, sedangkan perkataan "rumit" menimbulkan konotasi yang negatif dalam bahasa Inggeris, padanan askara Cina pada dirinya tidak menimbulkan sebarang konotasi yang "rumit" atau "menyusahkan"; sebaliknya, maksudnya agak kabur dan neutral kecuali apabila dikaitkan dengan askara-askara yang lain.

Sesetengah orang tua merujuk kepada askara tradisional sebagai "askara wajar" (Bahasa Cina: 正字; Hanyu Pinyin: zhèngzì; Tongyong Pinyin: jhèngzìh ) dan askara mudah sebagai "askara coret yang dipermudah" (Cina tradisional: 簡筆字, Cina Ringkas: 简笔字;  Hanyu Pinyin: jiǎnbǐzì;  Tongyong Pinyin: jiǎnbǐzìh ) atau "askara coret yang dikurangkan" (Cina tradisional: 減筆字,Cina Ringkas: 减笔字;  Hanyu Pinyin: jiǎnbǐzì;  Tongyong Pinyin: jiǎnbǐzìh ) ("dipermudah" dan "dikurangkan" sebenarnya merupakan homonim dalam bahasa Mandarin, dengan kedua-duanya disebut sebagai jiǎn ).

Di bahagian timur laut China, perkataan tempatan untuk askara tradisional ialah "askara sebenar" (Bahasa Cina: 真字; Hanyu Pinyin: zhēnzì; Tongyong Pinyin: jhēnzìh ).

Teks bercetak

Apabila mencetak teks, orang-orang di China Tanah Besar dan Singapura biasanya menggunakan sistem dipermudah yang dikembangkan oleh kerajaan Republik Rakyat China pada dekad 1950-an. Bagaimanapun, Republik Rakyat China juga mencetak bahan-bahan yang bertujuan dibaca di luar China Tanah Besar dengan menggunakan askara tradisional. Bagi teks ditulis tangan, kebanyakan orang menggunakan pemudahan tidak rasmi yang kekadang bersifat peribadi. Dalam kebanyakan kes, suatu askara alternatif (異體字) akan digunakan untuk menggantikan askara yang mempunyai banyak coret, umpamanya 体 untuk 體. Berbeza dengan kepercayaan popular, kebanyakan askara alternatif tersebut sebenarnya merupakan sebahagian askara Cina Tradisional, tetapi secara tidak formal dan mengelirukan dipanggil bentuk mudah (簡寫). Walaupun tidak baku, ini biasanya diterima di luar sekolah, dengan sesetengahnya digunakan dengan amat meluas, umpamanya 台 tái  dalam 台灣 Táiwan,  berbanding dengan askara bakunya (臺).

Di samping itu, terdapat juga dua kegunaan utama bagi askara alternatif pada masa dahulu. Pertamanya, askara-askara alternatif telah dipergunakan untuk mengelakkan penggunaan nama rasmi orang yang penting dalam konteks yang kurang rasmi sebagai cara untuk menunjukkan penghormatan kepada orang tersebut dengan mengekalkan askar-askara namanya. Perbuatan ini dipanggil "pengelakan perasaan tersinggung" (避諱) dalam bahasa Cina. Yang kedua, askara-askara alternatif digunakan ketika askara yang sama diulang untuk menunjukkan bahawa pengulangannya telah dibuat dengan sengaja dan bukan suatu kesilapan editor. (筆誤).

Pengekodan askara komputer

Pada masa dahulu, askara Cina tradisional seringnya dipaparkan dengan menggunakan skema pengekodan askara Big5, suatu skema pengekodan yang memihak kepada askara Cina Tradisional. Bagaimanapun, Unikod kini semakin popular sebagai cara untuk memaparkan askara Cina Tradisional, dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua askara Cina mudah serta tradisional, tanpa mengutamakan satu sama lain.

Berbagai-bagai Editor Kaedah Input (IME) juga wujud untuk menginput askara Cina. Walaupun demikian, masih terdapat sebilangan askara yang tidak dapat ditulis menggunakan kebanyakan IME; salah satu contoh ialah padanan loghat Shangai untuk 嗎 yang ditulis sebagai 伐 dengan radikal 口.

Laman web

Konsortium Jaringan Sejagat menyarankan penggunaan nilai atribut bahasa dan nilai bahasa kandungan zh-Hant untuk menentukan kandungan laman web yang ditulis dalam askara Cina Tradisional. [1]

Penggunaan dalam bahasa lain

Askara-askara Cina tradisional juga digunakan untuk tulisan Hanja Korea, manakala askara tradisional yang dipermudah secara sederhana digunakan dalam tulisan Kanji Jepun moden.

Lihat juga

Pautan luar

  1. ^ Akademi Sains Sosial, (1978), Modern Chinese Dictionary, The Commercial Press: Beijing.